Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tolong jelaskan maksud tersirat bagi frasa di bawah. i. "Hai encik, jangan bersorak dahulu, itu anak raja berlabuh tirai!" (maksud berlabuh tirai) ii. "Jangan tuan-tuan bersorak dahulu, itu anak raja berpangkas gombak." (maksud berpangkas gombak) Sekian, terima kasih. | Tidak ada perkataan berlabuh tirai dalam pangkalan data kami, perkataan yang ada ialah tirai berlabuh yang bermaksud berhenti atau singgah. Gombak bermaksud jambul dan berpangkas bermaksud bergunting. Perkataan berpangkas gombak diungkapkan dalam cerita Melayu klasik yang bermaksud bergunting jambul/rambut. | Tatabahasa | 31.03.2012 |
assalamualaikum.. nak tanya istilah dalam bahasa melayu sesuai bagi backdrop (hiasan di pentas papan pentas) | Padanan bahasa Melayu bagi istilah backdrop ialah tirai latar, latar pentas atau tirai belakang. | Istilah | 02.04.2007 |
Makna perkataan : tabir | Menurut Kamus Dewan, tabir dimaksudkan sebagai kain yang digantung untuk menyekat atau melindungi sesuatu, tabir juga ditakrifkan sebagai tirai. Namun demikian, makna bagi kata tabir ini berlainan merujuk kepada ayat. Kata ini juga boleh berubah maknanya apabila digunakan untuk puisi seperti sajak. (Merujuk kepada sajak yang dihasilkan). Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Makna | 23.11.2006 |
salam tuan, apakah makna aurora dalam bahasa Melayu | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, aurora bermaksud fenomena berupa cahaya terang yang kelihatan di langit pada malam hari, berbentuk jalur atau tirai yang biasanya berwarna merah, hijau atau ungu. | Makna | 12.03.2012 |
Perkataan "LANGSAI" sering dikaitkan dengan hutang. Bolehkah 'LANGSAI" digunakan untuk urusan bukan hutang, contohnya seperti berikut: (1) melangsaikan (menyelesaikan) urusan peribadi (2) melangsaikan (menyelesaikan) perkara berbangkit (3) Hal ehwal belum langsai (unresolved matters) (4) Isu-isu belum langsai (oustanding issues) | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, langsai bermaksud 1. sudah habis dibayar (hutang dan lain-lain), jelas, lunas, selesai 2. (sastera lama) jelas (rupa, pandangan, dll), terang 3. melangsai - melayang (terbang) dengan cepat 4. tirai. Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan langsai tidak sesuai digunakan dalam konteks urusan peribadi, perkara berbangkit, hal ehwal dan isu. | Makna | 16.04.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| tirai (kata nama) | Bersinonim dengan langsir, tabir, penutup jendela, bidai, skrin, adang, paldu, perdah, tebeng, tedeng, sekeran, sekesel, layar, layar sebeng, pendinding, kelir, gorden, kerai, belat, korden, langsai;, | | Kata Terbitan : bertirai, |
|
Puisi |
---|
|
Tirai perak kelambu perak, Bantal emas tikar suasa; Bercerai kasih bertemu tidak, Jauh bergantung di atas udara.
Lihat selanjutnya... |
|