Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam. Ingin bertanya ttg istilah kata-kata berikut. Apakah yang boleh kita golongkan kata-kata tersebut? - kalau takut, jangan berani-berani, kalau berani , jangan takut-takut. - terima kasih. | Kata-kata tersebut hanya ungkapan biasa tetapi tidak ditulis dengan sempurna/ tidak lengkap. | Tatabahasa | 25.01.2013 |
Saya baru-baru ini menggunakan perkataan kelu untuk jari yang tak mampu meluahkan kata-kata melalui tulisan. Bagi saya, perkataan kelu sudah wajar diperluaskan untuk maksud hajat meluahkan kata-kata yang tertahan baik dari segi lisan mahupun penulisan. Memandangkan zaman sekarang media elektronik sudah semakin berpengaruh, penyampaian kata-kata dan perhubungan sudah semakin digital dan melebihkan tulisan berbanding lisan. Keadaan kelu tak mampu berkata sepatutnya turut boleh digunapakai untuk jari yang tak mampu menaip atas sebab hati yang tak yakin. | Kami menerima pandangan tuan. Sehingga hari ini, kami masih memegang Kamus Dewan sebagai panduan iaitu kelu bermaksud . tidak dapat berkata-kata (kerana ketakutan, terkejut, dll): mendengar kata-katanya itu, ~lah lidah saya; 2. Kl sangat bodoh, bingung: jangan disuruh budak yang ~ itu; mengelukan menjadikan kelu, menyebabkan tidak dapat berkata-kata; ~ diri mendiamkan diri (tidak berkata-kata); terkelu tidak terkata-kata, terdiam (tidak dapat berkata-kata); kekeluan perihal atau keadaan kelu: setiap kali mulutnya berkumat-kamit hendak berkata, setiap kali pula ~ timbul. | Tatabahasa | 20.07.2013 |
1) pesta buku atau Pesta Buku, manakah yang betul? 2) Kelaskan kata-kata nama yang berikut mengikut kumpulan, adakah kata-kata nama sesuai digunakan? (Fail dilampirkan) | 1. pesta buku 2. Sila rujuk lampiran. | Tatabahasa | 16.04.2013 |
1) Apakah perbezaan makna bagi kata sinonim dan sinonimi? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya? 3) Mana satukah kata berimbuhan yang betul iaitu bersinonim atau bersinonimi Sila semak penggunaan kata di atas dalam ayat-ayat di bawah. a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja gigit dan hiris. b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja. c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek. d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerjamakan. e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja lihat dan Kata Sinoniminya. f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonimnya. g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim. h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya. | 1) Apakah perbezaan makna bagi kata sinonim dan sinonimi? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya? Sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, misalnya cantik dengan indah dan cepat dengan pantas. Manakala sinonimi pula ialah hubungan antara sinonim yang digunakan dalam istilah linguistik. 3) Berikut penggunaan perkataan sinonim dan bersinonimi yang betul ; a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja gigit dan hiris. b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja. c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek. d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerja makan. e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja lihat dan Sinonimi. f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonim. g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim. h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
saya keliru dengan penggunaan tanda koma dan koma bertitik. Saya sudah semak buku gaya dewan berkenaan ini tapi saya masih kurang faham. a) KATA TANYA; KATA PERINTAH DAN KATA SERU B) KATA TANYA, KATA PERINTAH DAN KATA SERU terima kasih | Penggunaan tanda baca yang betul ialah tanda koma iaitu kata tanya, kata perintah dan kata seru. | Tatabahasa | 13.05.2013 |
Selain daripada "sinambung". apakah kata-kata akar lain yang menggunakan sisipan "in". Mengapa sisipan "in" perlu digunakan? | Setakat ini hanya terdapat satu kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu; sambung=sinambung. Bentuk-bentuk sisipan amat terhad dan tidak produktif sifatnya. Sisipan berlaku untuk mengubah jenis kata , contohnya bentuk kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses pengimbuhan. Contoh; 1. sisipan -el = geletar = menggeletar 2. sisipan -em- gemuruh = bergemuruh | Tatabahasa | 14.08.2013 |
yang mana betul.kata-kata aluan atau kata alu-aluan | Ungkapan yang betul ialah kata alu-aluan. | Tatabahasa | 22.10.2013 |
Nama saya Nipari Niduemong sedang belajar Bahasa Melayu dasar di Universiti Fatoni selatan Thai. Saya igin mengetahui tentang "Golongan kata"terdapat berapa bahgian dan terima kasih. | Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat ,iaitu kata nama,kata kerja,kata adjektif dan kata tugas. Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada benda, orang atau konsep yang umum, misalnya jalan, guru dan kegemilangan, manakala kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada orang, tempat benda yang khusus, misalnya Kuala Lumpur dan Muhammad. Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konsruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Dua kumpulan utama golongan kata ialah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat. Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat sakit dan indah sekali. Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. | Tatabahasa | 24.10.2013 |
Kata nama 'orang kaya' ditulis dalam huruf besar atau tidak? contohnya : Orang Kaya Jelebu orang kaya Jelebu ataupun kalau tiada nama tempat, dan hanya merujuk pada orang tersebut..contoh : "Saya pun bersetuju dengan kata- kata Orang Kaya dan sahabat- sahabat." atau "Saya pun bersetuju dengan kata- kata orang kaya dan sahabat- sahabat." | Frasa orang kaya kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil, namun Orang Kaya Jelebu ialah kata nama khas dieja dengan huruf besar. | Ejaan | 01.08.2013 |
Soalan: 1. Mengapa pencampuran bahasa tidak sesuai dalam sesuatu ayat.... contoh- " kita kena buat adjustment lah".... | Kita seharusnya menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan baik. Bahasa yang dinyatakan ialah bahasa rojak. Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Penggunaan bahasa rojak menunjukkan penguasaan seseorang penutur bahasa Melayu sangat lemah dan tidak mempunyai semangat cintakan bahasa kebangsaan. | Tatabahasa | 29.03.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| kata (kata nama) | Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz,
sebut, ujar, syarah, bahas;, | | Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan, |
|
Puisi |
---|
|
Mengapa adik menjahit baju, Menjahit kain si banyak lagi; Mengapa adik kata begitu, Kata yang lain banyak lagi.
Lihat selanjutnya... |
|