Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Soalan 1 Merujuk kepada jawapan yang diberikan pada 24/12, bukankah dalam Kamus Dewan Edisi keempat, jarang=jarang-jarang, justeru, mengapakah ayat:Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang ponteng sekolah, salah? Soalan 2 Merujuk kepada jawapan yang diberikan pada 24/12, imbuhan ter- dan sekali merupakan dua darjah penghabisan, justeru, mengapakah "terkenal sekali" adalah betul?Berikan penjelasan selanjutnya Soalan 3 Apakah perbezaan antara menasihati dan menasihatkan? Kemukakan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaannya. Soalan 4 Yang mana betul? a)Kita sepatutnya mendengar arahan guru kita b)Sepatutnya kita dengar arahan guru kita c)Kita sepatutnya mendengar arahan daripada guru kita d)Sepatutnya kita dengar arahan daripada guru kita Soalan 5 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Ikatan kain itu hampir terlucut daripada pinggangnya b)Ikatan kain itu hampir terlucut dari pinggangnya Soalan 6 Yang mana betul? Berikan penjelasan a)Memahami dengan lebih mendalam lagi tentang kebaikan melabur dalam saham amanah b)Memahami kebaikan melabur dalam saham amanah dengan lebih mendalam lagi Soalan 7 Apakah perbezaan antara pembelajaran dan pemelajaran?Berikan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut.Selain itu, ayat manakah yang betul? a)Sekolah seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang baik b)Sekolah seharusnya menyediakan suasana pemelajaran yang baik | 1. Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang ponteng sekolah. - ayat ini betul 2. Yang betul ialah terkenal - kami mohon maaf atas kekeliruanyangtimbul. 3. Tidak ada perbezaan yang jelas antara menasihati dan menasihatkan, kedua-duanya bermaksud memberi nasihat atau tunjuk ajar. 4. Kita sepatutnya mendengar arahan daripada guru kita. ayat yang betul 5. Ikatan kain itu hampir terlucut daripada pinggangnya. - ayat yang betul 6. kedua-dua ayat ini betul. 7. Pembelajaran bermaksud proses belajar, untuk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dll), manakala Pemelajaran bermaksud proses belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam. Berdasarkan makna tersebut pemelajaran memerlukan usaha yang lebih yang biasanya merujuk mereka yang terlibat dalam kerja penyelidikan. Oleh itu ayat yang tepat ialah - Sekolah seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang baik. | Tatabahasa | 24.12.2008 |
1) Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? -Ali risau kerana rambutnya sudah jarang. -Abu jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis.(Mana satu penggunaan yang betul?jarang atau jarang-jarang?) 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ada mengapa? - Ali makan nasi itu bersama ulam. - Josep memakai kasut itu ketat-ketat. - Kita mestilah sentiasa hormat akan orang tua-tua. - Kejadian banjir itu menyebabkan banyak harta bendanya musnah dan mengalami kerugian ribuan ringgit. | Penggunaan perkataan "jarang" dalam ayat tersebut betul kerana jarang juga boleh membawa maksud jarang-jarang. Ayat tersebut diperbetulkan menjadi Ali makan nasi itu dengan ulam dan Kita mestilah sentiasa menghormati orang-orang tua. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
apakah perkataan 'kemenjadian' boleh digunakan dalam bahasa melayu | Perkataan ini belum ada dalam mana-mana buku terbitan kami. Perkataan kemenjadian boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang-jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacana. | Istilah | 24.07.2010 |
bolehkah perkataan KEMENJADIAN digunakan dalam bentuk penulisan ataupun secara lisan sedangkan entri ini belum dimuatkan lagi dalam mana-mana kamus dewan yang terkini. perkataan ini semakin meluas digunapakai sejak kebelakangan ini sama ada digunakan secara lisan atau penulisan. | Perkataan "kemenjadian" boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang - jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacana. Kata terbitan daripada 'jadi' ialah : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian, | Ejaan | 20.05.2010 |
Saya ingin penjelasan maksud sebenar perkataan `kemenjadian murid'. Perkataan ini telah digunakan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia oleh KPM. Contoh: Pihak pengurusan sekolah di sarankan memberi tumpuan kemanjadian murid sebagai agenda utama pengurusan di sekolah. | Perkataan ini belum ada dalam mana-mana buku terbitan kami. Perkataan kemenjadian boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang-jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacana. | Tatabahasa | 19.10.2010 |
mencari maksud dan difinisi untuk perkataan sewa,pajak, dan beli | Sewa:- 1. penggunaan (peminjaman) sesuatu dgn membayar wang: segala yg bersabit dgn tanah itu spt jual beli, gadai-menggadai, ~, dll mestilah didaftarkan; 2. sesuatu (kereta, rumah, dll) yg boleh digunakan dgn membayar wang: kereta ~; rumah ~; tanah ~; 3. wang yg dibayarkan utk menggunakan sesuatu, tambang (bkn kenderaan): ~ rumah kami sangat murah; ~ pergi balik; ~ beli urus niaga atau sistem jual beli yg membolehkan pembeli memperoleh atau menggunakan barang (spt kereta dll) yg dibelinya dgn hanya membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran; Pajak:- 1. kuasa utk mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll, pak; ~ candu a) kuasa utk menjual candu; b) tempat menjual candu; 2. Id cukai: ~ bumi (tanah); ~ pendapatan (penghasilan, pencarian) 1 8 cukai yg dikenakan pd pendapatan orang; 3. kedai atau warung; 4. sj gerai tempat menjual barang-barang (di pasar); ~ ikan (sayur) tempat ikan (sayur) dijual; ~ gadai a) kuasa utk membuka rumah gadai; b) = rumah ~ tempat menggadaikan barang-barang; ~ judi tempat berjudi; ~ kepala ark cukai yg dikenakan pd setiap orang; Beli:- = membeli 1. memperoleh barang dgn mem bayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada); | Makna | 21.04.2009 |
Dari segi penggunaan dalam penulisan Pentadbiran Pejabat {apakah perkataan singkatan} yang boleh diguna pakai bagi perkataan ( Pengurusan ) dan ( Pembangunan ). 1. Adakah Pengurusan bagi singkatan (Pg) atau (P) Atau 2. Adakah Pembangunan bagi (P) atau (Pg) Apakah singkatan perkataan yang betul bagi dua-dua perkataan di atas? Sekian, terima kasih. t.t. (Rusli b. Kamaruddin) PA. YB. Dato | Tidak ada panduan khusus dan senarai lengkap bagi singkatan perkataan. Singkatan perkataan lazimnya dalam bentuk yang mudah dan diketahui umum seperti kg. untuk kampung, sg. untuk sungai dan jln. untuk jalan. Kata seperti pengurusan dan pembangunan tidak dikenali singakatannya sebab jarang-jarang digunakan, walau bagaimanapun tidak salah untuk pihak tuan mengadakan singkatan bagi perkataan tersebut asalkan boleh difahami oleh khalayak. | Tatabahasa | 17.03.2011 |
JIKA BILANGAN BANYAK DIKATA SEMANGKUK KERANG JIKA SATU DIPANGIL APA | Encik Mohamad Zaki, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Sebenarnya tidak semua benda mesti mempunyai penjodoh bilangannya. Kerang umpamanya sering disukat dengan mangkok, kilo, longgok dan sebagainya. Namun untuk satu kerang jarang sekali ada penjidoh bilangannya. Setakat ini hanya inilah jawapan yang boleh kami berikan. | Tatabahasa | 08.07.2009 |
Dalam penulisan surat, ada yang menulis "Saya diarah merujuk perkara di atas ..." dan ada pula yang menulis "Saya telah diarahkan untuk merujuk perkara di atas ..." Soalan saya ialah yang mana satu betul? | Encik Yahya, Jawapan yang betul ialah, "Saya diarah merujuk perkara di atas...... kerana kita jarang menggunakan perkataan telah dalam penggunaan ayat seperti ini. Telah lebih mirip dalam penulisan bahasa Inggeris - past tense.Terima kasih. | Tatabahasa | 04.03.2010 |
perbezaan penggunaan tata bahasa antara 1. pelaksanaan atau perlaksanaan? 2. kemenjadian dan keberhasilan atau keterhasilan serta penggunaan gramatis dalam ayat, terima kasih. | 1. Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini. 2. Perkataan kemenjadian belum ada dalam mana-mana buku terbitan kami. Perkataan kemenjadian boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang-jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacana. Keberhasilan pula ialah perihal berhasil atau tercapai (sesuatu matlamat, rancangan, tujuan, usaha dll): Contoh ayat; Suatu keistimewaan lain ialah keberhasilan pengarang menggunakan monolog; Keberhasilan penggunaan istilah banyak bergantung pada masyarakat penggunanya; | Tatabahasa | 26.09.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| jarang (adjektif) | 1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang, Berantonim dengan rapat
2. Dalam konteks rambut bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit, Berantonim dengan lebat
| Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan, |
|
Puisi |
---|
|
Ada satu anak Semarang, Pakai cukin kain jarang; Kalau tidak tunas di batang, Pokok yang mana boleh dicabang?
Lihat selanjutnya... |
|