Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
yang tepat "bebas dari pengaruh" ataupun "bebas daripada pengaruh"? | Salam sejahtera, Penggunaan ayat yang tepat ialah "bebas daripada pengaruh..." Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 09.01.2020 |
Assalamualaikum. Adakah penggunaan ayat-ayat ini betul? (1) ... di bawah pengaruh dadah atau ... bawah pengaruh dadah? (2) Rakyat hidup aman di bawah pemerintahan kerajaan atau Rakyat hidup aman bawah pemerintahan kerajaan? terima kasih | Ayat yang betul ialah: 1) … di bawah pengaruh dadah. 2) Rakyat hidup aman di bawah pemerintahan kerajaan … | Lain-lain | 05.12.2024 |
pengaruh media massa dalam mendaulatkan bahasa melayu | Maklumat yang diperlukan boleh diperoleh melalui pembacaan dan penelitian buku-buku dan makalah yang berkaitan serta melakukan kajian lapangan. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain untuk membuat penyelidikan. | Lain-lain | 09.04.2010 |
PENGARUH MEDIA MASSA DALAM MENDAULATKAN BAHASA KEBANGSAAN | Maklumat yang diperlukan boleh diperoleh melalui pembacaan dan penelitian buku-buku dan makalah yang berkaitan serta melakukan kajian lapangan. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain untuk membuat penyelidikan. | Lain-lain | 09.04.2010 |
Adakah kata "pengaruh" berasal dari kata "aruh"? | Pengaruh yang mempunyai makna pengalir berbentuk gelung yang menghasilkan medan magnet (induktor) terbit daripada kata aruh. Manakala pengaruh yang mempunyai makna: kebolehan atau kelebihan yang ada pada seseorang atau sesuatu yang dapat mengubah pandangan, fikiran dan sebagainya seseorang; keupayaan yang ada pada alkohol, dadah dan sebagainya hingga dapat menguasai kewarasan seseorang; kuasa yang disebabkan oleh kedudukan, kekayaan dan sebagainya seseorang atau sesuatu pihak; berdiri sendiri sebagai kata dasar yang menjana terbitan lain seperti berpengaruh, mempengaruhi, pengaruh-mempengaruhi dan terpengaruh. | Lain-lain | 12.05.2025 |
apakah pengaruh peadaban islam yang pertama dalam manuskrip ? | Sila rujuk bahan ini : 1. Kesusasteraan Melayu Lama dan Warisan Peradaban Islam / Dr. Ismail Hamid . Fajar Bakti : 1983 2. Peradaban dalam Islam / Muhammad Uthman el-Muhammady . Pustaka Aman Press . 1982 3. Islam dalam sejarah dan kebudayan Melayu : suatu mukadimah mengenai peranan Islam dalam peradaban sejarah MElayu-Indonesia dan kesannya dalam sejarah pemikiran,bahasa dan kesusasteraan MElayu / Muhaamd Naguib Al Attas . ABIM.1990 | Lain-lain | 19.09.2008 |
Salam. Saya ingin bertanya penggunaan "bawah" dan " di bawah". bawah pengaruh alkohol atau di bawah pengaruh alkohol? Minta penjelasan sebabnya. Terima kasih. | Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Oleh yang demikian, penggunaan kata sendi nama yang betul ditunjukkan dalam ayat, seperti contoh yang berikut: “Ahmad memandu kereta di bawah pengaruh alkohol.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 265-266. | Tatabahasa | 19.08.2024 |
Ayat manakah yang betul? A) Pengaruh media massa adalah salah satu punca berlakunya gejala sosial. B) Pengaruh media massa ialah salah satu punca berlakunya gejala sosial. | Jawapan yang betul ialah (A) kerana kata pemeri 'adalah' digunakan sebagai penegas. Sebagai pilihan, kata 'merupakan' juga boleh digunakan bagi menggantikan 'adalah'. | Tatabahasa | 16.11.2010 |
Yang manakah untuk tajuk tesis yang betul? "PENGARUH GREEN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT PRACTICES TERHADAP PENGLIBATAN KERJA" atau "PENGARUH AMALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA HIJAU" TERHADAP PENGLIBATAN KERJA | Untuk makluman puan, DBP tidak membuat penyemakan tajuk tesis. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya yang baik dan betul perlu digunakan dalam penulisan tajuk tesis. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.10.2024 |
Apakah perbezaan maksud perkataan kesan dengan pengaruh? | Menurut Kamus Dewan Edisi Kempat, kesan mempunyai pelbagai maksud, yang salah satu daripadanya bermaksud pengaruh (pada pemikiran, sikap, watak, dsb) yang timbul akibat daripada menyaksikan (mendengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yang mendalam kepada pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yang timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yang turut timbul selain daripada kesan utama yang dikehendaki atau yang telah dijangkakan. Pengaruh pula bermaksud kuasa yang terbit daripada orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yang meninggalkan kesan kepada orang (lain) dll: ia masih memikirkan tentang ~ wang kepada seluruh manusia dan seluruh dunia. | Makna | 03.04.2017 |
|
Tesaurus |
---|
| pengaruh (kata nama) | Bersinonim dengan kuasa, daya, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kudrat, tenaga, hak, wibawa, mandat,
daulat, kekuatan, graviti, tekanan;, | | Kata Terbitan : berpengaruh, mempengaruhi, terpengaruh, |
|
|