Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
'Berumur tidak kurang dari/daripada 30 tahun'. Apakah penggunaan yang lebih tepat, dari atau daripada? | Ayat yang betul ialah "Berumur tidak kurang daripada 30 tahun". | Tatabahasa | 04.08.2015 |
PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini di khaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 -12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar dengan kanak-kanak lain, bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu permainan ketika kanak-kanak lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKIT Jangan melompat keluar dari jongkang-jongkit yang sedang bergerak tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongkit. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan, jangan berdiri di atas buaian dan tentukan setiap kali untuk seorang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu hingga ia berhenti sepenuhnya. | PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini dikhaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar antara satu dengan yang lain, anda dinasihati bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu alat permainan ketika pengguna lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKET Jangan bangun dari jongkang-jongket tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongket. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan.Jjangan berdiri di atas buaian dan tentukan penggunaan untuk setiap orang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu sehingga buaian berhenti sepenuhnya. | Tatabahasa | 22.11.2013 |
Kesalahan ayat: Datuk yang berumur 60-an masih bekerja kuat untuk menoreh getah pada setiap pagi. | Ayat yang gramatis ialah Datuk yang berumur 60-an masih kuat bekerja dengan menoreh getah pada setiap pagi. | Tatabahasa | 04.07.2012 |
Apa itu wargamas!!!! Ibu saya yang berumur 66 tahun terpaksa tunggu di Hospital Sultana Aminah Johor bahru bahagian (PEASAKI LUAR) selama 3 jam untuk ambil ubat.. Selepas mendapat nasihat doctor, lalu saya tumpang tanya dengan doctor "Ibu saya berumur 66 tahun, dia di category kan wargamas. Kenapa dia perlu tunggu sampai 3 jam" Doctor bercakap " NO WARGAMAS DI DISI CONSIDER 70 YEARS AND ABOVE" Adakah ini betul!!! Every state got different age for WARGAMAS... Help me to find-out.. Is't true!!!! Adakah ini benar.. | Warga emas ialah ungkapan yang sopan yang bermaksud orang tua. Walau bagaimanapun, had umur warga emas tersebut bergantung pada pihak tertentu termasuk hospital untuk mengklasifikasikannya. Saudara boleh juga menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan maklumat dari segi umur warga emas. | Lain-lain | 13.06.2012 |
Mohon terjemahan standard BM untuk industri ternakan ayam. 1. Day old Chick --merujuk kepada anak ayam berumur sehari. akronim inggeris yg lazim seluruh dunia ialah DOC 2. Pullet -- ayam penelur berumur 6 minggu sehingga saat bertelur (anggaran 15 minggu). harus diingat yg ayam penelur tidak pernah dikahwinkan untuk bertelur. 3. grower -- ayam pedaging selepas umur 14 hari sehingga saat dipanen sekitar 45-50 hari 4. parent stock -- ayam pembiak baka 5. grand parent stock --ayam yang menghasilkan keturunan pembiak baka 6. pure lines -- ayam yang menghasilkann keturunan grand parent stok 7.broiler --ayam pedaging 8. layer --ayam penelur terima kasih. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu seperti yang berikut: - Day old Chick = anak ayam sehari
- Pullet = ayam dara
- Grower = ayam kecil
- Parent stock = stok induk
- Grandparent stock = stok tuai induk
- Pure line = keturunan tulen
- Broiler = Ayam pedaging
- Layer = Ayam penelur
| Istilah | 30.01.2019 |
Tolong kenal pasti kesilapan pada ayat berikut : Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun. | Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun. Ayat ini betul | Tatabahasa | 12.02.2009 |
Assalamualaikum. Berikut ada beberapa ayat yang mengelirukan penggunaan bawah dan di bawah. Maka, yang manakah ayat yang betul? 1. Kanak-kanak berumur bawah lima tahun dilarang masuk atau Kanak-kanak berumur di bawah lima tahun dilarang masuk. 2. Negeri-negeri di bawah angin atau Negeri-negeri bawah angin. 3. Markahnya di bawah markah saya atau Markahnya bawah markah saya. 4. Di bawah taklukan Empayar Rom atau Bawah taklukan Empayar Rom. 5. Di bawah akta atau Bawah akta. 6. Di bawah pengaruh dadah atau Bawah pengaruh dadah. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: - Kanak-kanak di bawah umur lima tahun dilarang masuk.
- Negeri-negeri bawah angin.
- Markahnya di bawah markah saya.
- Di bawah taklukan empayar Rom.
- Di bawah akta.
- Di bawah pengaruh dadah.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 226. | Tatabahasa | 21.02.2025 |
tolong tentukan kesalahan bahasa : 1 ) berumur kurang 40 tahun or kurang daripada 40 tahun ? 2 ) yang makin berkurang atau yang semakin berkurang ? 3 ) Si tukang jahit ialah kesalahan bahasa atau tidak ? 4 ) adalah antara 10 - 12 cm atau adalah di antara 10 - 12 cm ? 5 ) hingga atau sehingga ? | 1) Berumur kurang daripada 40 tahun. 2) ... yang semakin berkurang. 3) Betul. 4) Antara 10-12 cm 5) Kedua-duanya betul. 'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik. | Tatabahasa | 12.11.2015 |
Pengisytiharan. Adalah dengan rasminya diisytihar kanak-kanak TABIKA KEMAS berumur 6 Tahun dalam Parlimen Kuala Krau telah menyempurnakan pengajian bagi sesi 2012 Dan layak dianugerahkan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak. * mohon semak kesalahan atau kesilapan ayat. terima kasih. | Dengan rasminya diisytiharkan bahawa kanak-kanak TABIKA KEMAS berumur 6 tahun dalam Parlimen Kuala Krau telah menyempurnakan pengajian bagi sesi 2012 dan layak dianugerahi Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak. | Tatabahasa | 09.10.2012 |
salam. Saya ingin bertanya, adakah peribahasa , 'tiang kampung' sesuai digunakan untuk menunjukkan sseorang yang berumur panjang.. terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, "tiang kampung" bermaksud orang yang tertua dalam kampung. Untuk makluman, tidak terdapat maksud "seseorang yang berumur panjang" dalam pangkalan data kami. | Makna | 24.01.2013 |