Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Negara kita stabil dan aman adalah berkat daripada sikap segenap lapisan masyarakatnya yang toleransi. MUNSYI, adakah ayat segenap lapisan adalah salah dalam ayat ini? TK | Dalam Kamus Dewan edisi keempat, segenap bermaksud seluruh, sekalian, semua. Oleh itu, penggunaan segenap adalah betul dalam ayat yang diberikan. Ayat yang betul ialah: Negara kita stabil dan aman ialah berkat daripada sikap segenap lapisan masyarakatnya yang toleransi. | Tatabahasa | 11.06.2012 |
Salam sejahtera, Tuan / Puan Bolehkah Tuan/Puan nyatakan ayat manakah yang betul? 1a) Cuba anda kenal pasti aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 1b) Cuba anda kenal pastikan aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 2a) Berat seluruh objek tertumpu di pusat graviti objek itu. 2b) Berat seluruh objek tertumpu pada pusat graviti objek itu. 3a) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong di luar pusat graviti. 3b) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong pada luar pusat graviti. Sekian, terima kasih. CK | Yang betul adalah seperti yang berikut: 12) Cuba anda kenal pasti aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 2b) Berat seluruh objek tertumpu pada pusat graviti objek itu. 3b) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong di luar pusat graviti. | Tatabahasa | 08.12.2011 |
Salam sejahtera, Bolehkah Tuan/Puan menyatakan sama ada penggunaan 'nya' dalam ayat berikut adalah betul? Jika tidak, apakah cadangan ayat yang lebih gramatis? 1) Burung dapat mengekalkan suhu badannya kerana burung berdarah panas. 2) Objek itu stabil kerana tapaknya yang besar. 3) Ikan menggunakan siripnya untuk berenang dalam air. Sekian, terima kasih. CK | Nya ialah kata ganti diri orang ketiga. Oleh itu, penggunaan "nya" dalam ayat contoh yang diberikan adalah tidak gramatis. Berdasarkan ayat tersebut kata "nya" boleh digugurkan seperti Burung dapat mengekalkan suhu badan kerana burung berdarah panas. | Tatabahasa | 19.01.2012 |
boleh saya tahu perkataan yang paling tepat untuk saya gantikan perkataan KONDUSIF.berikut adalah petikan ayat yang kami gunakan perkataan tersebut. "Mengawal, menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti industri tembakau berpandukan undang-undang, dasar kerajaan dan peraturan yang ditetapkan untuk mewujudkan persekitaran industri yang stabil dan kondusif" Sekian. | Menurut Kamus Dewan, kondusif bermaksud sesuai, manakala dalam istilah undang-undang bermaksud berfaedah. | Istilah | 23.07.2008 |
Apakah terjemahan yang paling sesuai bagi perkataan 'fingerprinting' dalam konteks teknikal? Contoh penggunaan: Bahasa Inggeris: Fingerprinting Of Surface Water And Groundwater Contamination From Landfill Leachate Using Stable Isotopes Of 2H, 13C and 18O. Terjemahan Bahasa Melayu: 'Fingerprinting' pencemaran air permukaan dan air tanah dari air larutresap tapak kambus tanah menggunakan isotop-isotop stabil 2H, 13C and 18O. Sekian, terima kasih. | Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada padanan/terjemahan bagi kata fingerprinting dalam konyeks yang dinyatakan. Kami akan merujuk pakar bidang peristilahan dan memerlukan sedikit masa untuk menanganinya. Kami akan memaklumkan jawapan berkenaan melalui alamat e-mel yang didaftarkan. | Istilah | 22.02.2011 |
1. Apakah beza makna perkataan ' mapan' dan ' mampan ', betulkah ayat : keselesaan mapan / mampan ?. 2. Perkataan ' kedapatan ' adakah sama penggunaannya dengan terdapat : Kedapatan juga mereka yang....... 3. Tanda seru : MAS ! lambang kehebatan negara Malaysia. Bolehkah menggunakan tanda tersebut spt contoh di atas ? T kasih. | 1. Mapan bermaksud mantap, tidak berubah-ubah, sudah kukuh, stabil dan teguh, manakala mampan bermaksud mampu meneruskan kewujudan atau mampu menghadapi dugaan. Yang betul ialah keselesaan mapan, walau bagaimanapun ia bergantung pada konteks. 2. Kedapatan bermaksud dijumpai, didapati, atau diketahui. Contoh ayat yang diberikan lebih sesuai digunakan "Terdapat juga mereka yang ..." 3. Tanda seru digunakan dalam ayat seruan untuk memanggil atau menyeru sesuatu. Dalam konteks ayat yang diberikan ialah ayat penyata, oleh itu tidak perlu dibubuh tanda seru. Yang betul ialah MAS melambangkan kehebatan Negara Malaysia. | Makna | 09.07.2009 |
maksud rangsum, lestari dan mapan atau mampan | Menurut Kamus Dewan edisi keempat, rangsum ditakrifkan sebagai catuan (makanan dll), pelabur: biarlah kau makan ~ penjara. Kata lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap membawa maksud yang hampir sama dengan mampan, iaitu mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb) atau dalam bahasa Inggerisnya "sustainable . Sementara kata mapan bermaksud tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap, contohnya: mengikut tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil ciptaan pengarang yg sedia ~. | Tatabahasa | 26.11.2008 |
makna perkatan "MADANI" saperti ingin dibayangkan dengan perkataan 'Masyarakat madani' perbezaan dengan masyarakat modern ; -harmonis ; -aman ; -maju atau yang agak sama maksud nya. Terima kasih | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata madani bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan(berkenaan dengan masyarakat, generasi dsb.). Moden bermaksud dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru,cara(kaedah)baru, mutakhir. Harmonis bermaksud selaras, seimbang, sepadan,sesuai atau bersesuaian(antara satu sama lain). Aman bermaksud bebas daripada keadaan kacau-bilau(seperti peperangan, pergaduhan, permusuhan,dsb.); bebas daripada gangguan atau sesuatu yang tidak menyenangkan ,damai, tenang,tenteram. Maju bermaksud bergerak ke muka, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan; bertambah baik baik keadaannya(dalam pelajaran, perniagaan dll.);tinggi tamadunnya(peradabannya,taraf hidupnya, dll). Berdasarkan makna di atas , maka dapat dilihat perbezaan antara konsep-konsep tersebut.Masyarakat madani melibatkan kemajuan dari segi pemikiran dan kerohanian, masyarakat moden melibatkan kemajuan dari segi fizikal seperti pembangunan dsb., masyarakat harmonis dan aman melibatkan keadaan masyarakat yang stabil dan bebas daripada kacau-bilau, dan masyarakat maju pula melibatkan keadaan masyarakat yang bertambah baik dari segi ekonomi, pembangunan, industri dsb. | Makna | 30.05.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| stabil (adjektif,) | Bahasa Asal :Inggeris | Bersinonim dengan tetap, mantap, teguh, kukuh, kuat, tahan, tidak berubah-ubah;, | | Kata Terbitan : menstabilkan, kestabilan, penstabilan, |
|
|