Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Hampir retak lantai kayu itu dek hentakan Arif. betulkah struktur ayat ini dan penggunaan "dek"? | Penggunaan perkataan dek dalam ayat betul. | Tatabahasa | 04.07.2013 |
Soalan Kata Hampir Sama Makna Cahaya lampu jalan yang _________ menyebabkan kami takut untuk meneruskan perjalanan. A. suram B. kelam C. muram D. pudar Saya berasa keliru akan penggunaan setiap perkataan di atas. | Suram bermaksud tidak berapa terang (cahaya dan lain-lain) atau agak gelap. Kelam bermaksud tidak berapa terang (berkenaan cahaya, keadaan hari, dan lain-lain), atau agak gelap atau suram. Muram bermaksud tidak berapa terang (cahayanya), buram, guram, kelam, suram. Pudar bermaksud kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram. Berdasarkan makna tersebut suram/kelam/muram/pudar boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut. | Tatabahasa | 21.03.2012 |
pelari itu terjatuh apabila hampir tiba di/kr garisan prnamat. tq | Ayat yang betul ialah pelari itu terjatuh apabila hampir tiba ke garisan penamat. | Lain-lain | 12.06.2010 |
Mubazir dan membazir Dua perkataan ini hampir sama. Apakah perbezaan maksudnya? Adakah mubazir perkataan yang timbul kerana ada orang salah sebut "membazir"? | Kedua-duanya membawa maksud yang hampir sama. Sila rujuk kamus untuk melihat persamaan/perbezaan makna antara kedua-dua perkataan tersebut. Perkataan mubazir dan membazir kedua-duanya berasal daripada perkataan Arab, perbezaan sebutan/perkataan ini berlaku kerana pengaruh bahasa Arab itu sendiri. Dalam bahasa Arab satu perkataan yang asal boleh menjadi berbeza sebutan apabila kedudukan/fungsi perkataan itu dalam ayat berubah. | Istilah | 21.07.2012 |
Apakah perbazaan antara 'rangup' dengan 'garing'? | Rangup ialah mudah pecah; rapuh: biskut yang ~. merangupkan menjadikan rangup: Bahan itu dicampurkan untuk ~ kuih. kerangupan keadaan atau sifat rangup: Biskut itu digemari kerana ~nya. Garing pula ialah agak keras dan kering tetapi rapuh: Biskut itu ~ dan rangup. 2. keras dan telah dimasak lebih lama daripada yang sepatutnya: Ikan itu digoreng terlalu ~ hingga hampir-hampir hangus. | Makna | 29.07.2013 |
Bagaimanapula dengan ayat di bawah ini? Lawatan ke Putrajaya disertai hampir setengah wanita dari Kampung Pandan. | Saudara, Ayat yang lebih sempurna ialah : Lawatan ke Putrajaya disertai oleh hampir sebahagian daripada wanita dari Kampung Pandan. | Tatabahasa | 12.08.2010 |
Kerja terkemut-kemut itu dilakukannya hampir sepanjang usia. adakah penggunaan frasa terkemut-kemut betul dalam ayat tersebut? kalau tidak betul, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan frasa itu? tq | Dalam kamus Dewan, kemut bermaksud ; kemut-kemut, mengemut, terkemut-kemut 1. bergerak-gerak turun naik atau kembang kuncup (seperti mulut kanak-kanak yang menyusu dll): mulutnya terkemut-kemut; nadinya terkemut-kemut; 2. a) terhuyung-huyung; b) perlahan-lahan, lambat-lambat, terdemut-demut: berjalan terkemut-kemut; membuat kerja terkemut-kemut.. Ayat yang boleh menggunakan frasa terkemut-kemut ialah "Mulutnya terkemut-kemut hampir sepanjang usianya." | Tatabahasa | 11.09.2013 |
terima kasih kerana menjawab, namun soalan saya bukan cara yang betul untuk menulis ayat yang saya maksudkan itu tetapi adakah ayat yang saya kemukakan itu betul atau salah? Hampir setengah wanita dari Kampung Pandan meyertai seminar itu. | Ayat yang betul ialah - Hampir sesetengah/sebahagian daripada wanita Kampung Pandan meyertai seminar itu. | Tatabahasa | 18.08.2010 |
1...pada peringkat / di peringkat? 2.Erti simulaktif | 1. jawapan yang betul ialah pada peringkat. 2. ' simulaktif' tiada dalam kamus dewan. makna yang paling hampir untuk simulaktif ialah simulasi perbuatan (latihan) yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat buat tetapi yang mirip kepada atau hampir dengan yang sebenarnya | Tatabahasa | 13.10.2011 |
mencari makna yang hampir sama | Panduan umum untuk mencari makna setiap perkataan adalah dengan merujuk kamus atau jika layari laman sesawang kami di prpm.dbp.gov.my dan taip sahaja perkataan yang hendak dicari dalam ruangan CARI. | Makna | 25.04.2010 |