| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Salam, 1. Kenapa terjemahan dan padanan kata dlm kebanyakan kamus bahasa Inggeris-Melayu dan Google Translate dilihat tidak secekap dlm Kamus Online DBP - PRPM yg ada dlm terbitan DBP? Seolah-olah bahasa atau kosa kata dlm kamus Online DBP dilihat hanya hebat dan gah dlm kamus online itu semata-mata, bukan dlm semua terbitan kamus Inggeris-Melayu, bukan pula dlm Google Translate, malah bukan juga melalui penggunaannya dlm pertuturan sehari-hari. 2. Apakah peranan DBP dlm menyediakan maklumat, kemudahan, cadangan dan pembinaan bahasa Melayu dlm kemudahan "Google Translate"? dan kenapa terjemahannya juga banyak kekurangan dan kelihatan tiada kecekapan dan kekreatifan dlm istilah-istilah yg sedia ada dlm Melayu? tidak seperti bahasa Indonesia atau Melayu Riau yg kaya dgn kosa kata dan istilah. 3. Kenapa padanan kata "hello" dan "hi" dlm bahasa Inggeris hanya dipadankan dgn kata "helo" dan "hai"? sedangkan dlm masyarakat kita byk lagi kata yg dpt digunakan utk memadankan perkataan-perkataan itu spt "salam"; "selamat sejahtera"; "salam sejahtera"; "apa khabar"; "sejahtera" (singkatan drpd selamat sejahtera atau salam sejahtera); "jahtera" (singkatan drpd sejahtera, salam sejahtera atau selamat sejahtera); tabik (dlm masyarakat Nusantara); amboi (dlm peluasan makna kata selain makna lazim spt kata utk menzahirkan rasa kagum, hairan, kasihan atau utk mengusik, dsb.). Sekian, terima kasih! | 1. Terjemahan dan padanan kata dalam kamus bahasa Inggeris-Melayu (bukan terbitan DBP) dan Google Translate adalah terjemahan langsung berbeza dengan kamus dalam talian dalam PRPM yang kebanyakan kata dan istilahnya digubal bersama-sama pakar bahasa dan pakar bidang. Pemilihan padanan tersebut berbeza kerana penggunaan masyarakat dan pengguna bahasa mempunyai tingkat pengetahuan, sikap terhadap bahasa dan sumber rujukan bahasa yang berbeza. 2. DBP tidak mempunyai jalinan perkongsian data dengan Google Translate. Masih kurang penyumbang data dalam bahasa Melayu kepada Google Translate. Korpus penggunaan bahasa Melayu juga tidak seprolifik dan sekreatif penyumbang korpus bahasa Indonesia dan bahasa-bahasa lain di dunia. Keluarga Malaysia, khususnya orang Melayu perlu lebih banyak menulis dan menggunakan kata dan istilah dalam bahasa Melayu yang telah digubal. 3. Padanan kata hello dan hi dalam bahasa Inggeris hanya dipadankan dengan kata "helo" dan "hai" merupakan terjemahan langsung. Padanan ini boleh digantikan dengan perkataan lain seperti salam, selamat sejahtera, apa khabar dan sebagainya, mengikut kesesuaian konteks dan wacana yang ingin disampaikan kepada pembaca sasaran. Hal ini bergantung kepada kebijaksanaan dan kepekaan penterjemah untuk menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kepada pembaca karya terjemahannya. Ada kalanya teks yang diterjemah tidak sesuai dengan kata padanan yang lazim digunakan dalam budaya masyarakat sasaran, maka terjemahan langsung lebih disarankan penggunaannya.
| Lain-lain | 02.08.2022 |
| Salam sejahtera, Penjodoh bilangan bagi tongkat ialahbatang.Selain batang,adakah kakiboleh digunakan sebagai penjodoh bilangan bagi tongkat? Penjodoh Bilangan Naskhah (buku,surat khabar dan majalah) betul? Sekian,terima kasih. | Perkataan kaki tidak boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk tongkat. Manakala, naskhah boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan bagi merujuk buku, surat khabar dan majalah. | Tatabahasa | 09.02.2026 |
| Salam sejahtera tuan. Bolehkah tuan memberikan penjelasan kepada saya tentang tatabahasa dalam beberapa soalan di bawah: 1. Para doktor tetap meneruskan tugas menyelamatkan mangsa serangan askar Israel walaupun mereka ____ letih. amat atau agak yang mana satu adalah sesuai untuk digunakan sebagai jawaban dalam soalan tersebut? 2. Apapun / Apatah rancangan kamu, mereka tetap tidak menerimanya. Penggunaan kata penegas pun atau tah mana satu adalah betul? 3. Siapalah / Siapa jua / Siapakah / Siapa juga yang ingin bersenam pagi-pagi ini. Penggunaan kata penegas mana satu adalah betul? 4. Pola Ayat bagi "Lelaki itu bernama Ali." Adakah ayat ini ialah FN+FK atau FN+FN? Soalan-soalan tersebut bolehkah tuan memberikan penjelasan yang teliti kepada saya. Terima kasih atas bantuan tuan. | 1. Para doktor tetap meneruskan tugas menyelamatkan mangsa serangan askar Israel, walaupun mereka amat letih. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 20 dan 74. 2. Pola ayat bagi frasa "Lelaki itu bernama Ali." ialah FN+FN. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 359. Untuk soalan yang seterusnya, tuan/puan digalakkan merujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 431 hingga 581 yang berkaitan dengan ayat dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021). | Tatabahasa | 04.02.2026 |
| Salam Sejahtera dan Selamat Pagi, Saya Dzulkifli dari Pejabat Urus Setia Ketua Pengarah LPP (Cawangan Undang-undang). Pihak kami bercadang untuk mengadakan Sesi Libat Urus berkaitan Cadangan Pindaan Akta yang akan melibatkan pihak berkuasa tempatan seperti polis, sprm, dbkl, imigresen, kastam dan lain-lain badan beruniform. Justeru, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan untuk semakan dan pandangan nama program yang betul bagi tujuan tersebut. Nama program yang dicadangkan adalah seperti berikut: SESI LIBAT URUS BERSAMA BADAN PENGUATKUASA MENGENAI CADANGAN PINDAAN AKTA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG 1973 (AKTA 110) DAN AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973 (AKTA 109) Segala perhatian dan pertimbangan pihak tuan dalam perkara in didahului dengan ucapan terima kasih. sekian. | Nama program yang sesuai ialah “Sesi Libat Urus Bersama-sama Badan Penguatkuasaan Tentang Cadangan Pindaan Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 110] dan Akta Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 109]”. | Lain-lain | 06.02.2026 |
| Salam sejahtera. Yang manakah betul? Senarai nama murid atau senarai murid? | Frasa yang betul ialah "Senarai nama murid". | Tatabahasa | 02.02.2026 |
| Selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang pengunaan onomatopoeia "rarh!" dalam bahasa melayu? Wujudkah penggunaan perkataan tersebut dalam kosa kata onomatopoeia BM? Saya lampirkan bersama konteks soalan yang diajukan. | Assalamualaikum wbt, Terlebih dahulu marilah kita fahami maksud onomatopeia, iaitu pembentukan perkataan berdasarkan peniruan bunyi alamiah spt ngiau, ngaum dan embek. Contoh lain ialah bang, ting dan desir. Oleh itu pada pendapat saya, kata rarh tidak termasuk dalam kategori kata onomatopeia, tetapi mungkin merupakan kata seru. Berdasarkan korpus DBP dan juga hasil carian dalam Intenet, bentuk kata ini tidak ditemui dan kata ini juga tidak terakam dalam kamus terbitan DBP dan juga dalam beberapa kamus rujukan bahasa Inggeris. Kami tidak mempunyai data yang cukup untuk menyimpulkan penggunaan sebenar kata ini. Sekian, terima kasih. | Makna | 16.01.2023 |
| Salam sejahtera. Mohon penjelasan berkenaan struktur ayat aktif kepada ayat pasif di bawah. "Pihak ini juga akan memastikan lebih banyak sumbangan diperoleh pada masa akan datang bagi meneruskan program ini." Apakah ayat pasif yang tepat? Apakah fungsi "diperoleh" di sini? Adakah sebagai keterangan? Terima kasih. | Ayat pasif bagi ayat yang dinyatakan ialah “Lebih banyak sumbangan akan diperoleh pada masa-masa yang akan datang bagi meneruskan program ini akan cuba dipastikan pihak tersebut.” Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Jika binaan oleh + FN letaknya jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. "Diperoleh" merupakan kata kerja transitif (pasif) yang bermaksud mendapat atau menerima. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1557 dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 489 - 490. | Tatabahasa | 10.01.2026 |
| Selamat sejahtera tuan/puan, saya nak tanya tentang pola ayat untuk ayat: Dia belum berjaya. Kedua, terdapat beberapa golongan kata untuk perkataan "berjaya". | Pola ayat bagi "Dia belum berjaya" terdiri daripada Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 437-440. Manakala, golongan kata bagi perkataan "berjaya" ialah kata kerja tak transitif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 161-170. | Tatabahasa | 04.01.2026 |
| Selamat sejahtera Merujuk Kamus Dewan, semerbak harum Bolehkah kita tulis harum semerbak? | Frasa harum semerbak boleh digunakan. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020), frasa harum semerbak bermakna sangat harum. Contoh: Bunga itu berbau harum semerbak apabila tiba waktu malam. | Tatabahasa | 30.07.2025 |
| Selamat sejahtera, saya ingin semak penggunaan tepat bagi frasa berikut; berperabot separa atau separa berperabot? Konteks kepada pertanyaan tersebut adalah untuk penggunaan dalam deskripsi kediaman yang menyediakan perabot asas tetapi bukan sepenuhnya. Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah Berperabot Separa. | Istilah | 28.11.2025 |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | sejahtera (adjektif) | | Bersinonim dengan aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa, selamat;, | | | Kata Terbitan : menyejahterakan, kesejahteraan, |
|
|