Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
berjalan lancar atau berjalan dengan lancar? | Berjalan lancar atau berjalan dengan lancar, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 10.03.2010 |
Gabungkan 2 ayat tunggal dengan kata hubung yang diberi. 1)Mereka tidak menaiki bas. Mereka berjalan kaki.(tetapi) a)Mereka tidak menaiki bas tetapi berjalan kaki. b)Mereka berjalan kaki tetapi tidak menaiki bas. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima? | Ayat yang betul ialah "Mereka tidak menaiki bas tetapi berjalan kaki." | Tatabahasa | 09.10.2013 |
sila beritahu penggunaan cepat dan pantas.contohnya, berjalan dengan pantas atau berjalan dengan cepat. Membuat kerja dengan cepat atau membuat kerja dengan pantas.Yang mana satu ayat betul? | Cepat ialah 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah;~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; Pantas pula bermaksud 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; Oleh itu, frasa berjalan dengan cepat/pantas atau membuat kerja dengan cepat/pantas betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 10.07.2010 |
Pergolakan di Indonesia belakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah untuk mengikutinya A sejak belakang ini bergerak sangat laju B belakangan ini bergerak amat cepat C sejak belakangan ini berjalan dengan pantas D belakangan ini berjalan sangat cepat munsyi, apakah jawaban yang paling sesuai dalam ayat ini? TK | Merujuk Kamus Dewan, ayat "Pergolakan di Indonesia belakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah untuk mengikutinya" digunakan kerana berjalan juga boleh merujuk perkembangan sesuatu peristiwa. | Tatabahasa | 15.05.2012 |
YANG MANA BETUL DAN TEPAT: 1. PROSES PENYIAPAN BERJALAN LANCAR 2. PROSES MENYIAPKANNYA BERJALAN LANCAR | Proses persiapan berjalan lancar yang tepat dan betul. Harap maklum. | Tatabahasa | 12.12.2007 |
seiring,beriring | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, seiring bermaksud bersama-sama berjalan, manakala beriring bermaksud berjalan bersama-sama. | Makna | 14.10.2009 |
Tuan, Terima kasih atas jawaban yang diberi. Saya telah merujuk kamus dewan edisi 4 mengatakan bahawa 'berjalan ' membawa maksud 'berlangsung'. kalau demikian 'peperiksaan sedang berjalan' bolehkah diterima sebagai ayat yang gramatis? sekian terima kasih. | Frasa "Peperiksaan sedang berjalan" boleh digunakan sama seperti "Peperiksaan sedang berlangsung", cuma kata berjalan boleh membawa pelbagai maksud dan kata berlangsung maksudnya yang utama ialah diadakan. | Tatabahasa | 29.09.2011 |
Pergolakan di Indonesia belakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah untuk mengikutinya A sejak belakang ini bergerak sangat laju B belakangan ini bergerak amat cepat C sejak belakangan ini berjalan dengan pantas D belakangan ini berjalan sangat cepat munsyi, apakah jawaban yang sesuai. TQ Ada di antara mereka yang inginkan kekayaan dengan cara cepat, mudah terpedaya oleh tipu helahnya. munsyi, adakah inginkan betul dalam ayat ini? TQ | 1. Jawapan yang betul ialah: D belakangan ini berjalan sangat cepat 2. Perkataan "inginkan" adalah salah dalam ayat yang diberikan. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu; i. dalam ayat pasif bagi kata ganti diri nama orang pertama dan orang kedua, contohnya: Rencana-rencana itu saya bukukan. Rumah itu kami dirikan bersama-sama. ii. dalam ayat suruhan, contohnya: Tolong padamkan lampu itu. Harap matikan enjin kereta anda.
| Tatabahasa | 25.03.2012 |
Tuan, Adakah "peperiksaan sedang berjalan" betul? sebab biasanya kita tulis 'peperiksaan sedang dijalankan" Perkataan 'peperiksaan' tidak bernyawa bolehkah kita guna kata kerja kerja aktif 'berjalan'? tolang tuan jelaskan pernyataan tersebut. sekian terima kasih. | Penggunaan label yang betul ialah Peperiksaan sedang berlangsung. Kata 'jalan' (sesuatu yang bergerak) ia, mestilah dipadankan dengan sesuatu/perkara yang kita nampak, tetapi di sini peperiksaan bukanlah perkara yang kita nampak. Jadi perkataan berjalan/dijalankan adalah tidak sesuai. | Tatabahasa | 27.09.2011 |
bagi ayat dia berjalan terhoyong-hayang ke kiri dan kanan, perlu ke kata sendi ke sebelum perkataan kanan, maksudnya dia berjalan terhoyong-hayang ke kiri dan ke kanan, | Puan Jamisah Dalam ayat ini kata sedi ke memang perlu ada bagi tujuan penegasan. | Tatabahasa | 24.03.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| jalan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,
2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,
| Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan, |
|
Puisi |
---|
|
Berjalan kaki menuju ke paya, Singgah sekejap menggali cacing; Wahai tuan saya bertanya, Di mana jari menyarung cincin.
Lihat selanjutnya... |
|