Kata |
Takrif |
Sumber |
bahawasanya | 1. bahawa; 2. bahawa sesungguhnya, sesungguhnya, sebenarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesungguhnya | sebenarnya; sebetulnya: ~ hanya Engkaulah tempat kami meminta pertolongan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sesungguhnya | 1. bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya: ~ dua hari yg lalu, laki-laki perempuan banyak datang menemui dia; 2. memang (begitu), sememangnya: ~ hari telah rembang petang, matahari sudah condong benar ke barat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesungguhnya | sebenarnya; sebetulnya: ~ hanya Engkaulah tempat kami meminta pertolongan. | Kamus Pelajar |
azam I | kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yg sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya): dgn melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan ~nya hendak menambah penghasilan sawah;berazam mempunyai azam, bertujuan (dgn sesungguhnya), bercita-cita kuat (utk melakukan atau mencapai sesuatu): kerajaan ~ hendak meneruskan rancangan pembangunan;mengazamkan mencita-citakan, mahukan (dgn sesungguhnya): utk mencapai cita-cita yg diazamkan;keazaman kemahuan, keinginan yg sangat kuat: Perdana Menteri mengulangi ~ kerajaan utk mempertahankan kedaulatan negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sememangnya | sesungguhnya; sebenarnya: Budak itu ~ nakal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tepatnya | 1. sesungguhnya, betulnya, sahnya; 2. tegasnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sanya | sebenarnya, sesungguhnya: ~lah kata saudara hamba itu; bahawa~ bahawa sesung-guhnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memang | (mémang) sesungguhnya, sebenarnya, sewajarnya, sudah sepatutnya begitu: ~ benar perkataan engkau itu; Zahar ~ selalu datang ke rumahnya; dihitung dr segi agama suaminya ~ berhak beristeri lagi; sememangnya 1. sebenarnya, sesungguhnya: kami ~ berharap utk sehidup semati; 2. sepatutnya, sewajarnya: ia ~ harus bersuka ria dlm keadaan serupa itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebetulnya | sebenarnya, sesungguhnya, nyata: itu ~ begitu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
indeed | 3. (used with very to give extra force to its meaning) sesungguhnya: they will be very happy ~ to see you, mereka sesungguhnya sangat gembira bertemu dgn kamu; he works very hard ~, dia sesungguhnya bekerja sangat kuat; thank you very much ~, terima kasih banyak-banyak; 4. truly, positively, benar-benar, sungguh: it is a sad day ~ for our country, hari ini merupakan hari yg benar-benar sedih bagi negara kita; 5. admittedly, memang: he is ~ the better of the two, antara kedua-duanya, dia memang lebih baik; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
backwater | n 1. pool of still water, air mati, air yg tdk mengalir; 2. intellectually stagnant, a. (place ), (tempat yg) sudah mati: this town is a real ~, bandar ini sesungguhnya sudah mati; b. (condition) /ketandusan, kebekuan/ intelek: an intellectual ~, ketandusan intelek; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
conscience | he gives the impression of having no ~ at all, dia memberikan gambaran bahawa dia sama sekali tdk mempunyai hati nurani; she seems to have no ~ about cheating, dia nampaknya tdk berasa bersalah melakukan penipuan; have st on os ~, mengganggu hati nurani sso: he seems to have st on his ~, nampaknya ada sst yg mengganggu hati nuraninya; in all ~, (fml) sesungguhnya: I cannot, in all ~, accept your money, sesungguhnya saya tdk dapat menerima wang kamu; prick sos ~, menyebabkan sso berasa bersalah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
usl?b ?l-??k?m | usl?b ?l-??k?m | Kesusasteraan | Tiada | Jawapan yang tidak menjawab soalan yang diajukan. Jawapan ini mengandungi keterangan yang melebihi soalan dan bertujuan untuk menyatakan maklumat atau butir bicara yang lebih penting dan berfaedah. Hal ini menunjukkan kata-kata yang diungkapkan itu padat dengan gaya bahasa yang indah walaupun ringkas. Contohnya seperti firman Allah SWT dalam Sur?h ?l-B?q?r?h, ayat 215: Ertinya: Mereka bertanya kepadamu yang (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Dalam ayat di atas, orang-orang mukmin bertanyakan Rasulullah SAW tentang harta yang sepatutnya dinafkahkan oleh mereka. Rasulullah SAW menjawab dengan menerangkan cara-cara melakukan nafkah (berbelanja), bertujuan untuk menyatakan penjelasan tersebut adalah lebih penting daripada menjawab soalan yang dikemukakan. usl?b al-?ak?m dalam bahasa Arab bermaksud cara pengolahan oleh si bijaksana. Usl?b ?l-??k?m dikenali juga sebagai ?l-Q?wl bi ?l-m?wjb. Lihat juga ilmu ?l-b?d?. |
haiku | haiku | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis puisi lirik Jepun yang ditulis dalam tiga baris, terdiri daripada 17 suku kata, iaitu lima suku kata pada baris pertama dan ketiga, serta tujuh suku kata pada baris kedua. Haiku bermula pada abad ke-16 dan berkembang maju di bawah pengaruh Matsuo Basho, penyair haiku terkenal Jepun. Matsuo menghasilkan karyanya sewaktu beliau berkelana dan bermeditasi. Haiku menampilkan fenomena atau unsur alam yang konkrit. Unsur ini menyarankan pengalaman dan realiti noumena yang abstrak. Haiku yang berjaya ialah haiku yang dapat menampilkan unsur keabadian dan unsur kesementeraan secara serentak dan harmonis. Contohnya, Haiku Katak oleh Basho yang amat terkenal dan telah diterjemahkan oleh Amir hamzah adalah seperti yang berikut: Paya tua beradu cendera, Tersingkir, sunyi, katak terjun, plung. Karya haiku lazimnya membangkitkan suatu kesan yang sublim dengan kesan rasa seperti wabi (kedaifan), sabi (kesafian) dan aware (kesementaraan) dalam kehidupan. Dalam haiku di atas, penghayatan terhadap kolam tua (dengan imej keabadian) yang ditampilkan seiring dengan gangguan lompatan katak menimbulkan kesan rasa kedaifan, kesepian dan kesementaraan. Sesungguhnya, haiku amat rapat dengan fahaman Zen Buddhism, dan haiku dianggap sebagai suatu cara untuk kembali kepada alam. Selain Basho, penyair haiku yang tersohor ialah Issa dan Buson. Di luar Jepun, haiku mempengaruhi penyair Barat, khususnya penyair imagis seperti Ezra Pound pada abad ke-20. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
adaipen I | sesungguhnya; 2 (oleh) kerana; sebab. | Iban | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
gendang balai MSb | beduk, tabuh. | Sesungguhnya, bukan Zul tidak sedar. Setiap kiraan nombor itu jelas terbayang di ruang matanya. Bunyi kiraan itu seperti rentak paluan gendang balai yang dibunyikan ketika jenazah dimandikan. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nunuk ragang Kd | sejenis pokok kayu ara merah. | Sesungguhnya, keharmonian kehidupan orang-orang Dusun yang membina tujuh buah pondok yang berukuran dua puluh empat kaki persegi setiap satu di bawah pohon ara atau nunuk ragang itu, bagaikan wujud dalam impiannya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
amboyat, *ambuyat* Bs, Mr | sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung sagu yang dimasak menggunakan air panas. | Sesungguhnya, memang Paring sedar. Dia masih sayangkan anak-anaknya. Malah semakin hari semakin kental. Sekental amboyat. Namun, anak-anaknya kini sudah dewasa. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb menggambarkan kematangan kedua-dua organisasi ini untuk mengorak langkah bagi menyatukan dua buah negara yang berjiran melalui sesi bengkel perkamusan yang bersifat akademik, dan sekali gus melalui penerbitan kamus ini. Sesungguhnya kelahiran kamus ini sangat bermakna bagi negara Malaysia dan Thailand, khususnya apabila melibatkan hubungan dua hala antara kedua- dua buah negara dalam bidang pendidikan. Saya percaya penerbitan kamus ini akan dihadapi dalam penyusunan kamus ini. Oleh sebab bahasa Thai dan bahasa Melayu tergolong dalam dua keluarga bahasa yang berbeza, maka terdapat perbezaan bentuk, nilai dan budaya penutur kedua- dua bahasa. Sesungguhnya perbezaan ini menyulitkan kami mencari padanan bagi sesuatu kata entri bahasa Thai. Kes satu kata Thai yang mempunyai Kamus Thai 2.indb 12 4/15/2008 10:58:37 AM
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sesungguhnya | [se.sung.guh.nya] | سسوڠݢوهڽ |
|
Tesaurus |
---|
| sungguh | 1. Bersinonim dengan benar ( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, ) (adjektif:)
2. Bersinonim dengan sangat ( amat, terlalu, nian, betul, ) (kata tugas:)
3. Bersinonim dengan memang ( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan, |
|
|