Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Saya tinggal di mukim Sik. Saya tinggal di Mukim Sik. 2. Ali tinggal di daerah Sik. Ali tinggal di Daerah Sik. 3. Saya dari negeri Kedah. Saya dari Negeri Kedah. Penggunaan nama khas manakah yang betul dan tolong berikan alasannya. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, penggunaan nama khas yang betul adalah seperti yang berikut: 1. mukim Sik 2. daerah Sik 3. negeri Kedah | Lain-lain | 14.02.2011 |
Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim dengan ini Perasmian Pejabat dan Kuarters Tentera di atas Lot 3699, di Stesen Pemancar TM Gunung Jerai, Mukim Gurun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman telah selamat disempurnakan oleh: Dato Zamzamzairani Mohd Isa. BETUL KE AYAT INI? | Cadangan: Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim.. Saya dengan ini.. merasmikan Pejabat dan Kuarters Tentera di atas Lot 3699, di Stesen Pemancar TM Gunung Jerai, Mukim Gurun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman. | Lain-lain | 13.05.2009 |
Ejaan tepat untuk Cabang Tiga. Ianya merupakan nama Mukim yg di dalamnya terdiri drp beberapa kampung. Pohon respons sama ada ia di eja dgn Cabang Tiga atau Chabang Tiga. | Mengikut sistem ejaan rumi bahasa Melayu, ejaan yang betul ialah "cabang", walau bagaimanapun penamaan (tempat dan sebagainya) yang telah diwartakan sebelum tahun 1972 terkecuali daripada pedoman ejaan tersebut. Oleh itu, kami cadangkan suadara merujuk hal ini kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan dengan penamaan tersebut. | Ejaan | 19.08.2011 |
Pihak kami (Jabatan Perancang Bandar DBKL) menerima permohonan penamaan bangunan 1 blok kedai / pejabat 8 tingkat (Blok C5) di atas 7 tingkat basemen tempat letak kereta termasuk ruang perniagaan di atas lot PT. 17439, Mukim Batu, Kuala Lumpur. Nama yang dicadangkan oleh pemaju ialah "PUBLIKA". Diharap pihak DBP dapat memberikan ulasan / maklumbalas mengenai nama bangunan yang dicadangkan. | Tidak ada kata masukan Publika dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pihak kami mencadangkan penamaan premis menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu yang secara tidak langsung memperkasakan bahasa kebangsaan di tempat awam. Sila rujuk buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan (Edisi Kedua), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 22.03.2010 |
mohon dapatkan makna PENGURUSAN; kurang efisyen | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, pengurusan bermaksud perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll): pentadbiran dan ~ surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yang dipilih oleh penduduk mukim atau kampung;. Manakala efisien bermaksud berkenaan individu, organisasi, mesin, dan lain-lain yang boleh menjalankan tugas dengan cekap (tanpa pembaziran waktu dan tenaga). | Makna | 29.10.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| mukim (kata nama) | Bersinonim dengan daerah, kawasan, wilayah, zon, provisi, bahagian, rantau, kampung, desa,
lingkungan, kelurahan, mandala, luak., | |
|
|