PeribahasaBerjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau.TakrifSesuatu usaha hendaklah dikerjakan sampai selesai. (Biasa juga: Bertenun sampai ke bunjainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah.TakrifHendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerjalan jauh banyak dilihat.TakrifBanyak pengalaman kalau bepergian ke mana-mana.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerjalan dari pintu belakang.TakrifTidak jujur, tidak menurut aturan yang sah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa.TakrifBanyak pengalaman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai.TakrifSegala pekerjaan, baik dikerjakan dengan pimpinan orang yang telah berpengalaman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak dapat berjalan tegak, mengingsut-ingsut (engsot-engsot) sampai juga.TakrifJika tidak dapat mengerjakan sesuatu pekerjaan besar sekali gus maka kerjakanlah dengan perlahan-lahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidur diperkalang, berjalan dipertongkat.TakrifIlmu yang tidak lupa diamalkan siang dan malam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTempang gajah berjalan, dek sepuntung duri di tapak kakinya.TakrifBencana kecil yang didiamkan dapat menyebabkan kesusahan yang besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan.TakrifHendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah). menghadap surut = menengok ke belakang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
445 | Go the whole hog | Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya. | Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau | I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but go the whole hog. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on. | Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
446 | In for a penny, in for a pound | Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya. | Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau | I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on. | Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| jalan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,
2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,
| Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan, |
|
Puisi |
---|
|
Berjalan kaki menuju ke paya, Singgah sekejap menggali cacing; Wahai tuan saya bertanya, Di mana jari menyarung cincin.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 446 In for a penny, in for a pound Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya. Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on. Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|