PeribahasaAgak-agak bertutur malam hari.TakrifMesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLantai dan dinding bertelinga belaka.TakrifMempercakapkan sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat. (Bandingkan dengan: a. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang, b. Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah kalah baru berkubu.TakrifSesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kecurian baru mengunci pintu, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah lulus maka hendak melantai.TakrifSesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). melantai = memasang lantai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah kecurian baru mengunci pintu.TakrifSesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTeperlus maka hendak menutup lubang.TakrifSesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan sudah terperosok, baru hendak membaiki lantai.TakrifSesudah mendapat kecelakaan baru hendak beringat-ingat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIni hari orang, besok hari kita.TakrifMalang dan malapetaka itu tak dapat ditentukan (nasihat supaya beringat-ingat)SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIngat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait.TakrifHendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| ingat (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,
2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,
3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,
| Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan, |
|
|