Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah yang dimaksudkan dengan ragam bahasa. contoh- contoh ragam bahasa. serta kepentingan ragam bahasa | Dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu, Za'ba membahagikan ragam bahasa atau gaya bahasa kepada dua bahagian, iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ragam bahasa dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut : i. Ragam bahasa lisan ii. Ragam bahasa Melayu tulisan iii. Bahasa-bahasa daerah iv. Laras-laras bahasa Melayu moden. Sila rujuk buku-buku berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Makna | 23.02.2010 |
apakah yang dimaksudkan dengan keseragaman bahasa? dan adakah keseragaman bahasa membawa maksud yang sama dengan ragam bahasa? | Ragam bahasa bermaksud kepelbagaian penggunaan bahasa menurut konteks. Terdapat dua jenis ragam bahasa, iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Keseragaman bahasa berkaitan dgn standard bahasa yang digunakan. Bahasa baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa, menurut ahli linguistik Einar Haugen. Ia dikatakan sebagai "loghat yang paling betul" bagi sesuatu bahasa. | Tatabahasa | 26.09.2007 |
maksud ragam bahasa. | Ragam bermaksud laras bahasa yang digunakan. | Lain-lain | 27.08.2007 |
apakah maksud banyak ragam? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ragam bermaksud 1. tingkah, cara, laku, olah 2. jenis, macam 3. lagu, langgam 4. corak, ragi, warna. Oleh itu, banyak ragam boleh bermaksud banyak cara, banyak jenis, banyak corak dan sebagainya bergantung pada konteks penggunaannya. | Makna | 10.02.2011 |
definisi laras bahasa politik & kujuruteraan | Dalam Kamus Dewan laras ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya atau disebut juga ragam bahasa. Oleh itu, laras bahasa politik ialah ragam bahasa politik dan laras bahasa kejuruteraan ialah ragam bahasa kejuruteraan. | Makna | 19.07.2008 |
DEFINISI LARAS BAHASA KEJURUTERAAN & POLITIK | Dalam Kamus Dewan laras ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya atau disebut juga ragam bahasa. Oleh itu, laras bahasa politik ialah ragam bahasa politik dan laras bahasa kejuruteraan ialah ragam bahasa kejuruteraan. | Lain-lain | 19.07.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan keragaman bahasa? | Dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu, Za'ba membahagikan ragam bahasa atau gaya bahasa kepada dua bahagian, iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ragam bahasa dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut : i. Ragam bahasa lisan ii. Ragam bahasa Melayu tulisan iii. Bahasa-bahasa daerah iv. Laras-laras bahasa Melayu moden. Sila rujuk buku-buku berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Makna | 24.02.2008 |
APAKAH DEFINISI JENIS LARAS BAHASA POLITIK DAN JENIS LARAS BAHASA KEJURUTERAAN | Dalam Kamus Dewan laras ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya atau disebut juga ragam bahasa. Oleh itu, laras bahasa politik ialah ragam bahasa politik dan laras bahasa kejuruteraan ialah ragam bahasa kejuruteraan. | Makna | 19.07.2008 |
penggunaan bahasa rojak dan impikasinya? | Bahasa rojak merupakan satu variasi atau ragam bahasa basahan yang hanya sesuai digunakan dalam suasana tidak rasmi sahaja. Jika bahasa ini digunakan dalam konteks rasmi, maka akan timbul masalah pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkiatan dengan isu kesantunan bahasa. Untuk maklumat lanjut, sila buat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP atau mengunjungi mana-mana perpustakaan/pusat sumber. Terima kasih. | Lain-lain | 05.02.2009 |
ragam bahasa dalam komunikasi elektronik di malaysia | Sila rujuk bahan ini. Terima kasih. Fakta Kebahasaaan dan Ragam Kata | Sato, hirobumi @ Rahmat | Pelita Bahasa | 01/02/2002 |
Ragam Bahasa dalam Komunikasi Elektronik | Teo Kok Seong | Pelita Bahasa | 01/01/2004 |
| Lain-lain | 21.05.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| ragam (kata nama) | 1. Bersinonim dengan olah: tingkah, kerenah, perangai, gelagat, canda, fiil,
2. Bersinonim dengan jenis: macam, bagai, aneka,
3. Bersinonim dengan lagu: langgam
4. Bersinonim dengan corak: ragi, sisik,
| Kata Terbitan : seragam, menyeragamkan, keseragaman, penyeragaman, beragam-ragam, meragam, meragamkan, keragaman, |
|
Puisi |
---|
|
Tak sabit ibu gendang kubimbit, Mari dipalu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Mana nak boleh turut bersama.
Lihat selanjutnya... |
|