Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
(a) menjalin tali ukhwah (b) menjalinkan tali ukhwah DBP, yang manakah adalah betul? | Ayat yang gramatis ialah 'menjalinkan tali ukhwah'. | Tatabahasa | 09.11.2011 |
1. Penjodoh bilangan yang sesuai untuk tali leher? | Penjodoh bilangan yang sesuai untuk tali leher ialah sehelai tali leher. | Lain-lain | 27.03.2010 |
Tali layang-layang atau benang layang-layang? Adakah penggunaan tali dan benang betul dalam ayat tersebut? | Saudara, Perkataan yang digunakan ialah tali layang-layang. | Lain-lain | 16.09.2010 |
maksud kekangannya | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kekangan bermaksud 1. besi bergerigi yg dikenakan pd mulut kuda (utk mengendalikannya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi. Unsur "nya" yang ditambah pada perkataan kekangannya hanyalah berfungsi sebagai penekan. | Istilah | 15.03.2010 |
Salam, saya ingin tahu tentang tali skipping apabila dimelayukan dipanggil apa? | Salam, saya ingin tahu tentang tali skipping apabila dimelayukan dipanggil apa? Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan digunakan 'tali skip'. | Istilah | 28.05.2013 |
A)Ali bermain lompat tali di padang. B)Ali lompat tali di padang. Ayat yang mana betul? Terima kasih | Ayat yang gramatis ialah 'Ali bermain lompat tali di padang'. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
Salam, saya ingin tahu..apakah istilah yang sesuai untuk skipping rope?Adakah ianya bermaksud 'lompat tali'?Dan apakah istilah yang betul jika saya ingin membuat ayat, 'Tali skip yang panjang itu diperbuat daripada gelang getah'? Masih betulkah jika saya ingin gunakan 'tali skip' ataupun ada istilah lain yang lebih sesuai? | Istilah bahasa Melayu untuk "skipping rope" ialah tali skip. | Istilah | 15.01.2013 |
leash | tali cawak | Istilah | 05.05.2011 |
Tali leher --> mengikat atau menyimpul | Tali leher diikat dan kemudian disimpul | Lain-lain | 14.08.2008 |
APAKAH MAKSUD TALI AIR? | Merujuk Kamus Dewan, tali air ialah saluran utk mengalirkan air ke sawah. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 03.10.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| tali (kata nama) | Bersinonim dengan serat, benang, dawai, wayar, kabel, rafia, rantai, rotan, reben, kenur, ketaya, keluan, untai, tambang, temeralang;, | | Kata Terbitan : bertali, bertalian, bertali-tali, mempertalikan, pertalian, |
|
Puisi |
---|
|
Lemah lembut pandan berduri, Putuslah tali tali tiada; Lemah lembut membawa diri, Putuslah hati adik penanda.
Lihat selanjutnya... |
|