Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalam. Saya nak minta pencerahan tentang jawapan soalan di bawah : Layang-layang yang tersangkut pada pokok itu _______ apabila ditiup angin. A. terkontang-kanting B. bergoyang-goyang C. melambai-lambai D. meliang-liuk Terima kasih atas kerjasama. | Waalaikumussalam... Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud terkontang-kanting ialah terbuai-buai atau terayun-ayun (seperti barang yang tergantung pada tali yg panjang). Manakala bergoyang-goyang pula bermaksud tidak diam keadaannya atau sentiasa bergerak berayun-ayun. Bagi melambai-lambai pula bermaksud bergerak-gerak turun naik (tentang tangan). Maksud meliang-liuk pula ialah berliuk-liuk (api pelita ditiup angin dan lain-lain. Maka jawapan yang lebih tepat ialah terkontang-kanting. | Makna | 28.06.2016 |
|
Tesaurus |
---|
| naik (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul, Berantonim dengan turun
2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat Berantonim dengan turun
3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,
4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang, Berantonim dengan turun
| Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan, |
|
|