Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1)Tangga gaji atau tanggagaji 2)Jangka waktu atau jangkawaktu 3)Jangka masa atau jangkamasa 4)Kontrak perantis atau kontrak perantisan-adakah dalam bahasa melayu perkataan ini. 5)Kelulusan awalan atau kelulusan awal | 1)tangga gaji 2)jangka waktu 3)jangka masa 4)tiada istilah dalam pangkalan data.Tetapi perkataan perantis (apprentice) dan perantisan (apprenticeship) ada.Contoh 'appenticeship training' iaitu latihan perantisan dan 'apprentiship contract' iaitu kontrak perantisan. 5)kelulusan awal | Istilah | 05.04.2011 |
maksud kontak-kontak sosial dari aspek pengurusan kerja sosial | Sila rujuk bahan Ini : Kontrak sosial asas penting perpaduan kaum" [Diwawancara oleh Radzi Ismail] Liow Tiong Lai Dewan Masyarakat 01/10/2005 Terperinci Ekonomi unsur penting kontrak sosial A. Kadir Jasin Dewan Masyarakat 01/10/2005 Terperinci Kontrak sosial antara kaum di Malaysia Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/04/2004 Terperinci Kontrak sosial eratkan perpaduan Ibrahim Musing Dewan Siswa Petualang kontrak sosial H.M. Jajuli Dewan Budaya 01/12/2006 Pengurusan sebagai fungsi sosial dan seni yang liberal Drucker, Peter F Dewan Ekonomi 01/07/1997 Terperinci | Lain-lain | 07.09.2007 |
Ayat mana yang betul 1. Kontrak dengan syarikat ini perlu diwujudkan untuk mendukung kesiapsiagaan pesawat. ATAU 2. Kontrak dengan syarikat ini perlu diwujudkan untuk mendukung kesiapsiagaan pesawat. | Kedua-dua ayat yang diberikan sama. | Lain-lain | 26.05.2010 |
ejaan mana satu yang betul?pelantikan atau perlantikan pegawai tadbir kontrak?terima kasih | Ejaan yang betul ialah pelantikan pegawai tadbir kontrak. | Ejaan | 14.09.2011 |
Salam 1 Malaysia. Apakah itu laras bahasa undang-undang dan laras bahasa teknikal ?? Saya betul-betul tak faham dan keliru dalam penggunaan tatabahasa. Dalam kontrak perjanjian, adakah laras bahasa di atas? Untuk perhatian pihak tuan, disini saya melampirkan contoh teks kontrak untuk diteliti dari segi penggunaan tatabahasa dan kosa kata termasuk huruf besar dan kecil. Segala pembetulan menggunakan bahasa Melayu yang sebenar amatlah diharapkan. | Puan Noor Zarina, Laras atau ragam bahasa merupakan variasi bahasa yang digunakan dalam bidang khusus seperti perundangan, perubatan, teknikal dan sebagainya. Laras bahasa perundangan dan laras bahasa teknikal sudah tentu berbeza antara satu sama lain dari segi penggunaan kata, istilah dan susunan ayatnya. Bahan yang dilampirkan untuk semakan bahasa akan dikirimkan melalui alamat e-mel puan sebaik saja siap disemak. Terima kasih. | Lain-lain | 21.10.2010 |
trading infuture contract dealing in security | pandangan dalam kontrak niaga hadapan perniagaan dalam sekuriti | Lain-lain | 13.04.2007 |
SALAM SEJAHTERA... SAYA INGIN MENGETAHUI SAMADA DI DBP MASIH ADA KEKOSONGAN JAWATAN (SEBARANG JAWATAN SECARA KONTRAK). TERIMA KASIH. | Sila lihat iklan yang akan kami siarkan dalam masa tertdekat ini melalui laman web DBP dan juga melalui iklan dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya terbitan hujung minggu. | Lain-lain | 24.06.2008 |
Maksud "Terma Rujukan". | Terma bermaksud peruntukan yg terkandung atau peraturan yg dikenakan dlm sesuatu kontrak (Kamus Dewan Edisi ke-4). Namun bagi terma rujukan, sila nyatakan konteks dan bidang penggunaan perkataan tersebut. | Makna | 02.11.2007 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Ibu menapis jus buah-buahan itu sebelum minum. 2. Mentol itu sudah rosak terbakar. 3. Dia menuduh syarikat itu atas masalah kontrak. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Ibu menapis jus buah-buahan itu sebelum diminum. 2. Mentol itu sudah rosak. 3. Dia memfailkan saman terhadap syarikat itu atas masalah kontrak. | Tatabahasa | 29.08.2012 |
Salam, saya ingin bertanya bagaimana boleh saya mendapatkan contoh perjanjian antara penulis dengan penerbit. | Dokumen perjanjian adalah satu dokumen kontrak bertaraf sulit antara penerbit dengan penulis. Oleh itu ia tidak boleh diedarkan untuk tatapan/rujukan awam. Waima contohnya sekalipun. Sekiranya saudara ingin mendapatkan maklumat umum tentang isi dokumen perjanjian ini, sila rujuk buku Penulis dan Undang-Undang yang ditulis oleh Kamal Halili Hasan. | Lain-lain | 30.06.2010 |