Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
adakah redha sama maksud dengan rela? | reda: (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; rela: (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan; | Makna | 03.11.2009 |
bagaimana hendak membezakan perkataan reda (teduh) dengan reda (rela,merelakan) | Kedua-dua perkataan tersebut boleh dibezakan mengikut konteks sama ada dalam ayat, wacana dan sebagainya. | Makna | 20.07.2007 |
Salam, bolehkah saudara@saudari jelaskan penggunaan kata sendi nama 'bagi'?Bolehkah digunakan dalam ayat seperti berikut? 1. Anggota tentera sanggup berkorban demi kesejahteraan negara. 2. Puan Sahara rela membanting tulang empat keratnya untuk menanggung keluarga. Benarkah kata sendi nama 'demi' lebih sesuai dan betul jika disusuli kata nama?Sekian, terima kasih. | Kata sendi nama "demi" yang lebih tepat digunakan dalam konteks ayat-ayat tersebut. Kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Manakala kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 276 - 278. | Tatabahasa | 22.05.2013 |
Apakah perbezaan "bersedia" dan "menyediakan"?boleh memberikan contoh ayat | Perkataan “bersedia” bermaksud berada dalam keadaan mempersiapkan diri, rela atau sanggup melakukan sesuatu. Contoh ayat adalah seperti yang berikut: - Saya bersedia menggalas tugas yang diamanahkan.
- Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi bencana banjir.
- Dia sudah bersedia untuk melangkah ke alam pekerjaan.
- Fatimah bersedia membantunya.
Manakala, perkataan “menyediakan” bermaksud mengadakan atau menyiapkan sesuatu lebih awal untuk tujuan tertentu dan memberikan sesuatu terlebih dahulu sebagai kemudahan, ganjaran dan sebagainya. Contoh ayat adalah seperti berikut: - Khairul Amir membantu ibunya menyediakan hidangan untuk berbuka puasa.
- Syarikat telekomunikasi menyediakan kemudahan Internet di kawasan luar bandar.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1987. | Makna | 02.04.2025 |
Salam min. Ikhlas dengan jujur tu maksud dia sama ke? Kalau kita nak buat ayat seseorang itu ikhlas tu adakah bermaksud dia kena jujur? | Ikhlas dan jujur mempunyai maksud yang sama iaitu dalam keadaan yang rela tanpa ada maksud yang terselindung atau tanpa tipu daya. (menurut Kamus Dewan Perdana, muka surat 808 dan 916) Untuk soalan kedua, jawapannya bergantung kepada individu. | Makna | 03.07.2024 |
Salam, pembetulan bagi soalan yang diajukan semalam. Soalan yang sebenar ialah: "Salam, bolehkah saudara@saudari jelaskan penggunaan kata sendi nama 'demi'?Bolehkah digunakan dalam ayat seperti berikut? 1. Anggota tentera sanggup berkorban demi kesejahteraan negara. 2. Puan Sahara rela membanting tulang empat keratnya demi menanggung keluarga. Benarkah kata sendi nama 'demi' lebih sesuai dan betul jika disusuli kata nama?Sekian, terima kasih. | Pandangan tuan betul, kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Walau bagaimanapun perlu diingat kata "demi" juga boleh berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Dalam ayat contoh yang diberikan kata "demi" berfungsi sebagai kata keterangan. | Tatabahasa | 23.05.2013 |
Selamat pagi. Dalam ayat di bawah, adakah perlu nama buku bahasa Cina yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dicatatkan juga nama buku dalam bahasa asalnya seperti yang dibuat dalam kurungan? Terima kasih. Karya beliau yang diketahui umum termasuklah Tak Berotak dan Tak Rela (Meitounao he Bugaoxing), Kisah Tutu (Tutu de gushi), Saya Mampu Membesar dan Mengecil (Wo shi yige kedakexiao de ren), Saya Orang Limunan (Wo chenglege yinshenren ) dan lain-lain. | Tajuk buku yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu tidak perlu diletakkan tajuk dalam bahasa asalnya. Memadai tajuk dalam bahasa Melayu sahaja. | Lain-lain | 06.07.2021 |
Saya keliru dengan beberapa perkataan arab sama ada perlu ditransliterasi atau tidak kerana perkataan arab yang sudah menjadai sebutan umum bm, tidak perlu ditransliterasi lagi.Perkataannya ialah- ibadah,solat, tawaf, liwat, nikah, fasakh,ulama, fuqaha,syara',biah,wuduk,aib, aqli,al-Quran, al-Sunnah, reda(maksudnya rela).Harap tuan dapat membantu adakah perkataan di atas perlu ditransliterasi atau tidak. | Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu. Contohnya; sahabat, darurat, hakim, izin, kubur, zat, zalim dan sebagainya. Manakala istilah dalam bidang khusus agama Islam boleh ditulis dengan menggunakan kaedah transiliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi seperti yang disenaraikan dalam buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi. Contohnya; hadith, isti'mal, qunut, riya' dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi, terbitan DBP. | Tatabahasa | 16.02.2010 |
Biarlah orang berhari raya, Kita pergi merambah dahan; Biarlah orang mencari kaya, Kita mencari redanya Tuhan. Dalam buku Khazanah Pantun Melayu Riau terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP, 2016) bawah kategori Petalangan muka surat 653, perkataan *redanya diguna dalam pantun tersebut tapi tiada kemasukan dalam Kamus Dewan IV. Bolehkah perkataan ini digunakan, dan adakah ejaannya *redanya atau reda-Nya? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan reda bermaksud bersedia dengan ikhlas hati (untuk membuat sesuatu), rela. Oleh itu, perkataan tersebut boleh digunakan dengan ejaan yang betul ialah reda-Nya jika ayat merujuk kepada Allah. | Ejaan | 25.05.2023 |
Salam sejahtera, tuan. Saya ada beberapa soalan. 1) Mengenai saman polis trafik itu akan dijelaskan oleh abang secepat mungkin. Adakah tentang sesuai untuk digantikan dengan mengenai? 2) Adakah demi digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama sahaja? Adakah demi sesuai untuk digunakan di hadapan kata kerja seperti menjaga keamanan negara? Terima kasih. | 1. Perkataan “tentang” boleh menggantikan perkataan “mengenai” dalam konteks ayat yang diberikan. 2. i) Perkataan “demi” merupakan kata sendi nama yang kedudukannya terletak di hadapan kata nama atau frasa nama. ii) Perkataan “demi” boleh diletakkan di hadapan kata kerja dalam ayat pancangan keterangan. Contoh dalam ayat, “Ahmad rela ditugaskan di sempadan Thai-Malaysia demi menjaga keamanan negara.”. | Tatabahasa | 22.03.2022 |
|
Tesaurus |
---|
| rela (kata kerja) | Bersinonim dengan sudi, sanggup, bersedia, berkenan, reda, suka, gemar, mahu, tidak keberatan;, | | Kata Terbitan : merelai, merelakan, kerelaan, |
|
Puisi |
---|
|
Tak sabit kandang kuda di bendang, Kayu kemudu luruh ke meranti; Apabila tak dapat kasihku seorang, Rela kutunggu sampai ke mati.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 27 Better death than dishonour Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah Biar putih tulang, jangan putih mata We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land! Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|