Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1.Keadaan lalu lintas menjadi tenang pada waktu malam. 2.Hujan mulai tenang pada waktu petang selepas beberapa jam turun dengan lebatnya. Ada salah tak? | Tenang bermaksud: 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll); dan 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan). Berdasarkan definisi dalam Kamus Dewan perkataan tenang tidak sesuai digunakan dalam ayat contoh yang tersebut, sebaliknya perkataan reda lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 25.02.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| rusuh (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kacau-bilau: huru-hara, gempar, terganggu, tenar, cabuh, rangak, Berantonim dengan aman
2. Bersinonim dengan tidak sopan: kasar, biadab, tidak beradab, tidak berbasa, tidak senonoh, Berantonim dengan sopan
| Kata Terbitan : merusuh, rusuhan, perusuhan, perusuh, |
|
|