Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
mohon penjelasan lanjut utk bahagian ini : Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak). - Terima kasih - | Dalam contoh yang dinyatakan, Ayah menaikkan tangga... , "tangga" sebagai objek yang bergerak iaitu menjadikan tangga itu naik. Manakala Ayah menaiki tangga..., "tangga" sebagai objek tidak bergerak tetapi ayah yang bergerak. Konsep bergerak ialah berubah tempat sama ada yang berbentuk konkrit atau abstrak. Contohnya, Saya melontarkan batu ke arah lembu itu. Dalam ayat tersebut, objek iaitu batu bergerak dari tempat pelaku menuju ke arah lembu. Contoh lain, "Saya telah menasihatkan perkara itu kepada mereka". Dalam ayat di atas, perkara yang menjadi bahan nasihat bergerak daripada minda guru ke minda murid. "Perkara" ialah objek yang tidak bernyawa dan bergerak secara abstrak. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk memahami dengan lebih lanjut. | Tatabahasa | 12.04.2013 |
1) Istilah kata majmuk berpasangan 'suri rumah ( housewife ) bukankah tanpa tangga ? Mengapakah Kamus Dewan Edisi 4 masih mencatatkan 'suri rumah ( tangga )' Apakah penjelasan tentang tangga dalam kurungan ini ? 2) Istilah 'mertua' ( Bahasa Jawa ) yang salah juga tercatat dalam Kamus yang sama . Adakah kata ini diterima selain 'mentua'? | 1. Fungsi (tangga) dalam perkataan suri rumah (tangga) seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan pilihan. Pengguna diberi pilihan untuk menggunakan suri rumah sahaja ataupun suri rumah tangga. Kedua-duanya betul. 2. Istilah mertua berasal dari Jakarta, tidak digunakan di Malaysia. Yang diterima pakai di negara kita ialah mentua. | Istilah | 08.02.2010 |
rumahtangga atau rumah tangga | rumah tangga | Ejaan | 05.08.2011 |
salam, saya keliru mengenai peribahasa berikut. 1. melepaskan BATUH di tangga @ melepaskan BATUK di tangga. 2. mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih @ mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih tolong perjelaskan peribahasa yang tepat. terima kasih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa yang berikut: 1. Bagai melepaskan batuk di tangga bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai; dan 2. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih bermaksud mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi. | Tatabahasa | 16.08.2011 |
BAGAIMANA MEMBEZAKAN PENGGUNAAN MeN... kan dengan MeN..... i Kedua, Bagaimana membezakan penggunaan didalam dengan dalamm sahaja | Apitan meN...i diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN...i dan meN...kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa. Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 191 - 207. "Dalam" ialah kata sendi nama yang juga dapat berfungsi sebagai kata arah. Kata sendi nama "dalam" digunakan di hadapan frasa nama yang membawa pengertian "lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang seperti perkara, peristiwa, hal dan sebagainya. Contoh ayat: Karya tersebut hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu. Sebagai kata arah "dalam" akan hadir sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau tempat, misalnya di dalam atau ke dalam. Contoh ayat: Mereka mengadakan mesyuarat di dalam bilik gerakan. | Tatabahasa | 23.03.2010 |
Salam Sejahtera, Saya mengalami kekeliruan berhubung penggunaan imbuhan meN...i dengan imbuhan meN...kan. Kadang-kala saya faham penggunaannya dalam ayat namun menghadapi masalah untuk menjelaskan kepada para murid. Harap dapat memberi penjelasan berhubung perkara ini. Terima kasih. | Apitan meN...i biasanya diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 191 - 207. | Tatabahasa | 16.08.2010 |
Bagaimana membezakan penggunaan apitan men..., men...i dan men...kan dalam ayat. Terdapat buku yang menerangkan penggunaannya berdasarkan status objek iaitu sama ada objek itu bergerak atau tidak bergerak dan objek bernyawa atau tidak bernyawa. | Apitan meN...i diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN...i dan meN...kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa. Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 - 207. | Tatabahasa | 06.04.2009 |
Yang manakah betul? 'melepaskan batuk di tangga' ATAU 'melepaskan batok di tangga'. Jika merujuk KD edisi 4 m/s 137. Makna 'batuk' -mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya, bunyi seseorang batuk, penyakit. Sebaliknya' batok' lebih sesuai kerana 'batok' ialah 'tempurung' yang biasanya digunakan untuk meneguk air. Harap dapat memberikan penjelasan. terima kasih. | Data dalam Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu ialah "melepaskan batuk di tangga". Peribahasa "melepaskan batuk di tangga" ini telah diterima pakai sekian lama walaupun ada yang memberikan pandangan bahawa perkataan yang betul ialah batok bukan bantuk. | Tatabahasa | 28.09.2012 |
kata' rumah tangga' dan 'rumah baharu'. salah satu daripadanya ialah kata majmuk. Begaimanakah kita hendaklah memberikan penjelasan tentang cara membezakan kata majmuk dengan yang bukan majmuk ( seperti contoh di atas) ? | Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72. | Istilah | 03.03.2010 |
Yang mana betul, 1. 'harapkan pagar, pagar makan padi' atau 'harapkan pegar, pegar makan padi'. 2. 'melepaskan batuk di tangga' atau 'melepaskan batok di tangga' | Peribahasa yang terakam dalam buku peribahasa ialah 'harapkan pagar, pagar makan padi' dan 'melepaskan batuk di tangga'. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. | Lain-lain | 31.01.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| tangga (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sigai: injak-injak, takuk, takik, tokek, tubang, jenjang, tangga gerak, eskalator,
2. Bersinonim dengan peringkat: tingkat, taraf, paras, skala, takat,
| Kata Terbitan : bertangga, |
|
Puisi |
---|
|
Pucuk kali mengikat tangga, Tangga disirat lima enam bulan; Pujuklah hati memandang janda, Janda baru beranak seorang.
Lihat selanjutnya... |
|