Kata |
Takrif |
Sumber |
kusut | 1 bersimpul-simpul hingga susah hendak dicerai-ceraikan (bkn benang dll); tidak kemas atau tidak bersikat (bkn rambut dll): Rambutnya ~ tidak bersikat. 2 ki tidak tenteram; kacau; rumit (bkn fikiran, keadaan dll): Fikirannya kian ~ memikirkan berbagai-bagai masalah. mengusutkan 1 menjadikan kusut (bkn benang dll). 2 ki mengacau fikiran dll; merumitkan: Apa yg ~ fikiranmu? Ceritakanlah kpdku. kekusutan keadaan kusut; kekacauan (fikiran); kerumitan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkusut | 1. bersimpul-simpul dgn tidak berketentuan hingga susah hendak dicerai-ceraikan (bkn rambut, benang, dll), tidak kemas atau bersikat rapi (bkn rambut seseorang): rambutnya ~ kerana ditiup angin yg kencang; 2. ki tidak teratur atau tenteram (keadaan, fikiran, dll) kacau, rumit: kedudukan perkara itu terlalu ~ dan tidak mudah diselesaikan; fikirannya kian ~ memikirkan berbagai-bagai masalah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kusut I | 1. bersimpul-simpul dgn tidak berketentuan hingga susah hendak dicerai-ceraikan (bkn rambut, benang, dll), tidak kemas atau bersikat rapi (bkn rambut seseorang): rambutnya ~ kerana ditiup angin yg kencang; 2. ki tidak teratur atau tenteram (keadaan, fikiran, dll) kacau, rumit: kedudukan perkara itu terlalu ~ dan tidak mudah diselesaikan; fikirannya kian ~ memikirkan berbagai-bagai masalah; ~-kasau = ~-masai = ~-murut = ~-musut sangat kusut; ~ diselesaikan, keruh diperjernih prb persengketaan hendaklah diselesaikan (didamaikan); ~ di hujung lari (bawa) ke pangkal prb apabila perundingan menemui jalan buntu haruslah segera balik ke punca (ke asal) masalah; ~ hujung dgn pangkal kerana salah memulai prb tidak sempurna pekerjaan yg dibuat kerana salah memulakannya; tidak ada ~ yg tak selesai prb tidak ada pertikaian yg tidak dapat diselesaikan; berkusut-kusut tidak berhias diri (kusut rambutnya dll); mengusut menjadi kusut; mengusutkan 1. menjadikan kusut (benang dll); 2. ki merumitkan atau mengacaukan (sesuatu keadaan, fikiran seseorang, dll), merusuhkan (hati): perkara-perkara yg ~ keadaan politik negeri itu; ia hendak melupakan segala kejadian yg ~ fikirannya itu; kekusutan perihal (keadaan) kusut, kerumitan (perkara), kekalutan, kekacauan (fikiran dll): ukuran dan sukatan piawai dapat mengelakkan berlakunya ~ dlm urusan jual beli; kpd Allah diserahkan segala-segala rasa kecewa dan ~ hatinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gusut | Kl berpilin-pilin, berbelit-belit, bersimpul-simpul, berputar-putar (tali dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urai | ; emas ~ emas yg berbutir-butir. berurai 1 tidak bersimpul lagi; lepas terbuka; bercerai-cerai. 2 berderai-derai: ~ air mata bercucuran air mata; menangis (kerana sedih dsb). mengurai dlm keadaan berurai; mekar terbuka (bkn mayang): Rambutnya bagai mayang ~. menguraikan 1 membuka ikatan (simpul dsb): ~ simpul mati; ~ rambut. 2 mencerai-ceraikan atau mengasingkan bahagian-bahagiannya; menganalisis: Air dpt diuraikan kpd hidrogen dan oksigen. 3 membatalkan: ~ janji. uraian hasil drpd menguraikan sesuatu. penguraian perbuatan (hal dsb) menguraikan sesuatu: ~ elektrik proses memisah-misahkan sesuatu bahan kimia dgn menggunakan tenaga elektrik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
urai | 1. tidak pukal atau padat, berbutir-butir; emas ~ emas yg berbutir-butir halus; 2. lepas terbuka, tidak terikat (bersimpul, bertaut, dsb), bercerai-cerai; ilmu ~ Id kaji bina tubuh, anatomi; berurai 1. (menjadi, dlm keadaan) lepas terbuka (tidak bersimpul, berjalinan, dsb), bercerai-cerai; 2. = beruraian berderai-derai, bercucuran: ~ air matanya; keringatnya beruraian; mengurai 1. menjadi lepas terbuka (tidak bersimpul atau terikat dsb), berurai, meng-hurai; 2. (menjadi) mekar terbuka: rambut yg ~; mayang ~; 3. = menguraikan; menguraikan 1. membuka simpul (tali, ikatan, bungkusan, dsb), menghuraikan; 2. menceraikan atau memutuskan (hubungan, ikatan, dsb); ~ janji membatalkan janji (perjanjian); ~ nikah Mn menceraikan isteri; 3. memecahkan kpd unsur atau juzuk yg menjadi bahagian-bahagian sesuatu (spt sebatian dll): air boleh diuraikan menjadi hidrogen dan oksigen; terurai 1. sudah diuraikan (ikatan, rambut, dll), terhurai; 2. sudah diceraikan (hubungan, ikatan, dsb): ikatan janji setia yg tersimpul dgn teguh dan tidak akan ~; 3. sudah dipecah-kan kpd atau pecah menjadi unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya (yg kecil-kecil); penguraian perihal menguraikan, perbuatan dsb memecahkan kpd unsur-unsur dsb sesuatu; ® hurai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
knotted | adj bersimpul(-simpul): a ~ rope, tali yg bersimpul-simpul. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
knot | be in ~s, bersimpul-simpul: the string was in ~s, tali itu bersimpul-simpul; to tie the ~, berkahwin; tie os (up) /in, into/ ~s, sso menjadi bingung; tie so. (up) /in, into/ ~s, membingungkan sso, membuat sso menjadi bin | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
knotty | adj 1. a. tied in knots, bersimpul-simpul: a piece of ~ string, seutas tali yg bersimpul-simpul; b. gnarled, berbonggol-bonggol; 2. (fig.) rumit, sulit: a ~ problem, masalah yg rumit. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
knottiness | n 1. state of being, a. (tied in knots) bersimpul-simpul; b. (gnarled) berbonggol-bonggol; 2. (fig.) kerumitan, kesulitan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kamus Sains.indb Gubal kayu alan batu berwarna coklat kelabu dan beransur-ansur berubah kepada warna teras kayunya, iaitu coklat kemerah-merahan. Tekstur kayu ini kasar dan sekata dengan ira yang lurus atau bersimpul. Ketumpatan keringan udara kayu ini berjulat antara 800 kg/m 3 hingga 925 kg/m 3 . Kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Alan batu mudah dikerjakan, dikemas siap A. officinalis). Gubal kayu api-api berwarna kelabu keunguan, dan sukar dibeza- kan daripada teras kayunya yang berwarna agak sama. Tekstur kayu ini kasar dengan ira yang lurus dan kadangkala bersimpul. Ketumpatan keringan udara kayu ini berjulat antara 560 kg/m 3 hingga 785 kg/m 3 , dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu ini
|
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersimpul-simpul |
|
|