Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
menyara keluarga , menyara hidup keluarga dan menyara kehidupan keluarga,mana yang betul? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menyara bermaksud menanggung sara hidup, memberi sara kepada. Oleh itu, ayat yang lebih tepat ialah menyara keluarga. Perkataan 'hidup' atau 'kehidupan' tidak perlu kerana perkataan menyara sudah merangkumi maksud tersebut. | Tatabahasa | 18.01.2011 |
Maksud 'Keluarga' | Keluarga bermaksud saudara-mara, kaum kerabat, sanak- saudara; seisi rumahtangga (terdiri daripada suami, iesteri berserta anak-anak). | Makna | 24.06.2008 |
definisi keluarga | Keluarga bermaksud 1. saudara-mara ,kaum kerabat,sanak saudara.2. seisi rumahtangga(yang terdiri daripada suami,isteri atau berserta anak-anak. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 725. | Makna | 22.06.2008 |
yang manakah betul? Ahli keluarga atau ahli-ahli keluarga? | Frasa yang betul ialah ahli keluarga. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
keluarga Mak Limah terpaksa menahan lapar oleh sebab suaminya tidak dapat ke laut akibat sakit. tuan, apakah kesalahan dalam ayat ii? tq | Dari segi nahu ayat tersebut adalah betul tetapi kurang tepat dari segi makna/jalan ceritanya. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Ayat yang manakah betul? 1. Saya mempunyai keluarga yang bahagia. 2. Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. | Ayat :(1) Saya mempunyai keluarga yang bahagia' dan ayat (2) Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Kedua-dua ayat betul. Untuk makluman, kata 'sebuah' dalam ayat (2) merupakan penjodoh bilangan yang bukan merupakan unsur wajib dalam ayat. | Tatabahasa | 21.02.2011 |
maksud salasilah & keluarga | Salasilah keluarga bermaksud daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan). | Makna | 24.03.2010 |
Saya sedang membina salasilah 'Family Tree' keluarga besar saya. Saya mendapati pangkat-pangkat yang diberikan kepada ahli-ahli keluarga seperti paklong, pakngah, paklang dsb dalam sesuatu keluarga besar tu tidak standard...justeru, sila beritahu pangkat-pangkat yang betul dalam sebuah keluarga besar contohnya punyai 18 orang (ini satu kenyataan dlm keluraga besar saya)! | Untuk makluman sdr, nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza. Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung. Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti. | Lain-lain | 29.09.2010 |
Adakah ayat berikut betul dari segi tatabahasanya dan jika salah sila nyatakan alasannya. 1. Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. 2. Antara satu sama keluarga dengan keluarga yang lain... | Ayat 1 sepatutnya: Autisme ialah sejenis penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Dalam ayat ini, ejaan autisma sepatutnya autisme dan penggunaan "ialah" hendaklah diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. Ayat 2 agak mengelirukan, sepatutnya "Antara satu keluarga dengan keluarga yang lain". | Tatabahasa | 24.02.2009 |
Yang mana betul? -bersama dengan keluarga -bersama-sama keluarga | jawapan yang betul ialah bersama-sama | Tatabahasa | 11.02.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| keluarga (kata nama) | Bersinonim dengan kelamin, famili, sanak-saudara, seisi rumah tangga, suami dan isteri serta anak-anak, batih, saudara-mara, belahan, kulawangsa, darah, kaum, kulasentana, kulawarga;, | | Kata Terbitan : berkeluarga, perkeluargaan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan merendam telur, Jangan terlupa telur yang masin; Kalau tuan sudah masyhur, Jangan lupa keluarga yang miskin.
Lihat selanjutnya... |
|