Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
karangan contoh ataupun Contoh Karangan ???? sebabnya | Karangan contoh ialah karangan yang menjadi teladan. Contoh karangan ialah karangan yang dapat mewakili karangan lain kerana sama ciri-cirinya. | Lain-lain | 19.08.2006 |
Apakah perbezaan maksud antara 'karangan contoh' dengan 'contoh karangan'? | Yang tepat penggunaan tatabahasa ialah karangan contoh. Penggunaan rangkai kata contoh karangan tidak tepat. Namun, penggunaan rangkai kata itu telah diterima kerana sudah lama digunkan atau sudah mantap penggunaannya. Karangan contoh ialah karangan yang menjadi teladan. Contoh karangan ialah karangan yang dapat mewakili karangan lain kerana sama ciri-cirinya. | Tatabahasa | 26.11.2013 |
berikan maksud jurnal berserta jenis-jenis jurnal.terima kasih | Jurnal ialah terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu (biasanya yg termuat karangan-karangan ilmiah). Terdapat pelbagai jenis jurnal mengikut bidang, misalnya jurnal berkaitan bahasa, sejarah, politik, sains dan lain-lain. | Makna | 14.03.2013 |
1.Mana satu betul? i) karangan contoh atau contoh karangan ii) jawapan contoh atau contoh jawapan 2. Bolehkan penjodoh bilangan 'sebuah' digunakan untuk karangan, puisi dan keluarga. Contoh : -Tulis sebuah karangan ....... -sebuah puisi -sebuah keluarga | 1. Kedua-duanya betul. 2. Tidak perlu diletakkan penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 30.06.2010 |
karangan contoh terbaik ngan contoh karangan terbaik? yang mana satu betul? sebab rumah contoh kan bukan contoh rumah, betul? jadi sepatutnya gunakan karangan contoh ?tapi dah biasa gunakan contoh karangan... jadi? | Frasa "rumah contoh" adalah betul mengikut hukum D-M (diterangkan dan menerangkan) sama seperti rumah agam dan rumah baharu. "Contoh karangan terbaik" pula membentuk ayat yang lengkap, "contoh karangan" - frasa nama dan "terbaik" - adjektif. Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengatakan karangan contoh terbaik kerana pola ayat itu tetap betul. | Tatabahasa | 11.07.2011 |
Assalmualaikum saya nak bertanya macam mana nak menghasilkan bentuk karangan yang baik | Karangan yang baik mestilah menjelaskan tajuk. Ada struktur iaitu pengenalan, isi dan penutup. Pengenalan hendaklah ringkas dan mengandungi ayat tesis utama. Manakala satu isi disusun dalam satu perenggan. Penutup karangan hendaklah menggulung isi-isi yang telah dibincangkan. Maklumat lanjut boleh didapati daripada buku-buku rujukan berkaitan karangan. | Makna | 11.05.2007 |
Saya ingin mencari novel Fiksyen Indonesia Moden. Novel tersebut ialah Siti Nurbaya Karangan Marah Rosli, Belenggu Karangan Armijn Pane dan Keluarga Gerilya karangan Pramodeadya Anantatoer | Saudara boleh mendapatkan buku-buku tersebut di kedai buku yang terletak di Wisma Yakin, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Saudara juga mungkin boleh meminjamnya dari perpustakaan negara atau perpustakaan negeri atau dari Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka dan melihat nama penerbitnya untuk memesan terus daripada penerbit. Saudara juga boleh memohon bantuan perpustakaan untuk mendapatkan alamat penerbit. | Lain-lain | 04.07.2009 |
karangan bahasa inggeris | Sila jelaskan soalan saudara. | Lain-lain | 28.09.2010 |
bagaimanakah hendak memulakan sesebuah karangan?bagaimanakah hendak membuat persediaan terakhir bagi peperiksaan?terima kasih | Sesebuah karangan ada rangka atau format. Biasanya sesebuah karangan dimulakan dengan perenggan pengenalan atau latar belakang. Untuk persediaan terakhir saudara boleh merujuk contoh karangan di dalam buku rujukan yang terdapat di pasaran. | Lain-lain | 15.11.2008 |
Saya ingin tanya tentang format terbaru untuk karangan PMR dalam bahagian B (karangan yang tidak melebihi 120 patah perkataan). Menurut guru dari sesetengah sekolah, format karangan bahagian B telah berubah, iaitu harus ditulis dalam 4 perenggan sahaja. Adakah pernyataan ini benar? Bolehkah karangan bahagian ini melebihi 120 patah perkataan? Jika pihak tuan tidak terjawab kemusykilan ini, harap mendapat panduan daripada tuan tentang sumber rujukan. | Soalan ini lebih kepada format yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Oleh itu, saudara perlu merujuk terus Bahagian Peperiksaan, Kementerian Pelajaran bagi mendapatkan penjelasannya. | Lain-lain | 20.07.2011 |