Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. pakaian seragam pasukan kadet polis sekolah itu kemas nian/sungguh. boleh tolong terangkan perbezaan kegunaan bagi kedua-dua perkataan tersebut. setahu saya kedua-dua perkataan membawa erti yang sama. 2. kegunaan perkataan "titis" dengan "titik". apakah perbezaannya? | 1. Bergantung kepada kesesuaian ayat dan situasi. 2. Titik dan titis membawa maksud yg sama. Sila rujuk Kamus dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 15.10.2009 |
Penggunaan Tatabahasa Ayat: 1. Semua pelajar tingkatan 1, 2, 3, dan 4 diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah yang lengkap. 2. Semua pelajar tingkatan 1, tingkatan 2, tingkaan 3, dan tingkatan 4 diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah yang lengkap Soalan: Ayat mana yang betul, 1 atau 2?. Apakah kesalahannya? Terima kasih. | Kedua-duanya betul dan gantikan perkataan menggunakan kepada memakai. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
apakah bahasa baku? | Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. | Makna | 04.07.2006 |
Penjodoh bilangan untuk sikat, pemotong kuku dan benda-benda kecil yang mempunyai bentuk yang tidak seragam. Tolong jelaskan penjodoh bilangan dan fungsinya. | Penjodoh bilangan bermakna perkataan yang digunakan berpasangan dengan nama apabila menunjukkan bilangan. Bagi sikat, penjodoh bilangan yang biasa digunakan ialah batang. Pihak kami sedang merancang untuk menyusun senarai penjodoh bilangan. | Lain-lain | 17.01.2008 |
saya ingin bertanya tentang pembakuan bahasa melayu | Pembakuan bahasa Melayu bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. | Makna | 25.08.2006 |
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? ''tanda pangkat dan lain-lain yang dipakai di bahagian bahu pakaian seragam tentera'' terima kasih | Kami tidak menjawab soalan teka silang kata. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 17.04.2010 |
apa perbezaan kawad dan kawat | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yg melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yg dibuat drpd logam (spt tembaga dll). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 12.05.2009 |
ingin maklumat tentang variasi bahasa | Merujuk Kamus Dewan Edisi, antara maksd variasi ialah bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll). Untuk keterangan lanjut berkenaan varisi bahasa, saudari boleh merujuk buku-buku yang berkaitan. Antaranya ialah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Makna | 09.08.2009 |
Apakah difinasi bahasa baku? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. | Makna | 20.06.2010 |
1. Apakah ejean yang tepat untuk Yang Berbahagia, Yang Berusaha, YBhg atau YBhg.,YBrs atau Y.Brs. atau YBrs. 2. Jika ejaan bagi screw ialah skru, bukan skrew. Dengan demikian crew harus dieja kru bukan krew. Ejaan tidak seragam antara TV3, RTM dan akhbar. Sila beri penjelasan. 3. Saya masih keliru tentang penentuan waktu. Saya pernah merujuk dgn BDP pada awal tahun 2000. Petang bermula pada pukul 2.00 hingga 6.59 petang. Malam bermula dari pukul 7.00 hingga 11.59 malam. Penentuan waktu ini tidak seragam. TV3 menggunakan petang dari pukul 1.00 hingga 7.00 petang. Ada ketikanya 7.30 pun masih petang. Boleh tuan jelaskan tentang penentuan waktu ini. Terima kasih. | YBhg. Datuk, i. Ejaan yang tepat ialah YBhg. dan YBrs. ii. Sehingga kini tiada pembentukan kata kru atau krew. Padanan yang digunakan ialah petugas, pekerja atau anak kapal. 3. Pukul 12.00 hingga 1.59 ialah tengah hari; 2.00 hingga 6.59 ialah petang; 7.00 hingga 11.59 ialah malam; 12.00 hingga 12.59 ialah tengah malam; 1.00 hingga 11.59 ialah pagi. Dicadangkan semua stesen penyiaran di bawah Kementerian berkenaan bertemu dan membuat satu keputusan tentang penyeragaman penggunaan bahasa di semua stesen penyiaran. | Tatabahasa | 13.05.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| ragam (kata nama) | 1. Bersinonim dengan olah: tingkah, kerenah, perangai, gelagat, canda, fiil,
2. Bersinonim dengan jenis: macam, bagai, aneka,
3. Bersinonim dengan lagu: langgam
4. Bersinonim dengan corak: ragi, sisik,
| Kata Terbitan : seragam, menyeragamkan, keseragaman, penyeragaman, beragam-ragam, meragam, meragamkan, keragaman, |
|
|