Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah perbezaan antara perlu dan hendaklah | Perlu bermaksud keharusan (yang tidak dapat dielakkan), atau disebut juga kemestian: perlu juga membawa pelbagai makna lain termasuklah menjadi kemestian (untuk mendapat sesuatu ), harus ada (diperoleh), sesuatu yang dikehendaki hajat, kepentingan, hajat, kehendak, maksud, tujuan dan sebagainya, manakala hendaklah bermaksud tidak dapat tidak; mesti; dan patut. Untuk maklumat lanjut puan boleh layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan lihat pelbagai maksud lain yang mendukung makna kata perlu. | Makna | 11.01.2011 |
Boleh saya tahu penggunaan tanda petik (''....") yang betul untuk ayat dua perenggan? Contoh ayat seperti di bawah: "Dah bermacam ikhtiar saya lakukan, jumpa bomoh, sembahyang hajat, jumpa kaunselor... tapi semuanya tidak berhasil. Pada hal anak saya ini dulu sekolah agama dah..." "Tolonglah encik selesaikan masalah anak saya ni. Kalau boleh saya mahu masukkan dia ke Raudhatus Sakinah." | Penggunaan tanda elipsis dalam ayat betul. | Tatabahasa | 29.06.2013 |
Saya baru-baru ini menggunakan perkataan kelu untuk jari yang tak mampu meluahkan kata-kata melalui tulisan. Bagi saya, perkataan kelu sudah wajar diperluaskan untuk maksud hajat meluahkan kata-kata yang tertahan baik dari segi lisan mahupun penulisan. Memandangkan zaman sekarang media elektronik sudah semakin berpengaruh, penyampaian kata-kata dan perhubungan sudah semakin digital dan melebihkan tulisan berbanding lisan. Keadaan kelu tak mampu berkata sepatutnya turut boleh digunapakai untuk jari yang tak mampu menaip atas sebab hati yang tak yakin. | Kami menerima pandangan tuan. Sehingga hari ini, kami masih memegang Kamus Dewan sebagai panduan iaitu kelu bermaksud . tidak dapat berkata-kata (kerana ketakutan, terkejut, dll): mendengar kata-katanya itu, ~lah lidah saya; 2. Kl sangat bodoh, bingung: jangan disuruh budak yang ~ itu; mengelukan menjadikan kelu, menyebabkan tidak dapat berkata-kata; ~ diri mendiamkan diri (tidak berkata-kata); terkelu tidak terkata-kata, terdiam (tidak dapat berkata-kata); kekeluan perihal atau keadaan kelu: setiap kali mulutnya berkumat-kamit hendak berkata, setiap kali pula ~ timbul. | Tatabahasa | 20.07.2013 |
APAKAHM PERBEZAAN BAGI ISTILAH KONSEP, DEFINISI,MAKSUD DAN TAKRIF. TERIMA KASIH | Konsep bermaksud pengertian am atau idea yang mendasari sesuatu. Definisi bermaksud kenyataan yang ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata. maksud bermakna tujuan, hajat,kehendak, niat takrif bermaksud huraian yang ringkas dan tepat, penjelasan, penentuan,pernyataan, definisi. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 27.09.2008 |
Salam Khidmat Nasihat DBP, Saya ingin mengetahui maksud yang setepat-tepatnya peribahasa "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan' dan saya juga ingin mengetahui kegunaan 'maksud' dan 'makna' Adakah betul 'maksud' untuk frasa/ayat 'makna' untuk kata/perkataan? Terima kasih | Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan bermaksud seseorang itu mesti berusaha dengan gigih semasa melakukan sesuatu dan segala kesukaran yang dihadapi perlu ditempuhi agar segala keinginan dapat diperoleh. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna didefinisikan sebagai erti atau maksud (sesuatu perkataan dll). Maksud didefinisikan sebagai 1. tujuan, hajat, kehendak, niat 2. erti yang tersimpul dalam sesuatu ayat (perbuatan dll). | Lain-lain | 27.10.2011 |
Salam sejahtera, bolehkah beritahu saya berapa jenis monolog yang terdapat dalam penulisan novel? Juga, bolehkah terangkan kepada saya perbezaan di antara monolog dan monolog dalaman? | Monolog ialah pertuturan kepada diri sendiri sama ada boleh disuarakan atau diucapkan dalam hati. Tidak ditujukan kepada orang lain dan tidak memerlukan reaksi ataupun jawapan daripada orang lain. Monolog hanya dua sahaja iaitu monolog dan monolog dalaman. Monolog (disuarakan) Sabarlah ayah, emak. Hajat ayah dan emak mahu nenek hendak naik haji pasti Aris tunaikan, bisik Aris perlahan dengan wajah yang diseliputi awan kerisauan. Monolog (dalaman/diucapkan dalam hati) Inilah agaknya erti kasih antara anak dan ibu, detak hati kecil Rina. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir di pipinya yang gebu. | Sastera | 26.07.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| hajat (kata nama) | Bersinonim dengan hasrat, keinginan, kehendak, cita-cita, niat, matlamat, maksud, tujuan, permintaan, doa;, | | Kata Terbitan : berhajat, berhajatkan, menghajati, menghajatkan, |
|
Puisi |
---|
|
Dari Pahang ke Kuala Lipis, Hajat hendak terus ke utara; Masa bertentang mulutnya manis, Bila belakang lain bicara.
Lihat selanjutnya... |
|