Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Anak saya akan mengambil PMR pada oct ini, tetapi dia masih keliru dengan tatabahasa seperti berikut: 1. sungguh amat cantik sungguh kurang sopan terlalu amat kencang Bolehkah kata penguat digunakan secara beriringan di depan? 2. amat nyaring betul amat sukar sekali sungguh indah nian sungguh besar sekali sungguh kuat benar Bolehkah kata penguat digunakan secara beriringan di depan/ belakang? 3. (i) Ali dianugerahi pingat oleh sultan (ii) Ali dianugerahkan sultan pingat (iii) pingat dianugerahkan oleh sultan kepada Ali Adakah ayat (i) , (ii) (iii) semuanya betul? Mana yang salah. Harap tuan dapat menolong saya. Sekian terima kasih | 1. Contoh yang diberikan adalah salah. Yang betul: Sungguh cantik, amat cantik, teramat cantik, terlalu kencang, amat kencang, teramat kencang. 2. Dalam bahasa Melayu, imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah menunjukkan darjah penghabisan. Oleh itu, suatu kata adjektif itu hanya boleh menggunakan teR- atau sekali atau paling. Kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak boleh digunakan serentak. Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi. Begitu juga sebaliknya. 3. Ketiga-tiga jawapan adalah betul. | Lain-lain | 01.10.2009 |
boleh terangkan pada saya...apa yang dimaksudkan dengan "salahlaku" dan ' salahlaku berpakaina"? kalu boleh penerangannya sedikit.... | 1. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, terbitan tahun 2005, muka surat 1372, salah laku bermaksud tingkah laku tidak senonoh atau kurang sopan; 2. Salah laku berpakaian bermaksud berpakaian tidak senonoh atau tidak mengikut etika berpakaian yang ditetapkan. | Makna | 07.09.2006 |
APAKAH MAKSUD BAHASA??? | Saudara Suraya, Perkataan bahasa bermaksud 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; 2. percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun; kurang ~ kurang sopan; tidak tahu ~ tidak sopan santun; ~ alamiah = ~ tabii bahasa yg digunakan oleh manusia dlm keadaan semula jadi; ~ asing bahasa selain bahasa ibunda, yg biasanya dipelajari secara formal atau sebaliknya. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 106. | Makna | 12.02.2010 |
soalan kedua saya ialah, panggilan "Ah Moi" pada perempuan berbangsa cina. Ada tak perkataan lain yang dapat mengganti panggilan ini dengan lebih sopan? Ini adalah kerana pada pendapat saya, panggilan ini dalam masyarakat cina terutama orang kantonis, maksudnya adik perempuan, tetapi pada sesetengah orang, panggilan sebegini adalah panggilan untuk orang gaji mereka. Kadang-kala, penggunaan panggilan ini akan menyebabkan situasi yang kurang sopan dan salah faham antara bangsa. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pada pandangan saya panggilan 'Ah Moi' lebih kepada dialek tempatan yang digunakan dalam daerah tertentu dan dalam konteks yang tidak rasmi. Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maksud bagi gelaran tersebut. Oleh itu, untuk mengelak salah faham tentang penggunaan gelaran itu sebaik-baiknya kita menggunakan gelaran yang baik seperti 'cik' untuk yang belum berkahwin dan 'puan' untuk wanita yang telah berkahwin. | Lain-lain | 10.12.2010 |
Bagi pendapat pihak tuan adakah penggunaan kata penguat dalam ayat berikut adalah betul? Amat terindah pemandangan pulau peranginan itu. Sungguh amat indah pemandangan pulau peranginan itu. Amat sungguh terindah pemandangan pulau peranginan itu. Sungguh amat terindah pemandangan puau peranginan itu. | Ayat yang betul ialah Sungguh amat indah pemandangan pulau peranginan itu. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut: i. se + kata adjektif + gandaan + kata nama : sepandai-pandai tupai, setinggi-tinggi gunung ii. ter + kata adjektif : terbaik, tercantik iii. paling + kata adjektif : paling lazat, paling pandai iv. kata adjektif + sekali : besar sekali, cantik sekali v. ter + amat/sungguh + kata adjektif : teramat baik, teramat cantik vi. amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali : sungguh tinggi sekali, Untuk makluman saudara, dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif, contohnya: sungguh amat indah, sangat kurang sopan, terlalu amat pedih. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244 dan 410 . | Tatabahasa | 09.12.2010 |
Istilah perkataan TAKUT & Hormat dalam komunikasi semsa | Takut: 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan; Hormat: 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat); | Makna | 21.08.2009 |
SALAM. SAYA INGIN MENDAPATKAN DEFINASI PERKATAAN "TAKUT" DAN H"ORMAT" MENGIKUT DEWAN BAHASA & PUSTAKA | takut: 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan; hormat: 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat); | Makna | 21.08.2009 |
Saya ada dua soalan 1. Mana satukah antara kedua-dua ayat di bawah ini betul dan kenapa? a. Perkara di atas adalah dirujuk b. Perkara di atas dirujuk 2. Adakah sistem panggilan "puan"hanya layak bagi wanita yang telah berkahwin sahaja? Betul atau tidak jika saya mengatakan bahawa panggilan "puan" itu rasmi untuk semua wanita sama ada berkahwin mahupun tidak sementara panggilan "cik" kedudukannya sedikit rendah dari panggilan "puan" mengikut kedudukan mereka pada pandangan masyarakat. Sila tuan, beri penjelasan. Terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah "Perkara di atas dirujuk". 2. Dalam urusan rasmi panggilan "puan" yang digunakan sama ada bagi perempuan yang sudah berkahwin atau belum berkahwin. Walau bagaimanapun dalam situasi tidak rasmi kita bebas menggunakan sapaan apa pun jua asalkan sopan pada pandangan masyarakat dan tidak menimbulkan rasa kurang senang pada yang disapa. | Tatabahasa | 03.03.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| kurang | 1. Bersinonim dengan belum cukup ( tidak sampai) (kata tugas:) Berantonim dengan lebih cukup
2. Bersinonim dengan potong ( tolak, diskaun, ) (kata kerja:)
3. Bersinonim dengan tidak berapa ( tidak begitu, tidak cukup, ) (kata tugas:)
4. Bersinonim dengan cacat ( cela) (adjektif:) Berantonim dengan sempurna
| Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan, |
|
|