Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
sepi kalau dalam hutan | Soalan anda tidak jelas. | Lain-lain | 16.06.2010 |
Adakah terdapat tanda "-" pada kata ganda "hingar bingar" dan "sunyi sepi"? Menurut kamus dewan edisi keempat tidak ada "-" pada kedua-dua perkataan ini. Bukankah tanda "-" itu penanda kata ganda? | hingar bingar dan sunyi sepi dieja tanpa tanda sempang. kata bingar dan sepi membawa makna dan boleh berdiri sendiri. | Tatabahasa | 03.04.2008 |
Mana yang betul? 1.Ali berasa _____ semenjak isterinya meninggal dunia. kesepian / sepi / kedua-dua boleh diterima 2.Para penonton terpesona _____ kehebatan Abu mendeklamasi sajak. oleh / dengan /kedua-dua boleh diterima | 1. Ali berasa sepi semenjak isterinya meninggal dunia. atau Ali kesepian semenjak isterinya meninggal dunia 2. Para penonton terpesona oleh/dengan kehebatan Abu mendeklamasi sajak. | Tatabahasa | 09.07.2012 |
Ejaan yang betul untuk " cendekiawan atau cendiakawan"? Sepi berpanjangan mengundang kesedihan, namun adakalanya rasa damai dan sunyi itu pencetus saat ketenangan yang mengasyikkan? Yang mana lebih sesuai 'pencetus" atau "mencetus' bagi ayat di atas? | Ejaan yang betul ialah cendekiawan. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah 'mencetus'. | Tatabahasa | 25.11.2008 |
mohon penjelasan maksud inflakasta. Untuk makluman tuan, perkataan ini merupakan tajuk drama dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius, teks baharu KOMSAS tingkatan 2. | Berdasarkan sumber rujukan kami, tiada perkataan atau huraian yang berkaitan dengan perkataan inflakasta. Kami akan membuat rujukan lanjut dan meng-e-mel jawapannya nanti kepada pihak saudara. | Sastera | 19.01.2011 |
Apakah perbezaan sunyi dan senyap ? Kedua-dua ialah sinonim atau bukan ? Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, senyap bermaksud 1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri. Sunyi pula bermaksud 1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa. Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan ini adalah sama maknanya. | Istilah | 11.11.2010 |
Selamat petang Macam mana hendak membezakan imbuhan me-...-i dan me-...-kan? Saya mendapati bahawa contoh ayat dalam kamus dewan dan pelita bahasa berbeza kegunaannya. Adakah kedua-dua ayat di bawah ini gramatis? a. Dia pula tidak sepi drpd meminjamkan beras atau wang kpd tetangganya. (Kamus Dewan) b. Usahawan itu meminjamkan Ah Long wang. (Pelita bahasa) Selepas imbuhan me-...-kan, perlu diikuti dengan objek yang bernyawa atau tidak? Dalam pelita bahasa juga mencatatkan ayat "Usahawan itu meminjamkan wang daripada Ah Long" tidak gramatis. Jadi, ayat yang berikut yang manakah gramatis? a.) Ali meminjamkan Ravi nota-nota kuliah. atau b.) Ali meminjamkan nota-nota kuliah kepada Ravi. Sekian, terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (hlm. 1212), maksud 'meminjamkan' ialah memberikan barang dan lain-lain untuk dipinjam. Daripada contoh ayat yang dibertikan, ayat yang gramatis ialah meminjamkan wang atau meminjamkan nota. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 190 - 217. | Tatabahasa | 03.06.2010 |
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar. | Di Perpustakaan Melangkah ke ruangmu satu pertukaran yang kontras dari kehangatan merata ke kedinginan yang menerpa terlalu hening di sini gua pendeta bersemadi di puncak sepi di sana sini kepala-kepala runduk meneliti mata dan fikir bersebati. Maju ke ruang buku terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu tercurah berzaman dalam tak terselam betapa pun kulayari bahtera ilmu di sini tak terteroka yang akan kucatat hanya setitik dari tinta yang akan kupetik hanya sebiji dari mutiara engkau adalah pusaka moyang gedung peradaban insan terhimpun berzaman. bersemadi di sini aku adalah pelayar yang dahaga di dada samudera tak berpantai betapa pun keteguk darinya dahaga tak pernah langsai | Lain-lain | 28.03.2010 |
Encik, Mengapakah soalan yang saya kemukakan kepada pihak DBP tidak mendapat jawapan yang konkrit? Misalnya dua soalan saya yang terakhir: Encik, Adakah penggunaan perkataan 'memandang' dalam ayat yang berikut betul? * Banyak orang sedang memandang kemalangan yang ngeri itu. Jika salah, apakah perkataan yang sesuai digunakan? Terima kasih. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah "menyaksikan". (Pihak encik tidak menjawab sama ada penggunaan 'memandang' dalam ayat saya betul atau sebaliknya) Dalam soalan terakhir saya, pihak encik memberikan maksud 'stayback' ialah berada. Bukankah perkataan 'stay' barulah bermaksud berada. Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, memandang mempunyai 4 takrifan, iaitu : 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai. Berdasarkan contoh ayat yang saudara berikan, perkataan yang tepat dan sesuai ialah menyaksikan kerana maksud menyaksikan ialah 1. melihat (menghadiri dll) sbg saksi, melihat (menghadiri dll) sendiri: mereka berkahwin dgn disaksikan oleh ibu bapa mereka; 2. melihat (sendiri): orang yg datang utk ~ permainan itu makin bertambah; konsep inilah yg telah diterapkan, dan akibatnya masih dapat disaksikan hingga ke masa kini. Untuk makluman saudara, sesuatu perkataan yang hendak digunakan perlu juga melihat bidang dan konteks ayat . Begitu juga dengan perkataan stay back, padanan yang sesuai untuk contoh ayat yang saudara berikan ialah berada. Stay mempunyai pelbagai maksud. Sila rujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 15.01.2010 |
Beza antara perkataan 'melihat' dan 'memandang'. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, melihat bermaksud 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid. Memandang pula ditakrifkan sebagai 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai. | Istilah | 03.12.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| sepi (adjektif) | 1. Bersinonim dengan senyap: sunyi, hening, lengang, antap, Berantonim dengan bising
2. Bersinonim dengan dingin: hambar, tawar, Berantonim dengan meriah
3. Bersinonim dengan lengang: hening, sirap, tenang,
| Kata Terbitan : menyepi, kesepian, |
|
|