Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Soalan, 1.Apakah yang membezakan penggunaan 'pun' (dirapatkan dan dijarakkan) dalam bentuk tulisan? Contoh: begitupun,kalaupun,sungguhpun belum pun, mereka pun, telah pun | Perkataan "pun" yang bermaksud hendaklah dijarakkan seperti dia pun (dia juga) dan begitu pun (begitu juga). Pun yang berfungsi sebagai kata penegas hendaklah dirapatkan seperti walaupun dan sungguhpun. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
Kemarau panjang itu pun menyebabkan kebakaran yang dahsyat. Penggunaan "pun" dalam ayat di atas betul atau salah? Terima kasih. | Ayat yang diberikan mantap tanpa penggunaan partikel pun. Pun di sini membawa maksud juga. Pun tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 28.03.2013 |
penggunaan perkataan "pun" contonhya itu pun, lagipun, walaupun, dia pun, ataupun. Penggunaan yang mana betul? harus didekatkan atau dijarakkan ejaan pun itu? Apa bezanya di dekatkan atau di jarakkan? Rujukkan dalam DBP ada yang ejaan didekatkan ada ejaan yang di jarakakan untuk perkataan yang sama. | Pun sebagai kata penyerta dieja rapat seperti walaupun, meskipun dan kendatipun. Pun yang bermaksud juga dieja terpisah daripada kata sebelumnya seperti telah pun dan dia pun. | Tatabahasa | 18.01.2012 |
Bagaimana untuk membezakan perkataan 'pun' jarak atau dekat. Contoh, andaipun - perkataan 'pun' rapat, begitu pun - perkataan 'pun' dijarakkan. Tolong jelaskan dalam Koleksi Lembar Bahasa Bilangan 2 - Bahagian3 mengelirukan saya. Terima kasih. | Kata yang telah mantap dieja rapat menggunakan partikel 'pun' adalah seperti berikut : walaupun, andaipun, bagaimanapun, sekalipun, kendatipun, dan meskipun. | Lain-lain | 27.02.2008 |
Saya sudah menyemak Kamus Dewan mengenai perkataan 'pun'. Namun ada beberapa perkataan yang menggunakan perkataan 'pun' tidak ada dan saya keliru untuk menggunakannya, kerana ada yang dieja rapat dan ada yang dieja jauh daripada kata dasarnya. Misalnya, walaupun, sekalipun, walau bagaimanapun, meskipun (dieja rapat) dan belum pun, sudah pun (dieja jauh) Oleh itu, apakah formula yang perlu digunakan bagi memastikan sama ada perkataan itu dieja rapat atau jauh. Misalnya - walau apa pun / walau apapun walau bagaimana pun / walau bagaimanapun mahupun/ mahu pun dan lain-lain perkataan berbangkit. Diharap saudara atau saudari dapat memberikan formula untuk menentukan ejaan 'pun' | Ada 13 perkataan yang ditulis serangkai dengan kata partikel pun: adapun, ataupun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun,sungguhpun dan walaupun. Walau bagaimanpun . Pun yang bermaksud juga ditulis terpisah dengan kata yang mengikutinya : apa pun, telah pun. | Ejaan | 11.03.2008 |
apa beza penggunaan perkataan 'pun' kerana ada kata yang rapat seperti 'walaupun' dengan kata yang jarak seperti ' telah pun'? | "Pun" yang bermaksud juga dieja berpisah seperti telah pun (telah juga), dia pun (dia juga). Walaupun, meskipun, kendatipun dieja rapat. | Tatabahasa | 09.09.2008 |
" Berapa pun musuh yang datang, semuanya akan hamba tentang," kata Tun Telanai kepada Bendahara Ali yang berdiri di hadapannya. apakah kesalahan tatabahasa di atas dan apakah yang sepatut digunakan? | Berapa pun bermaksud bagaimanapun, betapa pun. Kata berapa pun perlu ditambah dan menjadi "berapa ramai pun musuh yang datang, semuanya akan hamba tentang" untuk melengkapkan ayat. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
Tuan, mana satu yang betul? 1 macam manapun atau macam mana pun 2 mana-manapun atau mana-mana pun 3 dia bukan cantik manapun atau dia bukan cantik mana pun. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah macam mana pun, mana-mana pun dan dia bukan cantik mana pun. | Tatabahasa | 08.05.2012 |
Assalamualaikum, saya masih tidak memahami penggunakan kata "pun". Bila perkataan "pun" ini perlu dicantumkan pada perkataan yang sebelumnya dan bila pula di tulis berpisah daripada perkataan sebelumnya. harap kekeliruan ini dapat tuan perjelaskan. Terima kasih. | Walaupun, sekalipun, kendatipun dan sebagainya hendaklah dieja bersambung, "pun" yang bermaksud juga hendaklah dijarakkan ejaannya seperti dia pun (juga), sesiapa pun (juga) dan sebagainya. | Tatabahasa | 05.12.2009 |
PENGUNAAN PUN DALAM BAHASA MELAYU.. SAYA AMAT MEMERLUKAN JAWAPANNYA | Dalam bahasa Melayu, kata penegas atau partikel 'pun' mempunyai dua fungsi, iaitu 1.yang bermaksud juga, bahkan, biar, menguatkan pokok ayat, turutan dan penguat kata tak tentu dieja terpisah. 2. pun dieja rapat apabila digandingkan dengan 13 perkataan sahaja, iaitu adapun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun dan walaupun. | Tatabahasa | 03.03.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| pun (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,
2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,
3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,
4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,
|
|
Puisi |
---|
|
Mudik berenang hilir berenang, Hanyut sampai ke Tanjung Jati; Budi pun kenang rupa pun kenang, Tuanlah pandai mengambil hati.
Lihat selanjutnya... |
|