Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah kata majmuk ex: kaki bangku / urus setia dan Kata ganda ex: lauk pauk / kusut masai/ gunung-ganang itu dikira satu perkataan?TQVM | Kata majmuk dikira sebagai dua patah perkataan seperti rumah kedai dan urus setia, manakala kata ganda dikira sebagai satu patah perkataan seperti pokok-pokok dan gunung-ganang. | Tatabahasa | 24.05.2011 |
Puan, Jawaban yang paling tepat untuk ayat berikut ialah " menyikat" atau " menyisir"? Puan Hamidah sedang _______ rambut anak perempuannya supaya tidak kusut. Terima kasih. | Perkataan yang tepat ialah menyikat. | Tatabahasa | 14.08.2013 |
apakah perbezaan ketara antara homonim dengan polisemi kerana satu perkataan itu mempunyai banyak makna ? | Homonim ialah kata yang sama ejaan dan/atau sebutannnya, tetapi mempunyai makna yang berbeza. Contoh: 1. perak (logam) : perak (terpinga-pinga) 2. semak (kaji) : semak (kusut) Polisemi ialah kata yang mempunyai banyak makna (yang berbeza-beza) tetapi berkaitan, menurut konteks penggunaannya. Contoh: 1. kepala (orang) : kepala (kumpulan samseng) : kepada (kain sarung) | Istilah | 07.04.2009 |
sinonim yang bukan sinonim dalam bahasa melayu: pengaruh situasi penggunaan dan amalan kebudayaan masyarakat penuturnya? polisemi dan homonimi dalam bahasa melayu: perkaitan makna yang sering mengelirukan pengguna bahasa? | Pertanyaan saudara ini memerlukan kajian dan penyelidikan yang mendalam. Saudara digalakkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana pusat sumber untuk membuat rujukan. Untuk makluman saudara, sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain. Penggunaan perkataan yang sinonim adalah mengikut kesesuaian dan saling berganti. Polisemi sesuatu bentuk kata, ungkapan, dsb yg mempunyai lebih drpd satu makna yg bertalian rapat antara satu sama lain. Contoh: kepala (orang) : kepala (kumpulan samseng) : kepala (kain sarung) Homonim ialah kata yang sama ejaan dan/atau sebutannya tetapi mempunyai makna yang ebrbeza. Contoh: semak (kaji) : semak (kusut) | Tatabahasa | 09.04.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| kusut (adjektif) | 1. Bersinonim dengan bersimpul-simpul: berkusau, bercampur baur, bercampur aduk, bercelaru, kacau-bilau, kusut-masai,
berserabut, berkecamuk, semak, sarut, serebeh, serbah-serbih, serbang, serembah-serembih,
selebek, Berantonim dengan kemas
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan kacau, kalut, huru-hara, kacau-bilau, haru-biru, gawat, rumit, Berantonim dengan tenteram
| Kata Terbitan : mengusutkan, kekusutan, |
|
Puisi |
---|
|
Orang kaya beremas sutera, Lipatan kusut dari Siam; Baik percaya angin utara, Ribut sampai dalam diam.
Lihat selanjutnya... |
|