Kata |
Takrif |
Sumber |
sejahtera | bebas drpd segala macam kesusahan dll; aman sentosa dan makmur; selamat: Semoga kita semua dpt hidup ~ sepanjang masa. | Kamus Pelajar |
sejahtera | kesejahteraan keadaan sejahtera; keamanan dan keselamatan; ketenteraman: Kita mestilah berusaha utk mendapat ~ di dunia dan di akhirat. | Kamus Pelajar |
sejahtera | aman dan makmur, senang dan ten-teram, terpelihara drpd bencana (kesusahan, gangguan, dll): moga-moga kita dapat hidup dlm ~; selamat ~; menyejahterakan menjadikan sejahtera, mengamankan, menyelamatkan: Ya Tuhan-ku, sejahterakanlah Laksamana itu; kesejahteraan keselamatan, kesenangan (hidup dll), kesentosaan, ketenteraman: manusia mesti bekerja keras utk mendapat ~ di dunia dan di akhirat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sejahtera | bebas drpd segala macam kesusahan dll; aman sentosa dan makmur; selamat: Semoga kita semua dpt hidup ~ sepanjang masa. kesejahteraan keadaan sejahtera; keamanan dan keselamatan; ketenteraman: ~ di dunia dan di akhirat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sentosa | aman dan tenteram, bebas drpd segala bencana, sejahtera, selamat: pd masa itu negeri Melaka pun dlm ~nya, dan dagang pun terlalu banyak keluar masuk; bersentosa berada dlm keadaan aman dan tenteram (sejahtera, mewah, dll), berbahagia; menyentosakan menjadikan sentosa (sejah-tera), mengamankan; kesentosaan perihal sentosa, keamanan, ke-sejahteraan, ketenteraman: mereka menyan-jung tinggi Presiden mereka yg telah me-mimpin negara mereka ke arah ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selamat | 1. terpelihara atau terhindar drpd bencana, terlepas drpd bahaya: tidak ~ berdiri tegak di dlm perahu yg kecil; ~ dr nahas jalan raya; 2. aman sentosa, sejahtera, tidak mendapat apa-apa gangguan: si kecil berasa ~ di dlm pelukan ibunya; 3. ucapan atau doa dgn harapan supaya sejahtera (terhindar drpd segala bencana, sampai hajat, dll) atau sbg tanda bersyukur: ketiga-tiga ratu itu pun me-nyuruh penggawanya membawa persembah dan memberi ~ akan baginda sesudah ber-putera; doa ~; kenduri ~; 4. harapan supaya aman sentosa (sejahtera dll) yg diucapkan sbg tegur sapa (salam): ~ datang; ~ jalan; ~ malam dll; berselamat mengucapkan kata-kata sapaan spt selamat pagi atau selamat petang kpd seseorang: tidak pernah aku ~ pagi kepada-nya; menyelamati ark mengadakan kenduri utk; menyelamatkan 1. menjauhkan bencana (bahaya dll) drpd seseorang dll, mengusahakan (melindungi dsb) supaya selamat: berlari dan berterjunanlah orang-orang Cina itu ~ diri masing-masing; sangatlah sukar hendak ~ bangunan yg terbakar manakala angin yg kencang sedang bertiup-tiup; 2. menjimatkan wang (waktu, tenaga) supaya tidak terbuang dgn sia-sia: berfikirlah dahulu sebelum melaku-kan sesuatu supaya masa dan tenaga dapat diselamatkan; 3. mengebumikan (mayat): mayat orang mati itu telah diselamatkan; 4. meng-adakan kenduri utk, menyelamati; terselamat terhindar atau terpelihara drpd bencana (bahaya dll), (telah) dijauhi drpd sebarang kecelakaan: saya sedia perhamba-kan diri asalkan saya ~ drpd pengkhianat-pengkhianat itu; selamatan kenduri utk mendapat selamat: tidak lama lagi ia akan mengadakan ~ di rumahnya; berselamatan 1. mengadakan kenduri (selamatan); 2. ark saling mengucap selamat; keselamatan perihal selamat, kesejahteraan, keamanan: saya memang selalu menjaga ~ seseorang yg berkerabat dgn saya; ~ dlm negeri; penyelamatan perbuatan (usaha dsb) menyelamatkan; penyelamat orang yg menyelamatkan: se-karang saya telah menjadi isterinya, dan ia telah mengaku akan menjadi ~ bukan perosak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akar sejahtera | sj tumbuhan (pokok me-manjat), akar guih, akar jangat, akar sekuit, Spatholobus ferrugineus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyejahterakan | menjadikan sejahtera, mengamankan, menyelamatkan: Ya Tuhan-ku, sejahterakanlah Laksamana itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesejahteraan | keadaan sejahtera; keamanan dan keselamatan; ketenteraman: Kita mestilah berusaha utk mendapat ~ di dunia dan di akhirat. | Kamus Pelajar |
salam I | 1. sejahtera (dlm kata majmuk), damai; 2. (pemberian) hormat, (penyataan) hormat: baginda duduk di atas kuda, melambai-lambai membalas ~ rakyat baginda; ~ takzim salam dan hormat; berjabat ~ ber-jabat tangan; memberi ~ mengucapkan kata hormat (spt assalamualaikum dsb); bersalam berjabat tangan: ia telah dikerumuni oleh orang-orang yg ingin ~ dengannya; bersalaman, bersalam-salaman saling ber-tukar salam (berjabat tangan): kami ~ sambil bertukar senyum; menyalami bersalam dgn: dia ~ lelaki tua itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
but | pron yg tidak: theres nobody ~ wishes you well, tak seorang pun yg tidak mengharapkan puan selamat sejahtera. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
best | (all) for the ~, a. with good intentions, dgn /niat, tujuan/ baik; b. desirable in the end, rupa-rupanya mendatangkan kebaikan akhirnya; all the ~, selamat /sejahtera, maju jaya/; at ~, paling + approp adj: at ~ we can finish the project at the end of next year, paling cepat kami dapat menyelesaikan projek ini pd akhir tahun hadapan; pd /puncaknya, tahap kecemerlangannya/; at os ~, paling /bagus, baik/; at the ~ of times, dlm keadaan yg paling baik; do os (level) ~, /berusaha, mencuba/ /seboleh-bolehnya, sedapat-dapatnya/; /get, have/ the ~ of (it) mendapat /kemenangan, kejayaan/, menang: he had the ~ of the fight with his opponent, dia mendapat kemenangan dlm pertarungan dgn lawannya; the Trade Union was having the ~ of it in the dispute, Kesatuan Sekerja mendapat kemenangan dlm pertikaian itu; make the ~ of, /mengambil manfaat dr, memanfaatkan/ [sst] dgn sebaik-baiknya: to make the ~ of os opportunities, mengambil manfaat dr kesempatan yg ada dgn sebaik-baiknya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
political ideology | ideologi politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman atau pegangan sesuatu kelompok berasaskan satu sistem pemikiran yang tersusun bagi membina kehidupan yang sejahtera. Fahaman ini mempunyai satu matlamat yang unggul dan kaedah yang terperinci untuk mencapai matlamat tersebut. Ideologi ini mempengaruhi budaya, sistem politik, ekonomi dan pendidikan masyarakat serta turut melahirkan berbagai-bagai program dan perancangan untuk mencapai sesuatu matlamat. Konsep ideologi berasal daripada dua gabungan istilah iaitu idea dan logik atau idea yang logik. Contohnya, demokrasi, sosialisme, komunisme, fasisme dan konservatisme. Sinonim ideologi. |
communism | faham komunis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemikiran yang ideal dan sempurna berhubung dengan kehidupan bernegara dan bermasyarakat yang terbentuk tanpa institusi pemerintahan, undang-undang dan struktur masyarakat berstrata. Pemikiran atau fahaman materialistik ini dicetuskan oleh Karl Marx berhubung dengan sebuah kehidupan dan negara yang adil serta sejahtera bagi semua golongan masyarakat. Dalam negara komunis, masyarakat hidup secara harmoni dan tidak ada persaingan kelas kerana semua anggota masyarakat dianggap sama statusnya. Konsep harta persendirian dan pemilikan individu dihapuskan untuk mengelakkan unsur miskin kaya dalam sistem ini. Sinonim komunisme. |
pastoral | pastoral | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang menonjolkan citra yang berhubung dengan kehidupan masyarakat desa yang aman dan tenteram. Contohnya, puisi "Rumah Kecil" dalam antologi Bunga Gerimis karya Darma Mohamad. Rumah kecil menganugerahkan damai terasa basah dan sejuknya udara berkisar antara gunung dan bukit negara menjadi tunjang kenikmatan dan sejahtera |
anarchy | anarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | 1. Keadaan sesebuah masyarakat yang kacau-bilau, tidak wujud kerajaan dan undang-undang untuk mengawal negara tersebut. Keadaan ini berlaku apabila wujudnya konflik politik di kalangan pemimpin atau kegagalan sesebuah kerajaan mentadbir negara. Contohnya, negara Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein. 2. Konsep masyarakat yang berasaskan kepada kerjasama secara sukarela dan individu yang bebas dalam mengatur hubungan sosial sesama anggota masyarakat. Masyarakat sebegini tidak memerlukan undang-undang, pemerintah dan juga autoriti. Dalam erti kata lain, konsep ini menerangkan keadaan masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Konsep ini digunakan dalam konteks falsafah politik. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sejahtera | aman [aman] | Melanau Dalat | |
sejahtera | sanang, tantaam. | kedayan | |
baik II | 1 aman; damai; sejahtera: enti menoa ~ rayat nyamai diau kalau negeri aman rakyat hidup senang: orang ~ orang yg cintakan damai (suka bersahabat); 2 tenang (air): tasik ~ laut yang tenang; | Iban | |
Kamus Thai 2.indb di bawah naungan pokok mangga. ร ่ มชูชีพ [-cu:ci :p] น paracut, payung terjun ร ่ มไม ้ [-mai] น naungan pokok ร ่ มเย็น [-yen] ว aman, sejahtera: หลังจาก ปัญหานั้ นได ้ รับการแก ้ ไขชาวบ ้ านก็ใช ้ ชีวิตอย ่ าง ร ่ มเย็น Setelah masalah itu diselesai- kan, orang kampung pun dapat hidup dengan aman. รวก [ruak
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sejahtera | [se.jah.te.ra] | سجهترا |
|
Tesaurus |
---|
| sejahtera (adjektif) | Bersinonim dengan aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa, selamat;, | | Kata Terbitan : menyejahterakan, kesejahteraan, |
|
|