Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
soalan 1. Padi yang dibajainya subur A. Menghijau B. kehijauan 2.Apakah perbezaan antara memotong,mengerat,memangkas,mencantas ,membelah 3.Baju ini engkau yang beli.jadi tentulah baju ini A. milikku B.milikmu C.milikkau D.miliknya apakah jawapannya. 3. perbezaan menyusuri,merentasi,melintasi,meredah | 1. Padi yang dibajainya subur menghijau. 2. Memotong sama maksudnya denga mengerat dan memangkas sama maksudnya dengan mencantas, manakala membelah bermaksud memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian. 3. Baju ini engkau yang beli. Jadi tentulah baju ini milikmu/milikkau. 4. Menyusuri bermaksud berjalan mengikut tepi, merentasi sama maknanya dengan melintasi dan meredah bermaksud menempuh. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
1.Tanaman tersebut hidup a.segar b. subur kerana dijaga dengan baik. 2. Ali merupakan a. pelajar b. penuntut Universiti Sains Malaysia tahun pertama. 3. Saya suka membaca buku di pondok bacaan ini kerana suasananya a. sangat tenang sekali. b. sungguh amat tenang sekali. | Saudara Waypenglee, Jawapan bagi pertanyaan saudara adalah seperti yang berikut: i. subur ii. penuntut iii. sangat tenang sekali Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 09.06.2009 |
Betulkah struktur ayat? Kediaman ditemani alam subur, bayu segar meniup sepoi-sepoi bahasa, mata segar dijamu pemandangan sekeliling yang mempesonakanTaman XX menginspirasikan segalanya. Terletak di puncak tanah tinggi, enklaf kediaman eksklusif ini menawarkan keselesaan dan ketenangan saban hari. Dengan suasana privasi, tenang dan nyaman ini, anda dapaat menjauhkan diri daripada ketegangan, kesesakan dan kesibukan kota. Taman XX, khas untuk anda yang mencarikan kehidupan berprestij terunggul. | Sila jelaskan konteks penggunaan dalam ayat-ayat yang diberikan. Sama ada dalam iklan, rencana, cerpen dan sebagainya. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
1. Dua orang pemuda telah tersesat di dalam hutan yang "lebat" itu. 2. Hutan rimba di negara kita subur dan 'lebat". Penggunaan perkataan "lebat" dalam kedua-dua ayat ini betul atau salah ? Terima kasih. | Penggunaan kata lebat dalam kedua-dua ayat tersebut kurang tepat. Dalam Kamus Dewan, lebat bermaksud: 1. banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dll); 2. banyak lagi tebal (hujan, embun, dll); 3. banyak lagi penuh (bkn corak kain dsb). Lazimnya kita menyebut hutan yang tebal, namun jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan, sila rujuk dengan pihak yang berkaitan seperti sekolah atau Lembaga Peperiksaan. | Tatabahasa | 30.11.2011 |
Penggunaan Tatabahasa yang betul, adakah berkehendakan atau berkehendakkan? | Berkehendakkan, iaitu berkehendak akan. Contoh ayat: Pokok padi berkehendakkan air yang banyak untuk hidup subur. | Ejaan | 26.04.2011 |
apakah maksud produktif dan kompetitif dalam maksud yang tepat | Produktif bermaksud 1. berupaya atau boleh mengeluarkan hasil yg banyak; 2. mencapai banyak hasil, berhasil; 3. berupaya membiak, melahirkan anak atau menyebabkan kelahiran, subur. Kompetitif pula bermaksud bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing. | Makna | 18.04.2007 |
apakah maksud saka | saka I : pusaka. saka II : 1. leluhur drpd sebelah emak 2. pangkat yg turun-temurun. saka III : tidak subur lagi (tanah), usang saka IV : Jw 1. tiang seri (pd rumah), tiang ibu rumah; 2. ki penegak atau pengukuh (negara dll). saka V : (Tani) jenis tumbuhan (kunyit dll) yg hidup semusim atau setahun sahaja. | Makna | 10.01.2013 |
1)Gambar itu digantungkan pada dinding sebagai (hiasan/ perhiasan). Ini merupakan soalan upsr. Jawapan yang diberikan ialah hiasan. Apakah perbezaan hiasan dan perhiasan? Kamus dewan memberikan maksud yang sama. 2)Emak _______ menyiram pokok itu agar hidup subur. A. kerap B. selalu C. sering Mengapakah jawapan yang diberikan ialah A? Berdasarkan rujukan Kamus Dewan, ketiga-tiga jawapan memberikan maksud yang sama. | Sdr.Ng Saya juga telah melihat kamus tentang kedua-dua perkataan ini dan memang kesemuanya sama. Pada pandangan saya perkara begini tidak seharusnya berlaku. | Tatabahasa | 15.08.2010 |
Kata Banyak Makna bagi lebat:- 1.Dua orang pemburu telah tersesat di dalam hutan yang lebat itu. (lebat dalam ayat ini salah dan sepatutnya ialah tebal menurut salah satu daripada buku penilaian) 2.Hutan rimba di negara kita subur dan lebat. (lebat dalam ayat ini betul menurut Kamus Perdana) Soalan saya ialah penggunaan 'lebat' dalam ayat-ayat di atas betul atau salah? | Merujuk Kamus Dewan lebat lazimnya dikaitkan dengan pertumbuhan rambut, bulu dan sebagainya, ataupun banyak lagi tebal hujan, embun dan sebagainya. Dalam konteks ayat tersebut, lazimnya kita menggunakan hutan yang tebal. | Tatabahasa | 08.12.2011 |
Selamat pagi ! Bolehkah tolong saya betulkan ayat di bawah ini ? Terima kasih 1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu. atau Encik Jali membeli keledek goreng daripada warung itu. 2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga ke saat terakhir atau Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir . 3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan atau Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan peratusan kelulusan PMR pada tahun depan 4 Pokok dokong itu besar dengan subur sekali setelah dibubuh baja atau Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja. 5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan beliau rasmikan atau Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau. | 1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu. 2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir . 3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan. 4 Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja. 5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau. | Tatabahasa | 23.07.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| subur (adjektif) | 1. Dalam konteks tumbuh-tumbuhan bersinonim dengan membesar, menjadi, segar,
2. Dalam konteks badan bersinonim dengan sihat, berisi, gempal,
3. Dalam konteks berkembang pesat bersinonim dengan maju, berkembang, biak, umbur,
| Kata Terbitan : menyuburkan, penyuburan, |
|
Puisi |
---|
|
Pokok melati sedang naik, Daunnya hilang subur dan sihat; Biar mati nama yang baik, Jangan mati nama yang jahat.
Lihat selanjutnya... |
|