Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Umur saya 10 tahun sekarang.Boleh kah saya melanggang Khidmat Nasihat?Saya hanya melanggang borang ini untuk menjayakan kehidupan saya. | Terima kasih atas keprihatinan adik tentang Khidmat Nasihat kami khususnya demi pemantapan penguasaan bahasa adik. Untuk makluman adik, Khidmat Nasihat ini tidak perlu dilanggan. Khidmat ini percuma demi membantu masyarakat menguasai bahasa kebangsaan dalam pelbagai urusan seperti pelajaran, surat-menyurat, dokumen, iklan dan sebagainya. Semoga kami dapat membantu adik. Tahniah atas kprihatinan adik. Sekian, dan terima kasih. | Lain-lain | 11.06.2008 |
Ingin menghantar sajak, tapi tak pasti berapa umur yang di hadkan untuk menghantar sajak kepada DBP. Anggarannya dari umur berapa ke berapa? | Terima kasih atas pertanyaan sdr itu. Bagi menghantar sajak atau karya kreatif dan non-kreatif kepada penerbitan DBP, sebenarnya tiada had atau penetapan umur. Dalam hal ini, karya yang dihantar adalah bergantung kepada teks atau mutu karya tersebut. Karya tersebut bolehlah dihantar berdasarkan kepada sasaran peringkat umur pembaca iaitu majalah Dewan Pelajar (peringkat umur tujuh ke 12 tahun), Dewan Siswa dan Tunas Cipta (umur 13 ke 15 tahun), Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat dan Dewan Kosmik (umur 16 tahun ke atas). Sekian dimaklumkan dan terima kasih jua. | Lain-lain | 19.07.2010 |
Dalam bidang linguistik, apakah lingkungan umur PEMUDA (youth)? | Salah satu makna 'youth' ialah remaja, iaitu orang muda yang berusia antara umur 12 hingga 21 tahun. Bidang linguistik tidak menetapkan umur bagi pemuda. | Makna | 30.11.2006 |
Walaupun umur adik baru 4 tahun, tetapi dia ................ bercakap. a. pandai b. petah | Kedua-dua jawapan ini betul. Bagaimanapun jawapan yang paling tepat ialah (b) petah. | Tatabahasa | 16.04.2009 |
Cadangan meningkat umur persaraan dari tahun _ ke tahun atau daripada _ kepada | dari _ ke _ | Tatabahasa | 06.05.2011 |
A)Umur saya ialah 10 tahun, B)umur saya 10 tahun ayat mana yang betul? terima kasih | Kedua-dua ayat ini betul. Walau bagaimanapun ayat yang lebih gramatis ialah ayat A (Penggunaan kata pemeri ialah). | Tatabahasa | 28.05.2009 |
Seperti di tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun adalah seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%). | Seperti pada tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%). | Tatabahasa | 14.12.2011 |
berapakah had umur belia mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka yang terbaru | Pengertian "belia" dalam Kamus Dewan tidak menentukan had umur olongan tersebut, makna yang diberi ialah golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita). | Makna | 23.06.2009 |
Bagi memaklumkan kepada pelanggan mengenai penetapan kadar harga bayaran pasport yang dikenakan, apakah maksud yang tepat atau sepatutnya. 'Kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi warga emas iaitu orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun'. Apakah memadai dengan ayat tersebut yang membawa maksud, bagi orang dewasa yang mencapai umur 60 tahun dikira pada hari jadinya atau selepas sehari tarikh lahirnya dan begitu juga pada kanak-kanak yang belum mencapai umur 12 tahun pada hari tarikh lahirnya ? Apakah kategori tersebut termasuk yang telah mencapai umur pada hari jadi seseorang itu ? Mohon bantuan dan nasihat pihak Tuan dalam kadar segera, terima kasih. | Salam sejahtera, 'Kadar bayaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) bagi warga emas iaitu orang dewasa yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun'. Ayat ini memadai untuk menunjukkan maksud bagi orang dewasa yang mencapai umur 60 tahun dikira pada hari jadinya atau selepas sehari tarikh lahirnya dan begitu juga pada kanak-kanak yang belum mencapai umur 12 tahun. | Lain-lain | 03.01.2013 |
Assalamualaikum 1. Sambutan jubli sempena umur institusi : Sesebuah institusi tidak pernah mengadakan apa-apa sambutan dan sudah berumur 71 tahun ? Apakah sambutan yang boleh diadakan sempena umurnya itu ? 2. Saya masih keliru tentang penggunaan perkataan ' ironi ' , boleh tuan jelaskan serta contoh penggunaannya. 3. 1Malaysia : Cara penulisannya adakah boleh dijauhkan seperti 1 Malaysia ? atau pun Satu Malaysia. 4. Sendi nama seperti dan, pun di dll adakah dikira satu sebagai satu patah perkataan ? Terima kasih. | 1. Tidak ada sambutan jubli bagi umur 71 tahun, mungkin disebut sambutan ke-71 tahun. 2. Ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya, contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. 3. Cara penulisannya ialah 1 Malaysia ataupun Satu Malaysia. 4. Sendi Nama juga dikira sebagai satu perkataan, misalnya "di", "dan" dan sebagainya. | Tatabahasa | 12.08.2009 |