Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ribuan terima atas penjelasan tuan tentang isu kata ganda. Di sini saya ingin bertanya lagi, kata ganda adakah juga membawa maksud "sangat" ? contohnya, frasa : sangat riuh-rendah. adakah betul? riuh-rendah adakah bermaksud sangat riuh? Dengan demikian, frasa "sangat riuh-rendah" salah, kerana "sangat sangat riuh"? Mohon pencerahan. Terima kasih. 2. Mengikuti keterangan daripada pihak tuan tentang bunga itu sangat cantik-cantik. sangat ialah kata penguat. cantik-cantik bermaksud "semua cantik" dan bukan "sangat cantik". Dalam hal ini, kalau saya ingin menerangkan bahawa bunga itu semuanya sangat cantik, mengapakah tidak dapat ditulis : "Bunga itu sangat cantik-cantik" ? | Kata “sangat” bukan kata ganda tetapi merupakan kata penguat yang berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Frasa yang betul ialah sangat riuh atau riuh-rendah. Bunga itu sangat cantik-cantik kurang tepat. Bagi maksud bunga semuanya cantik, cadangan kami ialah Semua bunga sangat cantik. | Tatabahasa | 05.06.2021 |
Ribuan terima atas penjelasan tuan tentang isu kata ganda. Di sini saya ingin bertanya lagi, kata ganda adakah juga membawa maksud "sangat" ? contohnya, frasa : sangat riuh-rendah. adakah betul? riuh-rendah adakah bermaksud sangat riuh? Dengan demikian, frasa "sangat riuh-rendah" salah, kerana "sangat sangat riuh"? Mohon pencerahan. Terima kasih. 2. Mengikuti keterangan daripada pihak tuan tentang bunga itu sangat cantik-cantik. sangat ialah kata penguat. cantik-cantik bermaksud "semua cantik" dan bukan "sangat cantik". Dalam hal ini, kalau saya ingin menerangkan bahawa bunga itu semuanya sangat cantik, mengapakah tidak dapat ditulis : "Bunga itu sangat cantik-cantik" ? | Kata “sangat” bukan kata ganda tetapi merupakan kata penguat yang berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Frasa yang betul ialah sangat riuh atau riuh-rendah. Bunga itu sangat cantik-cantik kurang tepat. Bagi maksud bunga semuanya cantik, cadangan kami ialah Semua bunga sangat cantik. | Tatabahasa | 30.05.2021 |
Ayat mana yang betul?Kata Penguat dengan Kata Ganda diguna bersama. 1) riuh-rendah 2) sangat riuh-rendah 3) sangat riuh-rendah sekali TQ | Ketiga-tiga ayat ini boleh digunakan. | Tatabahasa | 08.05.2014 |
riuh-rendah, sudah bawa maksud sangat. so, adakah frasa sangat riuh-rendah betul? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1887, perkataan “riuh-rendah” bermaksud terlalu bising dengan suara atau bunyi yang kuat dan tidak tentu butirnya. Oleh yang demikian, kata penguat “sangat” tidak sesuai dimasukkan sebelum perkataan “riuh-rendah” kerana berunsur lewah. | Tatabahasa | 23.09.2024 |
Apakah jawapan untuk soalan di bawah: 1. Antonim Suasana di pasar raya itu riuh dengan suara pembeli. riuh A. bising B. sunyi C. senyap D. sepi Apakah perbezaan antara sunyi, senyap dan sepi? Terima kasih. | Perkataan yang paling tepat dalam konteks ayat tersebut ialah "sepi". | Tatabahasa | 17.10.2014 |
Tiba-tiba keadaan di dalam dewan itu menjadi amat riuh-rendah oleh jerit pekik beberapa orang pelajar yang diserang histeria. mengapakah kesalahan tatabahasa di atas ialah "riuh-rendah"? saya berpendapat kesalahan di atas ialah "oleh". yang manakah benar dan perkataan yang sepatut digunakan. terima kasih | Tiba-tiba keadaan di dalam dewan itu menjadi amat riuh-rendah oleh jerit pekik beberapa orang pelajar yang diserang histeria. - Riuh-rendah bermaksud sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk, manakala kata oleh boleh membawa maksud dengan. Oleh itu tiada kesalahan pada kata riuh-rendah atau oleh. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
Tuan, Saya ingin mendapatkan nasihat tuan tentang penggunaan frasa yang betul bagi ayat berikut: 1. Suasana di dalam bilik darjah itu sungguh riuh-rendah. atau 2. Suasana dalam bilik darjah itu sungguh riuh-rendah. atau 3. Suasana di bilik darjah itu sungguh riuh-rendah. Terima kasih, tuan. | Ayat yang gramatis ialah "Suasana di dalam bilik darjah itu riuh-rendah." | Tatabahasa | 13.06.2013 |
Riuh seperti pasar, besar seperti gajah telah digunakan dalam Buku Teks Tahun 2 SJKC. Ingin saya tahu maksud dengan lebih lanjut kegunaannya. Suasana Majlis perkahwinan riuh seperti pasar, udang galah yang dihidangkan itu besar seperti gajah tepat atau tidak kegunaannya. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Ayat bagi perumpamaan riuh seperti pasar betul penggunaannya di dalam ayat. Tetapi, penggunaan perumpamaan besar seperti gajah kurang sesuai di dalam ayat kerana udang galah tidak akan kelihatan sebesar gajah. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 29.01.2018 |
Apakah perbezaan riuh dan bingit ? terima kasih. | Riuh bermaksud bising, gempar, ramai (bunyi, suara, dan lain-lain), manakala bingit bermaksud tidak sedap, kurang senang (didengar). | Makna | 18.11.2008 |
bolehkah puan menjelaskan perbezaan makna antara perkataan " hingar-bingar" dengan " riuh-rendah"? terima kasih. | Salam sejatera, Menurut Kamus Dewan hingar-bingar sama maksudnya dengan riuh-rendah dan hiruk-pikuk. Contoh penggunaan kedua-dua perkataan tersebut dalam ayat adalah seperti 'Suasana di pasar malam ini (hingar-bingar / riuh-rendah).' | Tatabahasa | 02.12.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| riuh (adjektif) | Bersinonim dengan bising, ramai, gamat, gempar, honar, heboh, gempita, gaduh, gegak, gegap, rusuh,
gerapak, kecoh, abuh, keridau, rutup, taru, kecor;, | | Kata Terbitan : riuh-rendah, meriuhkan, keriuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Apa benda bunyi riuh, Rupanya ada orang berperang; Dia baru mencapai pengayuh, Kita sudah sampai ke seberang.
Lihat selanjutnya... |
|