Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera, Tuan/Puan Saya ingin meminta nasihat daripada pihak tuan/puan berkenaan dengan penggunaan perkataan tajam. I. Idea yang dikemukakan oleh Hisham sangat tajam. Perkataan tajam sesuai digabungkan dengan idea. Sila berikan nasihat. Sekian , terima kasih | Penggunaan ayat yang betul ialah “Idea yang dikemukakan oleh Hisham sangat bernas, baik atau bagus”. Perkataan tajam tidak sesuai digunakan kerana ia mambawa maksud yang berbeza. | Tatabahasa | 30.06.2022 |
Adalah semua kata bandingan semacam (bagai, seperti, umpama, laksana, bak, macam) boleh digunakan untuk semua perbandingan yang menunjukkan keserupaan contohnya -manis seperti madu/ manis umpama madu / manis laksana madu -tajam bak pisau / tajam macam pisau / tajam laksana pisau | Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan mengikut konteks. Contoh bandingan semacam yang diberikan seperti “manis seperti madu”, “manis umpama madu”, “manis laksana madu”, “tajam bak pisau” dan “tajam macam pisau” adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan bandingan semacam bagi “tajam laksana pisau” kurang sesuai digunakan dari segi darjah perbandingan aspek keindahan atau keelokan sesuatu. Contoh penggunaan bandingan semacam yang sesuai bagi perkataan “laksana” ialah “Pasangan pengantin itu laksana cincin dengan permata”. Penggunaan bandingan semacam perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lama web prpm.dbp.gov.my | Tatabahasa | 12.03.2024 |
Saya meraut pensel dengan pisau tajam. Saya meraut pensel dengan tajam. Adakah kedua-dua ayat di atas betul dari segi tatabahasa? TK | Ayat yang pertama betul. Ayat kedua saya meraut pensel sehingga tajam. Saya menajamkan pensel dengan pisau. | Lain-lain | 21.10.2006 |
Pisau yang tajam itu baru diasah oleh ayah. (Adakah struktur ayat ini betul ?) | Struktur ayat "Pisau yang tajam itu baru diasah oleh ayah" tidak sesuai maknanya, kerana pisau yang tajam tidak perlu diasah kecualilah perbuatan itu disengajakan untuk menajamkan lagi pisau. | Tatabahasa | 23.06.2009 |
Ejaan nama Zainal Abidin bin Ahmad: (1) Zaba (koma di atas sebelum huruf a, berhujung tajam di atas seperti tanda penyingkat = ain), (2) Zaba (koma di atas selepas huruf a, berhujung tajam ke bawah = hamzah), (3) Zaba (koma di atas, berhujung tajam ke atas seperti koma terbalik, selepas huruf a = ain). Ejaan yang manakah diiktiraf oleh KNDBP? Terima kasih. | Ejaan yang banyak terakam dalam pangkalan data kami ialah Za'ba. | Ejaan | 11.06.2012 |
Dia menyikat rambut dengan kemas. Dia menajamkan pensel dengan tajam. Adakah penggunaan 'dengan' dalam ayat-ayat di atas OK? TK. | Dalam ayat-ayat di atas OK? TK. Dalam ayat pertama dengan menunjukkan alat yang digunakan untuk menyikat rambut manakala dalam ayat kedua tajam menunjukkan cara bagaimana pensel diasah - tajam. | Makna | 07.11.2006 |
Pisau itu tajam kerana ia baru diasah oleh ayah. (Adakah struktur ayat ini betul ?) | Salah, struktur yang betul ialah "Pisau itu tajam kerana baru diasah oleh ayah." | Tatabahasa | 23.06.2009 |
Saya meraut pensel dengan tajam. Adakah penggunaan 'dengan' dalam ayat di atas betul? | Ayat yg betul ialah: Saya meraut pensel sehingga/hingga tajam. Saya meraut pensel dengan pisau. Harap maklum. | Tatabahasa | 16.10.2006 |
Selamat sejahtera, Apakah kesalahan bagi ayat-ayat di bawah : 1. Tembakan yang tajam itu mengena pada penjahat. 2. Atap rumah penduduk kampung itu tanggal ketika angin kencang pagi tadi. 3. Ketawa Ali tajam sekali. Terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: - Tembakan itu tepat mengenai penjahat.
- Atap rumah penduduk kampung itu tercabut ketika angin kencang pagi tadi.
- Penggunaan kata ‘tajam’ dengan ‘ketawa’ tidak mempunyai hubungan makna.
| Tatabahasa | 13.01.2015 |
apakah perkataan seerti degan perkataan ziarah? 'mata besi yang tajam untuk melukai atau meusuk diri',perkataan yang dimaksudka sebegitu adakah 'jarum'? 'perbahasa dengan rencana atautulisan dalam akhbar',apakah perkataan yang sesuai dengan maksud sebegitu? | Ziarah sama erti dengan lawatan, kunjungan. Jarum bermaksud 1. keluli halus yang tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang(tempat memasukkan benang) untuk menjahit. 2. benda tajam dan panjang yang menyerupai jarum jahit (untuk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pada jam). Makalah bermaksud rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yang disiarkan dalam majalah, surat khabar, dll. | Lain-lain | 20.03.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| tajam (adjektif) | 1. Bersinonim dengan mudah memotong: mudah mengerat, mudah menghiris, mudah makan, Berantonim dengan tumpul
2. Bersinonim dengan runcing: lancip, cerucup, tuding, Berantonim dengan pepat
3. Dalam konteks kata-kata bersinonim dengan keras, pedas, menyakiti hati, menyembilu, bisa, menghiris perasaan, bersanding, Berantonim dengan lunak
| Kata Terbitan : menajamkan, ketajaman, |
|
Puisi |
---|
|
Tajam sungguh si buluh gadung, Hendaklah ikat bersama tali; Hancur luluh tulang dan daging, Namun kulupa tidak sekali.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 599 The tongue is sharper than the sword Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal Keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal. Sesungguhnya keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia. Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|