Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
segala yang berkaitan dengan buaya, maksud, peribahasa, pantun, istilah, dan lain-lain....juga kearamat | Antara peribahasa yang berkaitan dengan buaya ialah; Adakah buaya menolak bangkai? Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan. 2 . Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya. Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. keruh-keruh kerak = tiada jernih. 3 . Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya. Orang yang diam jangan disangka pengecut. 4 . Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya. Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya. 5 . Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau. Membuat pekerjaan yang sia-sia. 6 . Besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan. Tiap-tiap orang mulia dan besar pada tempatnya masing-masing. Sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan Kurik KUndi Merah Saga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk rujukan himpunan pantun-pantun Melayu. Harap maklum. | Lain-lain | 27.11.2007 |
Ali berkali-kali menasihati adiknya yang berbuat jahat. Atau Ali menasihati adiknya yang berbuat jahat berkali-berkali. Atau kedua-dua ayat itu betul. | Ayat yang pertama betul. | Tatabahasa | 26.08.2010 |
Orang yang jahat pasti akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan apa-apa yang dilakukannya. MUnsyi,, adakah ganjaran salah dalam ayat ini? Terima Kasih | Ganjaran boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana ganjaran juga bermaksud balasan bagi perbuatan jahat. | Tatabahasa | 13.06.2012 |
Penulisan peribahasa BUAT BAIK BERPADA-PADA BUAT JAHAT JANGAN SEKALI adakah tepat mengikut tatabahasa B.Melayu.Apakah kategori untuk Kata SEKALI dalam peribahasa tersebut. Jika dihumorkan kadang-kadang membawa maksud buat baik ada hadnya, tetapi kalau buat jahat jangan sekali(mesti lebih daripada sekali). Apa komen tuan. Terima kasih. | Sekali ialah kata nama bermaksud satu kali. Jika dilihat dari aspek tatabahasa penggunaan sekali dalam ungkapan tersebut tidak tepat, sebaliknya ungkapan yang tepat ialah sekali-kali. Perlu diingat peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. Dan untuk melihat kelas kata dan ayat contoh yang betul rujuk buku Tatabahasa Dewan.
| Lain-lain | 07.02.2012 |
makna atau istilah yang betul berkaitan dengan perkataan "JENAYAH" | Merujuk Kamus Dewan, jenayah bermaksud perbuatan jahat (seperti mencuri, merompak, membunuh, dan lain-lain) yang salah di sisi undang-undang. | Makna | 15.06.2010 |
bila hidup tidak muafakat banyaklah runding tidak terdedat banyaklah orang hidup tersesat kerja yang baik menjadi jahat di dalam air perahu tersekat. apa makna TERDEDAT dalam pantun di atas? terima kasih | Perkataan dedat atau terdedat tidak ada dalam sumber rujukan kami. | Makna | 13.05.2010 |
apa makna perkataan baruah .... leh tolong saya tak | Barua bermaksud orang perantaraan yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat; kata makian. | Makna | 30.04.2008 |
salam tuan, saya ingin mendapat penjelasan tentang perkataan "kolaborasi" yang sering digunakan dalam pertututran mahupun penulisan sedangkan maknanya merujuk kamus drewan merupakna perkara nyang tidak baik. mohon penjelasan lanjut. ada sesetengah jabatan jadikan slogan dengan menggunakan perkataan kolaborasi..... | Kamus Dewan yang diterbitkan pada tahun 2006 hanya memasukkan makna kerjasama jahat, namun Kamus Inggeris-Melayu Dewan (kamus dwibahasa) telah memasukkan kedua-dua makna collaboration, iaitu kerjasama (working together) dan pakatan jahat (cooperation with enemy). Oleh itu, maksud kerjasama (working together) yang kini lebih banyak digunakan dalam penulisan berbanding dengan maksud pakatan jahat adalah betul. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 16.01.2012 |
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai kemanusiaan dalam karya sastera moden? | Nilai kemanusiaan dalam karya sastera ialah sifat atau sikap seperti baik, jahat, pemalu, sombong, berbudi bahasa dan sebagainya. Sekian dan terima kasih. | Lain-lain | 05.02.2009 |
apakah maksud intan tersalah canai? | Maksud peribahasa ini ialah biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. Untuk mengetahui maksud peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain. Harap maklum. | Lain-lain | 22.06.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| jahat (adjektif) | Bersinonim dengan buruk laku, tidak baik, tidak senonoh, terkutuk, durjana, nakal, cabul, kapista, bangpak, papakerma, fasiq, candal, keji, kotor, jelik, beraknya, bengal;, | | Kata Terbitan : berjahat, menjahatkan, kejahatan, penjahat, |
|
|