Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan, apakah perbezaan semakin berkurang dan semakin berkurangan. Boleh pihak tuan terangkan cara penggunaannya? Terima Kasih. | Tidak ada perbezaan maksud antara semakin berkurang dengan semakin berkurangan dan kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.07.2011 |
kasih sayang terhadap isterinya semakin kering | semakin berkurang/lenyap | Tatabahasa | 08.05.2007 |
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak DBP mengenai perkataan 'menurun'. Menurut PRPM, 'menurun' bersinonim dengan 1) menjunam: jatuh; 2) susut: berkurang; 3) berpindah kepada: mewarisi; 4) konteks bomoh - bersawai; Adakah salah jika saya menggunakan 'menurun' untuk menggambarkan kadar yang semakin berkurangan bagi penulisan bidang ekonomi/perniagaan/kewangan? Maklum balas daripada pihak Institut Terjemahan Negara mengatakan menurun tidak sesuai digunakan kerana lebih digunakan untuk konteks 'bomoh yang sedang menurun'. | Untuk makluman perkataan menurun telah diterima dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan terbitan DBP (2001) sebagai padanan untuk istilah yang berikut: 1. declines - menurun (Pelaburan) 2. decline rate - kadar menurun (Ekonomi) 3. descending order - susunan menurun (Ekonomi) 4. descending power - kuasa menurun (Ekonomi) 5. falling market - pasaran menurun (Perakaunan, Ekonomi, Perniagaan) Berdasarkan contoh yang diberikan, DBP memang telah menerima istilah menurun dalam bidang ekonomi, perniagaan dan kewangan dan tidak terhad dalam konteks "bomoh yang sedang menurun". | Istilah | 29.08.2012 |
Tuan tolong carikan gantian perkataan : adalah agak berkurangan | Ayat yang betul : Untuk makluman tuan, buat masa ini kedudukan kewangan Majlis agak kurang/berkurang/membimbangkan. | Tatabahasa | 31.10.2007 |
Untuk makluman tuan, buat masa ini kedudukan kewangan Majlis adalah agak berkurangan. | Ayat yang lebih sempurna : Untuk makluman tuan, buat masa ini kedudukan kewangan Majlis agak berkurang /kurang /merungsingkan/ membimbangkan. | Tatabahasa | 31.10.2007 |
Sikap kawannya yang suka mengambil tahu hal orang lain menyebabkan dia berasa luntur untuk menegur kawannya itu. munsyi, luntur wajar digantikan dengan apa? TQ | Luntur bermaksud 1. turun atau berubah warnanya (kain cat, dll): kainnya teguh dan tidak ~; tahan ~ tidak turun warna; 2. berubah, bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dsb): keazaman mereka utk bersatu tenaga tidak ~ walaupun mereka terpaksa menghadapi beberapa halangan; 3. hilang atau berkurang (kasih sayang dsb): kasihnya sudah mulai ~; kejelitaannya mulai ~ apabila umurnya meningkat tua; 4. turun atau menjadi rendah. Nyata, perkataan luntur tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain seperti enggan. Sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak digunakan dan lihat adakah sesuai makna kata tersebut digunakan untuk ayat tersebut. | Makna | 07.02.2012 |
Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di bawah ini, Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus jawapan yang dicadangkan ialah mulus tetapi menurut Kamus Dewan Edisi 4, mulus bermaksud putih bersih, ikhlas, suci murni di mana saya berpendapat tidak sesuai digunakan. | Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus Jawapan yang lebih sesuai ialah kenyal. Menurut Kamus Dewan kenyal bererti; 1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manusia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| kurang | 1. Bersinonim dengan belum cukup ( tidak sampai) (kata tugas:) Berantonim dengan lebih cukup
2. Bersinonim dengan potong ( tolak, diskaun, ) (kata kerja:)
3. Bersinonim dengan tidak berapa ( tidak begitu, tidak cukup, ) (kata tugas:)
4. Bersinonim dengan cacat ( cela) (adjektif:) Berantonim dengan sempurna
| Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan, |
|
|