Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Pengedaran surat layang itu dilakukan oleh musuh-musuh politik. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TQ | Ayat itu betul. | Tatabahasa | 25.03.2012 |
Perbezaan antara seperti gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan musuh dalam selimut | Gunting dalam lipatan bermaksud membinasakan sahabat (bangsa,dll) sendiri; Api dalam sekam bermaksud perbuatan jahat yang tersembunyi; musuh dalam selimut bermaksud nusuh yang sangat dekat. | Makna | 09.05.2008 |
" Berapa pun musuh yang datang, semuanya akan hamba tentang," kata Tun Telanai kepada Bendahara Ali yang berdiri di hadapannya. apakah kesalahan tatabahasa di atas dan apakah yang sepatut digunakan? | Berapa pun bermaksud bagaimanapun, betapa pun. Kata berapa pun perlu ditambah dan menjadi "berapa ramai pun musuh yang datang, semuanya akan hamba tentang" untuk melengkapkan ayat. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
Sebagai rakyat Malaysia kita harus (mempertahankan / mempertahan ) negara dari ancaman musuh. p/s : ini kerana perkataan "tahan" boleh membawa maksud kata kerja dan kata adjektif. jadi mana lebih tepat dan tolong huraikan sebabnya. terima kasih atas keprihatinan. | Sebagai rakyat Malaysia kita harus mempertahankan negara dari ancaman musuh. Mempertahankan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek selepasnya, iaitu negara bagi melengkapkan ayat tersebut. | Tatabahasa | 18.07.2012 |
makna seteru | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, seteru bermaksud musuh atau lawan (orang perseorangan): Contoh: drpd banyak seteru, baik banyak sahabat; | Lain-lain | 04.05.2010 |
Betulkah penggunaan "demi" di bawah: 1. Saya datang ke sini demi mencari Abu Jahal, musuh Allah dan rasul-Nya. | Penggunaan perkataan "demi" dalam ayat yang dinyatakan adalah betul. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
Ingin tahu perkataan yang betul... Elakkan / Elakan. Contoh ayat. Elakkan / Elakan diri daripada bertembung dengan musuh. Saya sudah mencari di carian kata, tiada maklumat lengkap. | jawapan yang betul ialah elakkan. | Tatabahasa | 13.12.2007 |
Takrifan Kamus Dewan edisi 4 untuk perkataan 'kolaborasi' hanya memberikan satu makna sahaja iaitu: bersubahat dengan musuh. Pemberian satu makna sahaja agak mengelirukan kerana di dalam penerbitan DBP sahaja terdapat penggunaan 'kolaborasi' sebagai 'bekerjasama'. Contohnya: "Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah dalam ucapan balasnya pula mengatakan DBP sangat berbangga dengan usaha ini dan berharap agar kolaborasi budaya antara Bangladesh dengan negara ini akan berterusan." (Klik DBP Berita Harian, 23/1/08) Adakah pihak DBP merancang untuk memasukkan takrifan 'bekerjasama' sebagai salah satu definisi dan penggunaan utama perkataan 'collaborate' spt yang dilakukan oleh Kamus Oxford Fajar dan Kamus Longman Dwibahasa? Cadangan saya, Kamus Dewan lebih dapat memperlihatkan ketelitian kerana ia adalah kamus bahasa Melayu yang menjadi rujukan utama para pelajar B.Melayu. Mungkin DBP dapat usahakan agar setiap entri maksud bagi perkataan (terutama kata pinjam BI) disenaraikan dalam kamus dan bukan satu maksud sahaja. terima kasih. | Saudara Stephen, Terima kasih kerana memberikan pandangan dan cadangan. Cadangan dan pandangan seperti ini amat dialu-alukan untuk penambahbaikan penerbitan kamus tersebut. | Lain-lain | 02.09.2009 |
Bolehkah istilah 'collaboration' yang membawa maksud 'kerjasama' menggunakan istilah 'kolaborasi ' sedangkan dalam Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan sebagai 'subahat (kerjasama) dgn musuh atau orang jahat, subahat dlm perbuatan jenayah dsb. | Terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk collaboration, iaitu pemuafakatan, kerjasama dan kolaborasi. Istilah kolaborasi terdapat dalam bidang Sains Politik dan Kesusasteraan yang membawa maksud kerjasama. | Istilah | 27.11.2011 |
Adakah perkataan 'bena' (sekiranya wujud) diterjemahkan daripada perkataan 'banner'? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan bena bermaksud (béna) endah, hirau, peduli: janganlah buat tidak ~ kpd budak itu; ~ tak ~ endah tak endah (tidak berapa peduli);membenakan menghiraukan, mengendahkan, mempedulikan: tidak ~ musuh datang. Manakala perkataan "banner" merujuk pada "kain rentang" iaitu jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan. Oleh itu, perkataan "bena" dan "banner" tiada kena mengena antara satu sama lain. | Istilah | 01.04.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| musuh (kata nama) | Bersinonim dengan seteru, lawan, penentang, pembangkang, pembantah, pesaing, pemberontak,
petualang, antagonis, udu;, | | Kata Terbitan : bermusuh, bermusuhan, memusuhi, permusuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Tajam senjata musuh pun undur, Mengertak masuk seperti kuda; Pejamkan mata tak mahu tidur, Rupanya tuan datang menggoda.
Lihat selanjutnya... |
|