Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang mana paling tepat: a) Bak kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pengalaman'. b) Bak kata pepatah, 'jauh perjalanan, luas pengalaman'. c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". d) Bak kata pepatah, "jauh perjalanan, luas pengalaman". | c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". | Ejaan | 13.12.2011 |
Salam, Perjalanan yang selamat bermula dengan anda. atau Perjalanan yang selamat bermula dari anda. Ayat adalah ini untuk digunakan di atas kain rentang pengiklanan. | Ayat yang betul ialah Perjalanan yang selamat bermula daripada anda. | Tatabahasa | 09.08.2012 |
Apakah terjemahan terbaik bagi 'business trip' atau working trip ? Semakan di DBP hanya memberi terjemahan untuk perkataan tersebut secara berasingan. Logiknya terjemahannya adalah "Perjalanan Perniagaan" atau "Perjalanan bekerja" Bolehkah kita samakan ia dengan "business visit" iaitu "lawatan bekerja"? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "business trip" atau "working trip". Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah lawatan kerja. | Istilah | 04.04.2013 |
Bayangkan perjalanan dari Mekah ke Baitul Maqdis yang berbulan-bulan itu dilakukannya semalaman sahaja. Penggunaan "Bayangkan" dlm ayat di atas betul atau salah? terima kasih | Bayangkan ialah terjemahan imagine dalam bahasa Melayu. Perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 07.09.2012 |
JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN | JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN | Lain-lain | 03.03.2011 |
Adakah ayat berikut betul? Perlu masukkan 'bahawa' dan imbuhan 'ber'? Nabi Musa berasa insaf dan menyedari seseorang harus sabar dalam perjalanan menimba ilmu. Nabi Musa berasa insaf dan menyedari bahawa seseorang harus bersabar dalam perjalanan menimba ilmu. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah Nabi Musa berasa insaf dan menyedari bahawa seseorang harus bersabar dalam perjalanan menimba ilmu. | Tatabahasa | 05.01.2012 |
Saya ingin tahu di mana kah saya harus membuat penterjemahan dokumen perjalanan ( Paspot ) Antarabangsa dari Bahasa Malayu/Inggeris ke Bahasa Arab? Pada masa sekarang saya sedang bekerja di Libya dan untuk mendapatkan visa, saya harus memperjemahkan dokumen perjalanan ke bahasa arab. Boleh ke pihak tuan memberi arahan ataupun panduan untuk mendapatkan penterjemahan. Sekian terima kasih | Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia, nombor telefon 03-21424381 atau Institut Terjemahan Negara Malaysia, nombor telefon 03-41497210 untuk mendapatkan khidmat yang diperlukan. | Lain-lain | 30.09.2009 |
maria terpersona melihat air laut yang_________ (membiru,kebiruan) di sepanjang perjalanan ke langkawi...mohon pencerahan jawapan... | Perkataan yang tepat ialah kebiruan. Perkataan kebiruan bermaksud keadaan biru manakala membiru bermaksud menjadi biru. Maria terpesona melihat air laut yang kebiruan sepanjang perjalanan ke Langkawi. | Tatabahasa | 19.09.2013 |
Apakah istilah yang tepat bagi Bahasa Melayu untuk perkataan trip? Saya sudah merujuk Kamus Dewan dan trip dinyatakan sbg trip juga atau perjalanan. Bukankah lawatan lebih tepat? Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk trip ialah perjalanan. Lawatan ialah padanan istilah bahasa Melayu untuk tour, travel dan visit. | Istilah | 02.07.2011 |
1)Perjalanan dari Kota Bharu ke kampung kamu lamakah? jawapan mengatakan bahawa lamakah adalah salah. 2)Keluarga Boo Lim belum mengetahui tentang peristiwa malang yang menimpanya itu. jawapan mengatakan bahawa tentang patut digantikan dengan akan. bolehkan tuan/puan jelaskan jawapan yang diberikan? | Ayat tersebut ialah bahasa percakapan dan tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi. Ayat yang betul ialah berapa lamakah perjalanan ke kampung kamu? 2. Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 01.08.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| jalan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,
2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,
| Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan, |
|
|