Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bagaimana menulis nama perjanjian. Perlukah diitalikkan atau bagaimana? Contoh: Penulis ingin menegaskan, Injil khususnya perjanjian baru iaitu Gospel of Matthew, Gospel of Mark, Gospel of Luke, dan Gospel of John, hanya kata-kata Jesus. | Nama perjanjian tidak perlu ditulis dengan huruf condong. | Ejaan | 26.03.2012 |
Salam, saya ingin bertanya bagaimana boleh saya mendapatkan contoh perjanjian antara penulis dengan penerbit. | Dokumen perjanjian adalah satu dokumen kontrak bertaraf sulit antara penerbit dengan penulis. Oleh itu ia tidak boleh diedarkan untuk tatapan/rujukan awam. Waima contohnya sekalipun. Sekiranya saudara ingin mendapatkan maklumat umum tentang isi dokumen perjanjian ini, sila rujuk buku Penulis dan Undang-Undang yang ditulis oleh Kamal Halili Hasan. | Lain-lain | 30.06.2010 |
maksud memorandum? | Menurut AKmus Dewan, memorandum merujuk kepada dokumen yg merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, atau persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yg tidak melibatkan implikasi undang-undang. Memorandum juga ditakrifkan sebagai nota ringkas tentang sesuatu perkara atau edaran dalaman. | Makna | 29.09.2007 |
Bolehkah saya dapatkan contoh perjanjian penerbitan versi Bahasa Inggeris daripada DBP? Adakag perkhidmatan ini dilakukan oleh DBP? | Tidak ada contoh dokumen yang diperlukan dalam pangkalan data yang boleh kami capai. Dokumen perjanjian ialah dokumen sulit dan tidak boleh diakses oleh semua pegawai. | Lain-lain | 15.05.2012 |
Salam sejahtera, Bolehkah saya dapatkan contoh format Memorandum Persefahaman? Terima kasih. | Memorandum Persefahaman merujuk kepada dokumen yang merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, atau persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yang tidak melibatkan implikasi undang-undang. Tidak ada contoh/format Memorandum Persefahaman dalam sumber rujukan kami. Lazimnya Memorandum Persefahaman ini dianggap sulit oleh sesebuah organisasi dan tidak dipaparkan kepada awam. | Lain-lain | 11.04.2011 |
Perkataan "otherwise" dalam perjanjian membawa maksud apa? Contoh 1, '...the borrower may become liable to the lender any where on banking account or accounts current or otherwise or in any manner whatsoever....' Contoh 2, '....any buildings, fixture or plants or in defending, prosecuting or otherwise howsoever taking part in or attending at (whether on a watching brief as observer or otherwise howsoever)...' | Puan Farhanah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Otherwise dalam ayat pertama boleh membawa maksud sebaliknya, manakala dalam ayat kedua pula boleh membawa makna dalam apa cara sekalipun. Walau bagaimanapun kadang kala ia boleh juga membawa makna dalam hal yang lain. Terima kasih. | Tatabahasa | 13.11.2009 |
contoh membuat surat perjanjian memajak tanah | Sila hubungi pejabat tanah yang berdekatan. | Lain-lain | 31.12.2008 |
Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu.soalan 5. Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu. e) yang manakah betul selain daripada pemimpin negara atau selain pemimpin Negara. f) Perbezaan pada dan terhadap terima kasih kerana menjawab soalan saya. | a) Kawasan padang itu ditumbuhi lalang. b) Empangan itu mampu menyalirkan kawasan pertanian yang lebih luas. c) Syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalus sebelum diterima oleh semua pihak. (Kata kerja dieja rapat) d) Pengetua akan menyiasat kejadian menconteng tandas di sekolah itu. e) Frasa yang betul ialah "Selain pemimpin negara..." f) Perbezaan pada dan terhadap Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh ; Jangan bersikap biadab terhadap orang tua. Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat. Contoh : Pada minggu depan... | Tatabahasa | 24.03.2013 |
Apa makna engagement dalam Bahasa Malaysia bagi perkataan Public Engagement. | Berdasarkan pangkalan data kami, engagement dalam bidang undang-undang diterjemahkan sebagai perjanjian. Dan padanan ini berbeza dalam bidang pentadbiran, perubatan dan kata am. Oleh itu, tuan perlu memberikan maklumat tentang konteks penggunaan istilah tersebut untuk kami cadangkan terjemahan yang sesuai. Jika berkaitan bidang undang-undang public engagement boleh diterjemahkan kepada perjanjian am. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Bagaimanakah format penulisan surat perjanjian sewa beli rumah atau pejabat? | Format yang digunakan oleh agensi guaman dan agensi berkaitan merupakan format yang diterima pakai pada masa kini. | Lain-lain | 07.04.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| janji (kata nama) | 1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,
2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,
| Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian, |
|
|