Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
....patut disemai dalam diri pelajar atau .....disemai dalam jiwa pelajar. Yang mana lebih tepat. Atau ....semangat itu semakin terhakis dari dalam diri pelajar Atau ....semakin terhakis dari jiwa pelajar? | Jawapan yang lebih tepat ialah ...disemai dalam jiwa pelajar dan ... semangat itu semakin terhakis daripada jiwa pelajar. | Tatabahasa | 07.04.2012 |
apa maksud peribahasa Bahasa jiwa bangsa? atau Bahasa menunjukkan bangsa. | Bahasa Jiwa Bangsa bukanlah peribahasa tetapi slogan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk makalah yang berkaitan dengan tajuk berkenaan. | Makna | 17.01.2011 |
"Bahasa jiwa bangsa" dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam proses memupuk perpaduan antara kaum. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Hurai dan bincangkan pernyataan di atas secara terperinci. | jawapan bagi pertanyaan seperti ini memerlukan penyelidikan, kajian, rujukan dan pembacaan yang meluas. Oleh itu, saudara dinasihati membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau di perpustakaan awam atau ipt. | Lain-lain | 22.06.2008 |
Apakah maksud peribahasa 'Bahasa Jiwa bangsa' ? | Bahasa itu merupakan jiwa sesuatu bangsa. | Lain-lain | 14.11.2007 |
maksud bahasa jiwa bangsa | Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, saudara digalakkan membuat kajian di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Makna | 09.06.2009 |
"jiwa lautan" yang melambangkan keadaan gelombang lautan menggunakan gaya bahasa metafora atau personifikasi? Terima kasih! | Frasa "jiwa lautan" ialah contoh metafora yang menyatakan sesuatu makna yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan. | Sastera | 08.03.2012 |
siapakah pencipta slogan "bahasa jiwa bangsa"? siapakah pencipta slogan "negara bersih rakyat sihat"? | Pencipta slogan DBP 'Bahasa Jiwa Bangsa' ialah Dol Ramli. Walau bagaimanpun kami tidak ada maklumat berkaitan slogan kementerian/jabatan/agensi kerajaan lain termasuklah slogan 'Negara Bersih Rakyat Sihat'. | Lain-lain | 30.01.2011 |
apakah fungsi sastera moden? | Antara fungsi sastera moden ialah: 1. Untuk mendidik - unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein). 2. Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca dan pengarang. - Puisi-puisi merdeka - semangat berjuang. - Novel-novel perjuangan. 3. Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai. 4. Berfungsi sebagai alat perjalanan (pelancongan) ke destinasi-destinasi tertentu dengan pengalaman sebenar tanpa perjalanan fizikal sebenar. (Contoh - Karya berlatar luar negara - karya terjemahan - Madu Dalam Saringan, Ranjau Sepanjang Jalan). 5. Berfungsi sebagai menghibur. Sekian dan salam. | Lain-lain | 28.03.2009 |
apakah makna slogan dan slogan terbahagi kepada berapa jenis? siapakah pencipta slogan "bahasa jiwa bangsa"? siapakah pencipta slogan "negara bersih rakyat sihat"/ perlukan jawapan segera..terima kasih. | Pencipta slogan DBP 'Bahasa Jiwa Bangsa' ialah Dol Ramli. Walau bagaimanpun kami tidak ada maklumat berkaitan slogan kementerian/jabatan/agensi kerajaan lain termasuklah slogan 'Negara Bersih Rakyat Sihat'. | Makna | 30.01.2011 |
Pembudayaan ilmu perlu ditanam di dalam jiwa graduan sebab ilmu yang mereka miliki ialah sesuatu harta yang paling berharga sekali bila mereka melangkah ke dalam alam pekerjaan dan seterusnya menjana kembali ilmu itu bagi merialisasikan impian ke dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi. Sikap membentuk kita bertindak berdasarkan kepada apa yang kita pelajari dari pengalaman tanpa memerlukan kita menganalisa setiap satu keadaan seolah-olah ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengalaman masa lampau. Pertanyaan:saya harap encik dapat mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di atas beserta dengan alasan-alasannya.Terima kasih | Pembudayaan ilmu perlu ditanam di dalam jiwa setiap graduan kerana ilmu yang mereka miliki ialah harta yang paling berharga sekali bila mereka melangkah ke alam pekerjaan dan seterusnya menjana kembali ilmu itu bagi merealisasikan impian dalam bidang yang mereka ceburi. Sikap membentuk graduan bertindak berdasarkan apa yang dipelajari dari pengalaman tanpa perlu menganalisis setiap keadaan, seolah-olah ia tidak mempunyai sebarang kaitan, dengan pengalaman masa lampau. | Tatabahasa | 26.09.2007 |