Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1.makna 'bahasa' 2.Makna 'komunikasi' 3.makna 'papan 'tanda' 4.makna 'papan kenyataan' (mengikut kamus dewan dan tokoh-tokoh) terima kasih.... | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa bermakna sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb). Komunikasi pula bermakna perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll). Papan tanda pula ialah papan nama sesuatu tempat (kawasan). Papan kenyataan pula ialah papan tempat ditulis atau ditampal kenyataan (larangan, pengumuman, dll). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 16.04.2009 |
SALAM SEJAHTERA, Saya seorang pelajar ,wajibkan untuk membuat kajian BM dan saya memilih tajuk variasi bahasa. Saya ingin tahu, apakah maksud bahasa mesra menurut tokoh-tokoh sastera seperti Nik Safiah Karim . Bantuan dari pihak Tuan/Puan amat diharapkan. sekian, terima kasih . | Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Namun, kami tetap melayani soalan yang berbentuk tugasan dengan mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah yang berkaitan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. Sila klik layari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran. | Lain-lain | 01.07.2013 |
Apakah tanggungjawab DBP mengenai penggunaan sebutan bahasa malaysia atau bahasa kebangsaan yang berpiawaian tinggi (high standard langguage)?, maksud saya sebutan bahasa malaysia yang "baku" dalam pengajaran bahasa malaysia di peringkat sekolah rendah, menengah dan Universiti. Agensi-agensi seperti penyiaran dan penghubung radio bahasa malaysia, tokoh-tokoh politik dan para saterawan negara. | Bahasa Melayu baku bermaksud sistem atau sesuatu yang telah diterima umum sebagi betul dan sah dan dapat dijadikan asas bagi bentuk dan sebagainya yang berkenaan bahasa, sebutan, ejaan dan lain-lain. DBP telah mengeluarkan panduan tatabahasa, sistem ejaan, dan sebutan yang baku untuk rujukan pengguna bahasa Melayu di semua peringkat. DBP sedia memberikan taklimat atau kursus berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan berkesan. | Lain-lain | 23.11.2007 |
bagaimana kita nak berurusan dengan tokoh sastera dan bahasa untuk tujuan temuramah? saya seorang pelajar UPSI,di minta membuat kerja kursus berkaitan tokoh,,, | Persediaan awal sebelum menemuramah tokoh sastera dan bahasa, antaranya ialah mengkaji latar belakang tokoh, taraf pendidikan, bidang dan kepakaran tokoh yang dipilih, penglibatan dalam organisasi atau badan-badan amal, sumbangan dan karya-karyanya. Dalam hal ini, bagi memperlengkapkan maklumat dan persediaan di pihak sdr, sdr bolehlah merujuk kepada buku Wawancara, (terbitan DBP) karya Prof. Emeritus Dato' Dr. Hajah Asmah Haji Omar dan buku Jambak I, Jambak II, Jambak III dan Jambak IV (terbitan DBP) yang diselenggarakan oleh Kemala. Sekian dan salam. | Lain-lain | 27.07.2009 |
Sdr budiman, Sebuah antologi puisi berjudul Pelopor akan diterbitkan bagi memperingati dua orang tokoh yang telah berjasa kepada masyarakat. Antologi berkenaan memuatkan puisi kedua-dua tokoh serta beberapa puisi penyair lain yang mengungkapkan tema yang selari dengan perjuangan dua tokoh berkenaan. Berpandukan maklumat di atas, saya telah memberikan judul untuk antologi seperti berikut: Pelopor: Antologi Puisi Sempena Memperingati A dan B Apakah judul yang saya berikan itu tepat dari segi nahu dan memadai untuk mengungkapkan maksud yang dinyatakan di atas? Diharap tuan memberikan judul yang bersesuaian berpandukan maksud yang dinyatakan di atas. Terima kasih atas khidmat nasihat yang tuan berikan. Yang benar, Chong | Merujuk makna 'pelopor' ialah orang yang mula-mula mengusahakan atau mewujudkan sesuatu; pengasas ; perintis. Manakala 'sempena' bermaksud berkat atau tuah ; atau mimpi. Bagi memberi judul buku antologi ini, sila pastikan kedua-dua tokoh tersebut sememangnya merupakan pelopor atau pengasas sesuatu aliran atau tema. Oleh yang demikian, tajuk antologi ini hendaklah menepati fokus dan kandungannya. Berdasarkan tajuk yang diberikan, dicadangkan supaya kata 'sempena' digugurkan. Cadangan tajuk : Pelopor : Antologi Memperingati Tokoh A dan B. | Lain-lain | 26.05.2010 |
apa konsep dan definisi kata tugas berpandukan lima ahli bahasa? | Untuk melihat pendapat ahli bahasa tentang sesuatu konsep, maka saudara perlu merujuk buku yang dikarang oleh mereka. Contohnya buku Tatabahasa Dewan disusun oleh empat orang tokoh bahasa, iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Dr. Farid Onn, Prof. Dr. Hashim Haji Musa dan Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. Buku Nahu Mutakhir dikarang oleh Prof. Emeritus. Dato' Dr. Asmah Haji Omar. Saudara boleh melihat persamaan dan perbezaan antara tokoh-tokoh bahasa tersebut dan perlu diingat penyusun buku Tatabahasa Dewan bersetuju dengan konsep tatabahasa yang dijadikan pegangan oleh kebanyakan ahli bahasa. | Tatabahasa | 10.11.2012 |
Tokoh Ilmuwan Negara | boleh guna contoh tunjukkan tokoh banyak ilmuwan . | Istilah | 06.04.2011 |
Salam, saya ingin bertanyakan 2 soalan: 1) Saya ingin mengetahui penggunaan tanda bacaan yang betul untuk gelaran yang berikut: Tokoh Murid Peringkat Negeri Pahang @ tokoh murid peringkat negeri Pahang 2) Benarkah kita perlu menggugurkan perkataan 'bendera' untuk merujuk Jalur Gemilang?contohnya mewarnakan Jalur Gemilang, mengibarkan Jalur Gemilang. Terima kasih | Ejaan yang betul ialah Tokoh Murid peringkat negeri Pahang. Jalur Gemilang nama khas bendera kita, maka tidak perlu lgi ditulis bendera Jalur Gemilang. | Tatabahasa | 01.06.2012 |
SALAM...Saya berhajar sangat untuk mendapatkan maklumat untuk menyiapkan tugasan saya sebagai plajar PJJ... SOALAN TUGASAN: BERIKAN DEFINISI DAN KONSEP KATA TUGAS BERPANDUKAN LIMA ORANG AHLI BAHASA/AKADEMIK. BOLEHKAH PIHAK TUAN MEMBERIKAN 5 ORG AHLI BAHASA TERSEBUT UTK MENGHURAIKAN MAKSUD KATA TUGAS. TERIMA KASIH. | Untuk melihat pendapat ahli bahasa tentang sesuatu konsep, maka rujuklah buku yang dikarangnya. Contohnya buku Tatabahasa Dewan disusun oleh empat orang tokoh bahasa, iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Dr. Farid Onn, Prof. Dr. Hashim Haji Musa dan Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. Buku Nahu Mutakhir dikarang oleh Prof. Emeritus. Dato' Dr. Asmah Haji Omar. Saudara boleh melihat persamaan dan perbezaan antara tokoh-tokoh bahasa tersebut dan perlu diingat penyusun buku Tatabahasa Dewan bersetuju dengan konsep tatabahasa yang dijadikan pegangan oleh kebanyakan ahli bahasa. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan saudara boleh rujuk buku karya tokoh bahasa yang lain juga. | Tatabahasa | 01.10.2012 |
Apakah yang boleh diperkatakan tentang kesusasteraan, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden, termasuk bentuk-bentuk serta aliran-aliran dalam penulisan sastera. | Saudara yang dihormati, Penyelidikan dan penulisan sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden sebagaimana lazim dilakukan ialah secara pengtarikhan, termasuklah tahun, dekad dan dilaksanakan juga secara generik. Penulisan sejarah sastera kesusasteraan Melayu tradisional yang sering dilakukan ialah pertama menjelaskan konsep dan pendekatan, latar belakang sejarah, perbincangan mengikut genre seperti sastera rakyat, sastera hikayat, sastera panji, sastera epik, sastera sejarah, cerita nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam, sastera kitab, sastera undang-undang dan ketatanegaraan, serta kepustakaan ilmu tradisional. Penulisan sejarah kesusasteraan Melayu moden juga menggunakan pendekatan yang sama iaitu latar belakang sejarah, dikuti dengan kajian dan penulisan mengikut genre seperti cerpen, puisi, , novel, drama dan esei kritikan mengikut dekad kemunculannya. Perbincangan setiap genre secara tidak langsung meliputi latar belakang perkembangan, bentuk, teknik, bahasa, tema, pendekatan, aliran pemikiran dan sebagainya. Saudara boleh menentukan cakupan dan batasan kajian mengikut keperluan dan objektif kajian sejarah yang akan dilaksanakan. Buku sejarah kesusasteraan Melayu tradisional dan moden yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dapat dijadikan bahan rujukan yang berguna, antaranya ialah buku Kesusasteraan Melayu Tradisional (1993, 2000) dan Sejarah Kesusasteraan Melayu jilid 1 dan jilid 2 (2006). Buku-buku lain yang dihasilkan oleh A. samad Ahmad, Liaw Yock Fang , Wilkinson dan Winstedt juga bermanfaat sebagai bahan rujukan. Salam takzim. | Lain-lain | 15.10.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| tokoh (kata nama) | 1. Bersinonim dengan orang kenamaan: orang terkemuka, orang terkenal, pakar, ahli,
2. Bersinonim dengan gaya: lagak, rupa, watak, perwatakan, keperibadian, personaliti.,
|
|
|