Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Di sini, saya nak tanya tentang tatabahasa. 1. kuatkuasa-----kuat kuasa penguatkuasa-----penguat kuasa penguatkuasaan-----penguat kuasaan 2. pemuda-pemuda-----pemuda-pemudi 3. pusat beli-belah-----pusat-pusat beli-belah pusat membeli-belah-----pusat-pusat membeli-belah 4. sementelahan sementelahan itu 5. justeru, justeru itu, 6. ....kita akan dapat..... .... akan kita dapat..... 7.....saya akan mendapat.... .......akan saya mendapat.... .......saya akan dapat.... .....akan saya dapat..... ....saya perlu..... .....perlu saya...... 8. anti dadah antidadah Kelab Anti Dadah Kelab Antidadah Kelab AntiDadah Kelab Anti-Dadah Kelab Anti-dadah Kelab anti-dadah Kelab anti-Dadah Kelab anti dadah Program Anti Dadah Program Antidadah Program AntiDadah Program Anti-Dadah Program Anti-dadah Program anti-dadah Program anti-Dadah Program anti dadah Kempen Antidadah Kempen anti-Dadah ...*.dan sebagainya......... 9. kita haruslah.... kita seharuslah.... kita seharusnya..... seharusnya kita........ harus kita........ haruslah kita.......... 10. keistimewaan alam semulajadi keistimewaan alam semula jadi 11. mempertingkatkan mempertingkat 12. memperbaiki memperbaik 13. perkataan yang bersifat "memper...kan" , "memper...", "memper....i". | 1. Kuat kuasa, penguat kuasa, pegawai penguat kuasa, penguatkuasaan. 2. Pemuda, pemudi serta pemuda dan pemudi. 3. Pusat beli-belah, pusat-pusat beli-belah. 4. Sementelah dan sementelahan. 5. Justeru. 6. ... kita akan dapat ... 7. ... saya akan mendapat ... dan ... saya perlu ... 8. Antidadah, Kelab Antidadah, Program Antidadah, Kempen Antidadah 9. Kita haruslah dan kita seharusnya 10. Keistimewaan alam semula jadi 11. Mempertingkatkan 12. Memperbaik 13. Apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper-...-i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 211. Awalan memper- biasa juga dirujuk sebagai awalan per-. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 177. | Tatabahasa | 29.10.2012 |
1. bilakah kita seharusnya menggunakan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan, contohnya; a) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan. b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 2. Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipan | a) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan. b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya beratus-ratus orang penonton dan kelima-lima ekor kambing. Lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. penggunaan penjodoh bilangan adalah tidak diwajibkan dalam konteks ini dan kedua-dua contoh yang dikemukakan adalah betul. Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipan. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Begitu juga dengan perkataan kewajipan. Dari segi pembentukan kata apabila perkataan "wajib" menerima imbuhan ke-...-an menjadi kewajiban, tetapi apabila dikira dari segi sosiolinguistik dan penggunaan yang lazim, menjadi kewajipan. | Tatabahasa | 24.09.2012 |
Apakah judul yang seharusnya digunakan dalam semua urusan di sekolah sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Situasi semasa kelihatan agak bercelaru dan mengelirukan apabila tiada ketetapan yang diperoleh. Terima kasih atas penjelasan yang diberi. | Tiada perbezaan antara bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia. Kedua-duanya perkara yang sama. Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia manakala Bahasa Malaysia digunakan dalam subjek di sekolah dan mengikut konteks sosial untuk tujuan perpaduan. | Lain-lain | 26.02.2009 |
MEMIMPIN PEMIMPIN MUDA ARP Kita seharusnya mengambil contoh dari Badan Operasi Persatuan Belia Cergas Pontian diatas inisiatif mereka dalam mengadakan satu bengkel bagi melahirkan Pemimpin Anugerah yang berkualiti. Bengkel yang diadakan pada 25 dan 26 Oktober 2008 bertujuan membimbing dan melatih pemimpin muda dalam melaksanakan aktiviti Program Anguerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bengkel tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) kawasan Pekan Nenas, YB Tan Lai Soon. Selama 2 hari, para pemimpin telah didedahkan mengenai falsafah program dimana ia merupakan nadi kepada program tersebut dan tidak ketinggalan tentang kefahaman pengendalian teknikal bagi komponen-komponen Kemahiran, Rekreasi Fizikal, Kemasyarakatan dan Penjelajahan Lasak. Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil pertauliahan yang disertakan dengan pin merah yang berbentuk Burung Dove melambangkan mereka adalah Pemimpin Anugerah yang telah ditauliahkan. | Soalan saudara tidak jelas. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 24.11.2008 |
Oleh hal yang demikian, setiap pihak seharusnya merancang strategi dan menitikberatkan mekanisme yang ampuh dalam usaha menangani masalah yang semakin menular di Malaysia ini seperti kata pepatah tiba di mata dipejamkan, tiba di perut dikempiskan. apakah maksud peribahasa tersebut? | Encik Yu, Peribahasa ini bermaksud perbuatan yang tidak adil. | Lain-lain | 04.06.2010 |
apakah persepsi majikan tentang cara penulisan surat rasmi? | Majikan seharusnya menetapkan panduan khusus untuk menulis surat rasmi kerana surat rasmi menggambarkan imej dan citra majikan tersebut. Surat rasmi mempunyai format khusus, penggunaan bahasa yang betul, mengandungi rujukan dan tarikh, pengolahan idea yang tepat dan santun. | Lain-lain | 12.01.2008 |
apakah kebaikan menperlajari bahasa malay? | Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya mahir dalam bahasa tersebut supaya dapat berkomunikasi sesama kita dalam bahasa tersebut dengan baik dan ini dapat menonjolkan imej negara kita melalui satu bahasa rasmi. Melalui penggunaan bahasa kebangsaan perpaduan antara kaum dapat menjadi lebih erat. kita seharusnya berbangga kerana dapat menguasai bahasa kebangsaan negara kita. | Lain-lain | 31.08.2006 |
Saya rasa terpanggil untuk bertanya samada perkataan Pegawai Waran atau Pegawai Waren yang seharusnya digunakan. Saya telah merujuk kepada Kamus Dewan dan mendapati hanya mendapati terjemahan perkataan Waran sahaja. Akan tetapi, Laman Web Rasmi TLDM menggunakan perkataan Waren. Persoalan saya adakah Waran dan Waren merupakan 2 perkataan yang berbeza maksudnya? Mana satu yang betul dari segi ejaan? | Waran bermaksud surat kuasa yg dikeluarkan oleh majistret, biasanya kpd pegawai polis utk membolehkannya menangkap seseorang atau menggeledah (merampas) harta, dll (rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). Oleh itu yang betul ialah Pegawai Waran. | Makna | 07.08.2007 |
isu kenapa bahsa melayu ditukarkan kepada bahasa malaysia. | sebenarnya tidak ada isu yang seharusnya timbul mengenai penggunaan bahasa Melayu dengan bahasa Malaysia. Lihat Perlembagaan Malaysia Perkara 152 menjelaskan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan mengikut dalam kontrak sosialnya pun semua rakyat Malaysia telah bersetuju untuk memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan semasa kita menuntut kemerdekaan. Terima kasih. | Lain-lain | 03.10.2007 |
Merujuk ulasan tuan tentang soalan 93. Tuan menyatakan bahawa ' antara perkataan yang lain yang boleh menerima imbuhan memper...i ialah peroleh, perbaiki...' . Sepatutnya 'oleh' menerima memper...i, ' baik' menerima 'memper...i'. Walau bagaimanapun, ' memperolehi' memperbaiki' memperkuasai', 'dll ( rujuk TD Ketiga, m/s 212 ) dikatakan bentuk yang lewah yang seharusnya dieja sebagai (memperoleh), (membaiki), menguasai dll. Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan bahawa' lewah' membawa maksud berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yang tidak perlu . Jadi 'memperolehi' adalah salah penggunaan imbuhan. 'Oleh' sebagai kata sendi nama hanya menerima 'memper...' bukan memper... i' (TD Edisi ketiga m/s 180) | Apitan memper-.....-i wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Setakat ini hanya bentuk yang berikut yang wajar dianggap sebagai jenis kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-.....-i ini, iaitu memperingati, memperkawani, mempersuami, dan memperisteri. Bentuk mempersuami dan memperisteri sebenarnya berbentuk mempersuamii dan memperisterii tetapi telah berlaku pengguguran satu huruf i dalam kedua-dua perkataan ini. Bentuk yang lazim digunakan dengan apitan memper-...-i seperti memperolehi, memperbaiki, memperkuasai, memperdalami, memperakui, mempersetujui dan memperhalusi merupakan bentuk terbitan yang lewah. Kata dasar bentuk terbitan di atas seharusnya menerima awalan meN- atau memper-, apitan men-...-i atau apitan memper-...-kan, seperti yang berikut: memperolehi seharusnya memperoleh, memperbaiki seharusnya memperbaik, memperkuasai seharusnya menguasai, memperdalami seharusnya mendalami, memperakui seharusnya mengakui/memperakukan, mempersetujui seharusnya menyetujui, memperhalusi seharusnya menghalusi. Kami memohon maaf atas kekeliruan jawapan yang diberikan sebelum ini. | Tatabahasa | 19.04.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| harus (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan mesti: patut, wajar, perlu, tidak boleh tidak, tidak dapat tidak,
2. Dalam konteks hukum Islam bersinonim dengan jaiz, mubah,
| Kata Terbitan : seharusnya, mengharuskan, keharusan, |
|
|