Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
APakah takrif remaja menurut Kamus Dewan? | remaja 1. mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur utk berkahwin; 2. = muda ~ muda; gadis ~ = ~ puteri gadis yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); ~ putera pemuda yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); masa ~ masa mulai timbul rasa cinta berahi, masa muda-muda; | Makna | 23.12.2008 |
MAKSUD PERKATAAN REMAJA, TAMPUK KEPIMPINAN NEGARA | Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, remaja bermaksud mulai dewasa,sudah akal baligh,sudah cukup umur untuk berkahwin. Tampuk antaranya bermaksud yang tertinggi, (pimpinan sesuatu dll.,yang utama,yang pokok,pucuk. Kepimpinan bermaksud kupayaan memimpin. Remaja Tampuk Kepimpinan Negara bermaksud remaja mempunyai keupayaan untuk menjadi pemimpin dalam negara. | Makna | 27.07.2007 |
tolong berikan maksud remaja dan maksud masalah sosial, cara untuk menangani dan punca mslh itu | Mengikut Kamus Dewan remaja antaranya bermaksud mulai dewasa,sudah akil baligh,sudah cukup umur untuk berkahwin. Sosial bermaksud i. segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat,kemasyarakatan. ii. berkaitan dengan persahabatan,pergaulan dan aktiviti masa lapang 3. suka bergaul dan bermesra. Masalah sosial bermaksud masalah yang timbul daripada pergaulan dalam masyarakat. Dari segi cara untuk menangani dan punca masalah ini sdr. bolehlah membuat rujukan dalam majalah atau akhbar tempatan yang membincangkan perkara ini. | Makna | 30.07.2007 |
salam,boleh jelaskan kepada saya apa yang dimaksudkan dengan penggunaan bahasa melayu dikalangan remaja dan sumber memperoleh jawapan tersebut.terima kasih. | Bahasa Melayu yang yang digunakan oleh golongan remaja yang mulai dewasa, akil baligh atau sudah cukup umur untuk berkahwin. Bahan ini juga boleh didapati menerusi majalah terbitan DBP. | Lain-lain | 25.09.2006 |
berikan maksud bahasa melayu dan remaja mengikut pandangan pihak tuan serta sumber tersebut diperoleh dari mana ..... | Bahasa Melayu ialah bahasa yang digunakan oleh penutur yang biasanya datang daripada rumpun Melayu yang kebanyakannya terletak di Nusantara. Remaja bemaksud mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin. Sumber Kamus Melayu DBP | Lain-lain | 19.09.2006 |
apakah perbezaan antara "setengah " dengan "separuh"? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, separuh bermaksud 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; manakala setengah pula bermaksud 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah. | Istilah | 04.08.2010 |
|
Puisi |
---|
|
Bunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga.
Lihat selanjutnya... |
|