Kata |
Takrif |
Sumber |
borong | secara keseluruhan atau besar-besaran (jual beli, pekerjaan, dll); jual ~ jual keseluruhannya; pedagang ~ orang yg berdagang secara besar-besaran (bukan pedagang runcit); memborong 1. membeli keseluruhannya atau secara besar-besaran: diborongnya habis segala barang dagangan yg datang dr negeri China; 2. melakukan pekerjaan secara keseluruhan hingga selesai: ~ pembuatan jalan;memborongkan 1. menjual keseluruhannya: hasil kebun telah diborongkannya kpd seorang saudagar Cina; 2. memberi pekerjaan kpd seseorang utk dikerjakan seluruhnya: pembangunan gedung ini diborongkan kpd orang yg telah memasukkan tawaran; borongan 1. pembelian (penjualan dll) secara keseluruhan: barang ini tidak dijual satu persatu tetapi ~; 2. pekerjaan dll yg diborongkan: nilai pekerjaan mesti menurut ketentuan dlm perjanjian ~, kalau tidak bangunan itu dirombak kembali; pemborongan perihal atau perbuatan memborong(kan);pemborong 1. orang yg membeli keseluruhannya atau secara besar-besaran: hasil kebun itu dijualnya kpd seorang ~; 2. orang yg melakukan pekerjaan keseluruhannya: kontrak mendirikan bangunan itu diberikan kpd seorang ~ Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
am | secara keseluruhan atau hampir seluruhnya; umum; tidak khas: pengetahuan ~ pengetahuan ttg berbagai-bagai perkara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
am | secara keseluruhan atau hampir seluruhnya; umum; tidak khas: pengetahuan ~ pengetahuan ttg berbagai-bagai perkara. | Kamus Pelajar |
penduaan(duplication) | Tindakan menyalin secara keseluruhan kandungan dan bentuk sesuatu dokumen atau cakera. | Kamus Komputer |
borongan | 1. pembelian (penjualan dll) secara keseluruhan: barang ini tidak dijual satu persatu tetapi ~; 2. pekerjaan dll yg diborongkan: nilai pekerjaan mesti menurut ketentuan dlm perjanjian ~, kalau tidak bangunan itu dirombak kembali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebangsaan | 1. yg berkaitan dgn negara secara keseluruhan, nasional: semangat ~; 2. dipilih utk melambangkan keperibadian sesebuah negara spt bahasa, pakaian, dsb: pakaian ~; bunga ~; bahasa ~; 3. yg dicipta khas utk dinyanyikan sbg menyatakan taat setia kpd negara: lagu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memasalahkan, mempermasalahkan | menjadikan sbg masalah, memberi perhatian kpd (menganggap sbg) suatu masalah: ~ dunia adalah kehidupan; mereka tidak mempermasalahkan gejala korupsi secara keseluruhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umum I | 1. secara keseluruhan (tidak pd atau mengenai yg tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lwn khusus (khas): perbualan kami bersifat ~ belaka; penjelasan emaknya itu terlalu ~ dan tidak dapat meredakan kegelisahan-nya; pemandangan ~ pemandangan mengenai keseluruhan soal; pd ~nya pd keseluruhannya, ghalibnya, kebiasaannya; 2. khalayak ramai, orang banyak (bukan orang atau golongan tertentu sahaja): sebagaimana yg diketahui ~, di negeri ini cuma ada empat buah akhbar yg menyebarkan siarannya dlm Bahasa Kebangsaan; kepentingan ~ kepen-tingan orang banyak, kepentingan semua orang (tidak terbatas kpd orang atau golongan tertentu); rapat ~ rapat utk orang ramai; 3. berkaitan dgn orang ramai, utk orang ramai; pilihanraya ~ pemilihan (dgn cara mengundi) yg dilakukan oleh semua orang; rumah sakit ~ rumah sakit utk sekalian orang (bukan utk orang tertentu sahaja); 4. sudah diketahui oleh orang banyak, bukan merupakan rahsia lagi, sudah tersiar ke mana-mana: cerita itu sudah ~, tidak perlu diceritakan lagi; 5. biasa terdapat (digunakan dll) di mana-mana, sudah lazim, tidak asing lagi: sudah banyak perkataan Indonesia yg ~ dipakai di sini; seumumnya 1. sekaliannya, seluruhnya, semuanya: pendeknya perkara-perkara yg bersangkut-paut dgn kepentingan kebangsaan ~ diserahkan kpd kerajaan pusat; keten-teraman yg amat dihajati oleh manusia ~; 2. pd kebiasaannya, pd lazimnya, pd umum-nya; mengumumkan 1. memberitahu kpd orang ramai, memaklumkan, menyerantakan: beliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan diadakan menerusi televisyen; 2. menyiarkan (dlm akhbar dll), menyebarkan: keputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan di-umumkan dlm akhbar-akhbar tempatan; 3. menjadikan umum, menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan; keumuman perihal (sifat dsb) umum, sifat menyeluruh (tidak khusus kpd sesuatu): ~ dan kekhususan tiap-tiap satu kemahiran itu tidak sama; ~ fasal-fasal yg terkandung dlm syarat-syarat dan peraturan-peraturan itu; pengumuman 1. perihal (perbuatan dsb) mengumumkan, pemberitahuan kpd orang ramai, pemakluman: kerajaan dijangka akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi; 2. yg diumumkan: ~ dlm akhbar itu ringkas sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
borong | secara keseluruhan atau secara banyak-banyak (biasanya ttg jual beli atau pekerjaan); tidak secara runcit atau tidak berdikit-dikit: membeli ~ membeli semuanya sekali; pasar ~ pasar tempat menjual barang-barang secara borong. memborong 1 membeli semuanya sekali; membeli secara borong: Syarikat Syamelin telah ~ kelapa dr beberapa daerah di Selangor. 2 membuat sesuatu pekerjaan kesemuanya hingga selesai: Syarikat mana yg ~ pembinaan jambatan itu? memborongkan 1 menjual sesuatu banyak-banyak: Kaum nelayan di kampung itu ~ semua hasil tangkapan mereka kpd seorang peraih. 2 memberikan pekerjaan dsb kpd seseorang atau syarikat utk diselesaikan seluruhnya: Kerajaan negeri telah ~ pembinaan bangunan pejabat itu kpd syarikat asing. pemborongan perbuatan (cara dsb) memborong atau memborongkan. pemborong 1 orang yg membeli secara banyak-banyak atau keseluruhannya. 2 orang (syarikat dsb) yg membuat sesuatu pekerjaan hingga selesai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memborong | 1. membeli keseluruhannya atau secara besar-besaran: diborongnya habis segala barang dagangan yg datang dr negeri China; 2. melakukan pekerjaan secara keseluruhan hingga selesai: ~ pembuatan jalan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
holistic approach | pendekatan holistik | Perubatan | Psikiatri | Langkah yang diambil dalam perawatan pesakit secara keseluruhan, termasuk faktor fizikal, mental, sosial dan penyakit yang didiagnosis. |
national income account | akaun pendapatan negara | Ekonomi | Tiada | Penyata tingkat pendapatan dan keluaran sesebuah negara secara keseluruhan dalam satu jangka masa tertentu. Ukuran pendapatan yang paling kerap digunakan ialah keluaran negara kasar (KNK) atau keluaran dalam negara kasar (KDNK). Akaun pendapatan negara mencatatkan anggaran KNK, KDNK, dan butiran lain yang menentukan KNK dan yang berkaitan dengan kedua-dua ukuran itu. |
Act of State | Tindakan Negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan yang diambil oleh pemerintah bagi melindungi kepentingan negara dan warganya secara keseluruhan seperti kedaulatan, pembangunan ekonomi, keselamatan, hak rakyat dan sebagainya. Tindakan negara lazimnya diisytihar oleh ketua kerajaan atau ketua negara. Contohnya, pengisytiharan Presiden Bush untuk menyerang Iraq pada tahun 2003 bagi mempertahankan ancaman keganasan terhadap warga Amerika Syarikat merupakan satu bentuk Tindakan Negara. Begitu juga pengumuman yang dibuat oleh Presiden Saddam Hussein untuk mempertahankan negara Iraq daripada serangan Amerika Syarikat. |
vegetable drug | drug tumbuhan/dadah nabati | Herba | Tiada | Bahan tumbuhan yang digunakan untuk tujuan perubatan. Drug tumbuhan atau sediaannya dianggap sebagai bahan aktif secara keseluruhan tanpa mengira sama ada kandungan terapeutiknya diketahui atau tidak. Contoh drug tumbuhan ialah bahan daripada tongkat ali, kacip fatimah, pegaga dan misai kucing. |
absolute error | ralat mutlak | Sains Sukan | Biomekanik | Ralat perlakuan yang mengambil kira magnitud kesilapan yang telah berlaku. Ralat mutlak dalam biomekanik melibatkan pengukuran ketepatan prestasi motor secara keseluruhan. |
cognitive stage | peringkat kognitif | Sains Sukan | Biomekanik | 1. Peringkat keupayaan motor pada tahap awalan atau tahap kemahiran rendah. Pada peringkat ini, atlet mula mempelajari kemahiran-kemahiran dalam sukan dan akan cuba mengenal pasti secara keseluruhan konsep kemahiran motor. Mereka akan mengumpul sebanyak mungkin maklumat daripada persekitaran latihan atau permainan, kemudiannya diubah suai mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing. 2. Pencapaian kemahiran motor peringkat permulaan berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner. |
phenogram | finogram | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Salah satu daripada jenis dendrogram. Setiap takson mempunyai panjang cabang yang tidak sama. Nod luar bagi setiap takson berada pada paras yang sama untuk menggambarkan persamaan antara mereka secara keseluruhan dan tidak menggambarkan hubungan evolusi. Pepohon ini digunakan untuk menggambarkan persamaan takson dalam satu kelompok tanpa mengambil kira hubungan evolusi. |
general equlibrium analysis | analisis keseimbangan umum | Ekonomi | Tiada | Analisis yang melihat sebuah ekonomi secara keseluruhan dan menyiasat bagaimana harga dan kuantiti keseimbangan bagi barang-barang dan perkhidmatan ditentukan secara serentak dalam ekonomi. Sekiranya sebuah ekonomi dibahagikan kepada beberapa pasaran, maka analisis keseimbangan umum akan mengambil kira hubung kait antara pasaran itu dalam menentukan keseimbangan kesemua pasaran tersebut secara serentak. |
utopian socialism | faham sosialis utopia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman berasaskan kepada konsep masyarakat yang memiliki alat pengeluaran. Keadaan ini boleh dicapai apabila masyarakat menyerahkan harta dengan sukarela dan ini bermakna setiap ahli masyarakat dapat memiliki harta. Pemikiran ini mengutamakan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan. Fahaman ini dinamakan utopia kerana hanya berada di peringkat pemikiran semata-mata. Contoh sarjana yang mengamalkan fahaman ini ialah Saint Simon, Charles Fourier dan Robert Owen. Sinonim sosialisme utopia. |
youth movement | pergerakan belia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pergerakan golongan muda yang melambangkan perubahan dan pembaharuan. Gerakan ini dianggotai oleh sekumpulan remaja sehingga orang dewasa dan tidak melibatkan golongan pemerintah. Gerakan ini boleh juga dilihat dalam bentuk gerakan bukan kerajaan (NGO) atau sebagai belia secara keseluruhan. Gerakan ini sentiasa sensitif dalam mengawasi perjalanan pemerintahan kerajaan dan boleh menjadi pemerhati kepada kerajaan. Contohnya, Gerakan Belia 4B, ABIM, GPMS dan Majlis Belia Malaysia. |
Kamus Sains.indb setentang dengan himenium. (BIO) abiocoen (abiosen) Unsur bukan biotik dalam sesuatu habitat. (BIO) A Kamus Sains.indb 1 7/8/08 11:44:02 AM 2 abiogenesis (abiogenesis) Penjanaan hidupan secara spontan. Proses ini dijangka berlaku secara ber- ansur-ansur selama beribu-ribu tahun, apabila benda bukan hidup berubah se- cara berperingkat untuk membentuk benda hidup. (UBAT) abiotic (abiotik) Berkaitan dengan sesuatu yang bukan hidup. Contohnya, faktor
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Pustaka 2011 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti Len Adleman. Kerahsiaannya berdasarkan cabang matematik teori nombor, iaitu teori Eular dan teori Fermat yang menggunakan ciri nombor perdana. Panjang kekunci RSA yang biasa ialah 1024 bit dan akan bertambah secara gandaan kuasa dua. algoritma tandatangan digital (Ig. digital signature algorithm (DSA); Br. algoritma tandatangan digital (DSA); Id. algoritma tandatangan digital (DSA)) Algoritma kriptografi tak simetri yang menghasilkan tanda- tangan digital
|
Kamus Thai 2.indb ของวงเวียนมหาวิทยาลัย Menara jam ter letak di pusat bulatan universiti. จุดศูนย ์ ถ ่ วง [-suntua] น pusat gra viti: อิเล็กตรอนหมุนรอบจุดศูนย ์ ถ ่ วงของ อะตอม Elektron berkisar pada pusat graviti keseluruhan atom. จุดสุดยอด [-suty:t] น kemuncak: การ ตายของโรมิโอและจูเลียตเป็นจุดสุดยอดของ ละครเรื่ องนี้ Kematian Romeo dan Juliet merupakan kemuncak drama ini. จุดสูงสุด [-su:sut] น kemuncak: จุดสูงสุด ของความใฝ ่ ฝันของนักการเมืองคือตำแหน ่ ง งครึ่ ม [co:krm] ว terang-terang: ดาราชื่ อดังคนนั้ นจูงมือหญิง สาวคนหนึ่ งไปไหนด ้ วยกันอย ่ างโจ ่ งครึ่ ม Pelakon yang terkenal itu memimpin seorang ga dis ke sana-sini secara terang-terang. โจท, โจทย ์ [co:t] น soalan matematik โจทก ์ [co:t] น 1 (อาญา) pendakwa 2 (แพ ่ ง) plaintif โจน [co:n] ก menerjah โจมตี [co
|
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
gerhana | eclipse | Fenomena yang berlaku apabila bumi atau bulan terlindung daripada cahaya matahari sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya. | Sekolah Rendah |
gas | gas | Jirim yang zarahnya bergerak bebas secara rawak, terpisah antara satu sama lain, mengisi keseluruhan ruang bekas dan dapat dimampatkan dengan mudah. Daya tarikan antara zarah-zarah ini adalah sangat lemah. | Menengah Rendah |
mutasi kromosom | chromosome mutation | Perubahan kepada struktur atau bilangan kromosom. Sebahagian atau keseluruhan set kromosom berubah struktur secara penggandaan, pelenyapan, penyongsangan atau translokasi. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| seluruh (kata tugas) | Bersinonim dengan segala, sekalian, seluruh, semua, sarwa, para, segenap, serbi, semesta, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;, | | Kata Terbitan : menyeluruh, menyeluruhi, keseluruhan, |
|
|