Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam Sejahtera; Saya ingin bertanya tentang penggunaan a) .....belajar dengan sungguh-sungguh b) .....belajar dengan bersungguh-sungguh c) .....belajar bersungguh-sungguh manakah yang betul? Terima kasih. | Andrew, kedua-dua ayat ini - belajar dengan bersungguh-sungguh dan .....belajar bersungguh-sungguh - boleh digunakan tetapi kita kena lihat penggunaannya dalam ayat yang penuh. | Tatabahasa | 26.03.2010 |
Yang manakah satu betul? 1. bersungguh-sungguh belajar / belajar bersungguh-sungguh. 2. berkali-kali menasihatinya / menasihatinya berkali-kali 3. Adakah rumusan berikut terpakai untuk semua frasa keterangan kata kerja? [ frasa adjektif]+kata kerja. Contohnya, bergotong-royong membersihkan, bertungkus lumus memadamkan api, bersungguh-sungguh menyiapkan kerja rumah, dan lain-lain. | Jawapan yang betul ialah belajar bersungguh-sungguh dan menasihatinya berkali-kali. Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut lagi. Unsur keterangan juga berfungsi sebagai frasa adverba. Unsur keterangan hadir sesudah kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek. Dari segi struktur binaannya, unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverba. Contohnya, 1. Kerajaan mengeluarkan kenyataan tentang kenaikan gaji. 2. Sungai Perak mengalir dengan tenangnya. 3. Pemimpin yang sudah berumur itu bercakap perlahan-lahan. 4. Bunga rampai itu berbau sungguh harum. 5. Mereka berjuang bermati-matian. Untuk maklumat lebih lanjut tentang unsur keterangan dalam frasa kerja sila rujuk Tatabahasa Dewan ms. 399-402. | Tatabahasa | 22.03.2011 |
penggunaan tanda baca: a)Kata ibu, "belajarlah bersungguh-sungguh." b)Kata ibu, "Belajarlah bersungguh-sungguh." mana yang betul? terima kasih.. | Struktur ayat yang betul ialah "Belajarlah bersungguh-sungguh." kata ibu. | Tatabahasa | 08.07.2013 |
Adik belajar dengan bersungguh-sungguh. Atau Adik bersungguh-sungguh belajar. | Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun penggunaan ayat bergantung pada konteks dan situasi. | Tatabahasa | 15.02.2010 |
Jika kalian belajar bersungguh-sungguh, kalian ............ berjaya. A.boleh b. dapat C.mesti D.pasti Jawapan mana yang paling tepat? | Jawapan yang paling tepat ialah D.pasti, iaitu Jika kalian belajar bersungguh-sungguh, kali pasti berjaya. | Tatabahasa | 16.08.2010 |
Saya telah dimaklumkan bahawa dengan harus diikuti dengan frasa nama. Bolehkah dengan disusuli kata adjektif ? Contohnya, dengan bersungguh-sungguh, dengan khusyuk. | Sebagai kata sendi nama, dengan di hadapan kata nama atau frasa nama digunakan untuk membawa pelabagai maksud, antaranya cara sesuatu itu dilakukan. Oleh itu ... dengan bersungguh-sungguh ..., atau ... dengan khusyuk ... boleh digunakan. | Tatabahasa | 08.03.2010 |
Setiap kali (bila ditanyakan tentang soal itu) dia pasti tidak menjawabnya dengan bersungguh-sungguh. A.bila bertanya tentang soal itu B.apabila ditanyakan tentang soal itu C.apabila ditanyakan soal itu D.bila ditanyakan tentang soal itu apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan di atas? | Setiap kali apabila ditanyakan tentang soal itu dia pasti tidak menjawabnya dengan bersungguh-sungguh. | Tatabahasa | 31.07.2008 |
1. Adik belajar dengan bersungguh-sungguh di bilik bacaan Atau 2. Adik belajar di bilik bacaan dengan besungguh-ssungguh. | Kedua-dua ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 18.02.2010 |
MAKSUD ILTIZAM | (i) KETERLIBATAN SECARA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN PENUH TANGGUNGJAWAB DALAM MELAKUKAN SESUATU, KOMITMEN. (ii) PENYATAAN BERUPA PERSETUJUAN (PERJANJIAN) YANG MENYEBABKAN SESEORANG (SESUATU PIHAK) TERIKAT (BERAZAM) UNTUK MELAKUKAN SESUATU. | Lain-lain | 02.12.2010 |
Golongan remaja selalu dikaitkan dengan sikap yang tidak bersungguh-sungguh untuk memajukan diri,mementingkan kebendaan,tidak mahu mengembangkan ilmu pengetahuan malah berfikiran cetek.Sejauhmanakah kebenarannya??Berikan pendapat anda. Bagaimanakah jawab soalan ini?? | Bagi menjawab soalan tersebut, tuan dikehendaki menghuraikan idea-idea yang dinyatakan dengan menyertakan bukti dan contoh. Tuan perlu menegaskan kebenaran idea tersebut dengan memberikan pendapat atau idea yang lain. | Lain-lain | 25.10.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| sungguh | 1. Bersinonim dengan benar ( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, ) (adjektif:)
2. Bersinonim dengan sangat ( amat, terlalu, nian, betul, ) (kata tugas:)
3. Bersinonim dengan memang ( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak ayam turun sepuluh, Mati seekor tinggal sembilan; Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh, Akan buat bekalan hari kemudian.
Lihat selanjutnya... |
|