Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
MASA KINI / MASA INI/ KINI SEMASA KE SEMASA / MASA KE SEMASA HAL INI / INI | Ungkapan yang betul ialah masa kini dan dari masa ke masa atau semasa ke semasa. | Tatabahasa | 11.12.2007 |
dari masa ke masa dari semasa ke semasa | dari masa ke masa dari semasa ke semasa | Tatabahasa | 17.09.2008 |
Mana satu penggugnaan yang betul bagi rangkai kata : dari masa ke semasa atau dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa | Kedua-dua bentuk ‘dari masa ke masa’ dan ‘dari semasa ke semasa’ adalah betul, tetapi 'dari masa ke semasa' adalah salah, kerana tidak ada perimbangan kata. | Istilah | 02.04.2010 |
1. Kita harus menghargai masa kerana masa itu emas. Atau Kita harus menghargai masa kerana "Masa itu Emas". 2. | Tidak perlu menggunakan pengikat kata dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
saya ingin bertanya mengenai penggunaan frasa 'pada masa kini' dan 'pada masa ini'. adakah penggunaan 'pada' tidak boleh digunakan sekiranya menggunakan kata 'kini'.sebaliknya hanya 'pada masa ini'. manakala 'kini' digunakan untuk 'masa kini' tanpa ada kata 'pada'. apa perbezaan antara 'pada masa kini', 'pada masa ini' dan 'masa ini'. bolehkah 'masa ini' berfungsi sebagai kata pangkal ayat?gramatis ke penggunaannya? | Yang lebih gramatis ialah "pada masa kini". | Tatabahasa | 04.10.2007 |
Saya inginkan penjelasan mengenai frasa 'dari masa ke semasa', 'dari semasa ke semasa', dan 'dari masa ke masa'. Yang manakah betul penggunaannya? | Frasa yang betul ialah 'dari masa ke masa' atau 'dari semasa ke semasa'. | Tatabahasa | 03.01.2008 |
Saya ada kemusykilan. Dari masa ke semasa ataupun dari semasa ke semasa ataupun dari masa ke masa. Yang mana satu harus digunakan dan betul. terima kasih. | Yang betul ialah dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa. | Tatabahasa | 21.11.2009 |
Selamat pagi. Sila beri nasihat sama ada cadangan tema " Kenangan Masa Lampau ~ Pandangan Masa depan " sesuai. Terima kasih. | Kenangan Masa Lampau - Pandangan Masa Depan boleh digunakan, atau Saudara juga boleh gunakan Kenangan Masa Lampau - Harapan Masa Depan. | Lain-lain | 10.11.2006 |
Apakah perbezaan penggunaan perkataan "kebelakangan" dan "belakangan"? | Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Contoh ayat kedua, mula-mula ia menolak, tetapi kebelakangan ini menerima juga tawaranku. Untuk makluman saudara, penggunaan kebelakangan dan belakangan ini sebenarnya sering bertukar ganti penggunaannya. Namun demikian, kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan. | Makna | 11.07.2007 |
A'kum..... saya biasa terlibat dalam penulisan minit mesyuarat... saya ingin pastikan penggunaan perkataan yang betul dan tepat..... MASA KE SEMASA.......@ MASA KE MASA..........@ SEMASA KE SEMASA............... tErima kasih bagi semua perhatian dan kerjasama sekian, terima kasih | Frasa yang betul ialah dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa. | Tatabahasa | 06.12.2007 |