Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah Inderaloka, Suralaya, dan Syurga membawa maksud yang sama? | Tidak sama. Makna bagi inderaloka, suralaya dan syurga adalah seperti yang berikut: inderaloka bahasa klasik kata nama tempat tinggal Bentara Indera. suralaya bahasa klasik kata nama suraloka. suraloka bahasa klasik kata nama tempat kediaman dewa-dewa atau kayangan. Contoh penggunaan: Bunyi busur patah itu menggegarkan seluruh suraloka. syurga kata nama 1 tempat di alam akhirat yang penuh dengan nikmat yang dijadikan oleh Allah sebagai tempat pembalasan baik kepada orang yang mentaati suruhan-Nya. Contoh penggunaan: Rasulullah bersabda, “Tidak akan masuk syurga orang-orang yang memutuskan silaturahim.” 2 bahasa kiasan tempat di dunia yang penuh dengan segala kenikmatan, kesenangan, kebahagiaan dan sebagainya. Contoh penggunaan: Malaysia terkenal sebagai syurga makanan. Sila rujuk kamus terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk maklumat berkaitan kata dan makna dalam bahasa Melayu.
| Makna | 21.09.2023 |
|
Tesaurus |
---|
| taat (adjektif,) | Bahasa Asal :Arab | Bersinonim dengan setia, patuh, akur, takwa, tawaduk, taslim, salih, pasrah, tunduk, tunak, patih;, | | Kata Terbitan : mentaati, ketaatan, |
|
|