Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya melakukan kajian mengenai novel Rentak Galur karya Sarimah Othman dan novel Epilog Sekeping Hati karya Nurul Salwa Abdul Muluk.Jadi saya ingin menghubungi kedua-dua pengarang tersebut.Oleh itu, saya ingin meminta maklumat mengenai kedua-dua pengarang sekiranya DBP mempunyai maklumat mengenai mereka.Terima kasih. | Maklumat dua (2) orang penulis yang dipohon adalah seperti yang berikut: 1) Novel: Rentak Galur Nama penulis: Sarimah Othman Alamat: 52, Jalan SS 5/1, Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan. No. Tel: 016-7634207 atau 04-5308760 (Rumah di P/Pinang). No. E-mel: im-othman@yahoo.com 2) Novel: Epilog Sekeping Hati Nama penulis: Nurul Salwa Abdul Muluk Alamat: 24, Jalan SG 9/1, Taman Sri Gombak, Selangor Darul Ehsan. No. Tel: 012-2507498 No. E-mel: gurl_wawa@yahoo.com | Lain-lain | 28.05.2008 |
Tolong terangkan maksud 'Bicara Berirama' (salah satu program dalam BBSN),contoh skripnya dan cara penyampiannya. | Bicara berirama ialah bercakap atau berkata menggunakan bahasa berirama dalam nada suara panjang atau pendek dengan bunyi yg teratur. Atau turun naik bunyi yg teratur pd lagu dll, rentak gaya, tingkah, ragam atau rentak. Mengenai skrip yg dinyatakan, bicara berirama ini bukan sahaja boleh diaplikasikan pada teks ucapan, bahkan sewaktu menyampaikan syair, pantun, gurindam dan lain-lain.Kebiasaannya seseorang yang menggunakan bicara berirama akan memastikan intonasi suara, irama, lenggok bahasa dan kepetahan disatukan dalam menyampaikan sesuatu teks itu. Ini juga bergantung pada latihan yang dilakukannya. Terima kasih. | Tatabahasa | 23.10.2008 |
Istilah bidang muzik - Swing Era. Bolehkah perkataan "swing" dikekalkan dengan dieja condong? | Puan terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Jika kita mengambil jalan mudah memang boleh digunakan tanda buka dan tutup pengikat kata. tetapi jika ada perkataan yang lebih sesuai contohnya rentak ,ayunan, lambaian dan sebagainya (jika sesuai ) gunakanlah bahasa Melayu kita. | Makna | 20.10.2009 |
1.Apakah maksud KONTEMPORARI? 2.Apakah maksud TARIAN? 3.Apakah maksud SENI PERSEMBAHAN? 4.Apakah unsur-unsur seni persembahan dan elemen-elemen yang wujud didalamnya? | Kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama, masa kini. Tarian bermaksud gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Seni bermaksud halus, tipis, enak didengar atau comel manakala persembahan bermaksud hadiah atau sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan. Soalan Saudara yang berikutnya tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 22.01.2007 |
Apakah kata ganda berima bagi jerih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jerih didefinisikan sebagai lelah, payah. Lazimnya kata "jerih" sering diikuti dengan perkataan "perih" tetapi "jerih perih" ialah kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, bukan kata ganda berentak yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut, contohnya sayur-mayur, lauk-pauk, saudara-mara, lintang-pukang dan anak-pinak. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 135 atau buku Kata Ganda Bahasa Melayu: Tinjauan Bentuk Berdasarkan Data Korpus, terbitan DBP. | Istilah | 21.02.2009 |
Apakah perkataan bahasa melayu bagi perkataan berikut: 1. paradigm shift 2. uncovering of evidence 3. future blueprint 4. Season's greetings Apakah perkataan Inggeris bagi : 1.Yang Dipertua 2. Seniman Agung 3. Salam Sejahtera Adakah perkataan "menari" dan "berdansa" sama? Tolong bagi contoh ayat untuk perkataan2 ini. terima kasih. | Terjemahan bahasa Melayu bagi perkataan yang tersebut; 1. anjakan paradigma, 2.mendedahkan bukti, 3.rangka tindakan masa hadapan, 4.Selamat Hari Krismas dan Selamat tahun baru. Dalam Kamus Dewan menari bermaksud melakukan tari (gerakan badan serta tangan dan kaki berirama) mengikut rentak muzik, manakala berdansa bermaksud menari cara Barat. Ini bermakna menari lebih luas konsepnya dan contoh-contoh ayat boleh dilihat dalam kamus, buku, majalah dan artikel yang berkaitan. | Lain-lain | 24.12.2007 |
Saya Nuruyah cheadeng, sedang belajar di pusat bahasa Melayu kelas dasar ingin bertanya tentang tata bahasa, apakah perbezaan kata ganda dengan kata majmut, terima kasih. | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh: buku-buku dan pembesar-pembesar. Kata ganda separa ialah penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh: gegelang dan sesiku. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Contoh: kuih-muih dan pinggan mangkuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. Contoh: jalan raya dan duta besar. Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
| Tatabahasa | 26.11.2013 |
saya Areed Bilsan sedang belajar bahasa melayu dasar di University Fatani Salatan Thai. saya ingin mengetahui tentang kata ganda dan kata majmuk dalam bahasa Melayu.Terimakasih. | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh: buku-buku dan pembesar-pembesar. Kata ganda separa ialah penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh: gegelang dan sesiku. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Contoh: kuih-muih dan pinggan mangkuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. Contoh: jalan raya dan duta besar. Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk membezakan kata majmuk dengan kata biasa ialah kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
| Tatabahasa | 24.10.2013 |
saya ingin mengetahui makna: Kata ganda penuh / seluruh, Kata ganda separa, Kata ganda berirama dan Kata ganda berimbuhan. Harap dapat tolong. | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Makna | 27.02.2008 |
Boleh saya dapatkan terjemahan untuk istilah berikut: i. xylol ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate iii. sperm mid-piece iv. straight-line velocity (VSL) v. average-path velocity (VAP) vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) vii. curvilinear velocity (VCL) viii. beat cross frequency (BCF) Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut: i. xylol - xilol ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate - N-[2-hidroksietil]piperazina-N'-[asid etanasulfonik] aluminium kalium sulfat dodekahidrat iii. sperm mid-piece - bahagian tengah sperma iv. straight-line velocity (VSL) - halaju garis lurus v. average-path velocity (VAP) - halaju laluan purata vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) - amplitud alihan sisi sentroid vii. curvilinear velocity (VCL) - halaju garis melengkung viii. beat cross frequency (BCF) - frekuensi silang rentak | Istilah | 15.04.2012 |