Kata |
Takrif |
Sumber |
membolosi | menembusi: apabila negara dicerobohi dan dibolosi pengaruh-pengaruh luar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peka | (péka) 1. sl tidak lengah (lalai); 2. lekas berasa (sesuatu), lekas bergerak balas terhadap pengaruh-pengaruh luar, rangsang (mata, kulit, saraf, dll), mudah bergerak (timbangan neraca), sensitif: alat yg amat ~ yg boleh mengukur satu persepuluhan juta tenaga nyamuk; labah-labah mempunyai sesungut yg ~ terhadap sentuhan; 3. menyedari (dgn sesungguhnya) dan menghayati sesuatu, sensitif: kita harus ~ terhadap perkembangan semasa di negara kita; pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Islam ~ terhadap karangan ulama-ulama besar; memeka menghiraukan, mempedulikan; kepekaan perihal peka (mudah berasa, mudah atau cepat bergerak balas, menyedari, dan menghayati sesuatu): cara ini boleh mengurangkan ~ mata terhadap cahaya yg terlalu terang; ~ perancangan bahasa adalah penting supaya penilaian ini membawa erti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekotaan | seakan-akan (terikut-ikut) gaya atau keadaan kota, berlagak (berkelakuan) spt orang di kota, yg memperlihatkan unsur-unsur atau pengaruh-pengaruh kehidupan dikota (di bandar): mereka mengambil sikap ~ yg sama spt keadaan yg terdapat dlm zaman penjajahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bolos II | Jk 1. tidak masuk sekolah (kerja dll): sudah dua hari ia ~ tetapi orang tuanya tidak tahu; 2. melepaskan diri, melarikan diri: dgn kawalan semacam ini, seorang tahanan pun tidak dapat ~;membolosi menembusi: apabila negara dicerobohi dan dibolosi pengaruh-pengaruh luar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengembang | orang yg mengembangkan (memperluas pengaruh dsb): pengaruh drpd kesan tatabahasa Melayu tradisional menjadi amat kuat dgn Zaba sbg ~nya; ~ agama orang yg mengembangkan agama (dgn menyebarkan ajarannya dan menambah bilangan penganutnya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengembangkan pengaruh | meluaskan pengaruh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengaruh | kuasa yg terbit drpd orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yg meninggalkan kesan pd orang (lain) dll: ia masih memikirkan tentang ~ wang kpd seluruh manusia dan seluruh dunia; berpengaruh mempunyai pengaruh, berkuasa: Dato Ujang bukanlah sebarang orang, ia berharta dan ~; kesusasteraan dan seni tampak bentuk tradisional terus ~ di Malaysia; mempengaruhi berpengaruh atas, menggunakan pengaruh kpd, menguasai: kedua-dua kaum itu berlumba-lumba berikhtiar utk ~ umat Arab ke pihak masing-masing; pengaruh-mempengaruhi saling mempengaruhi: ~ menyebabkan pertimbangan utk pelantikan itu menjadi kacau dan menyeleweng; terpengaruh kena pengaruh, dipengaruhi, dikuasai: ~ oleh prasangka; ~ oleh kata-kata manis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengaruh-mempengaruhi | saling mempengaruhi: ~ menyebabkan pertimbangan utk pelantikan itu menjadi kacau dan menyeleweng; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengaruh | (Fiz) induktor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sejagat(global) | 1. Kenyataan untuk memberitahu sistem suatu pemboleh ubah, rutin, atau prosedur mempunyai pengaruh di semua kawasan atur cara. 2. Sifat peranti yang mempunyai pengaruh pada keseluruhan sistem. | Kamus Komputer |
Kata |
Takrif |
Sumber |
bastardize, bastardise | vt 1. corrupt, mencemarkan: foreign influences have ~d the language, pengaruh-pengaruh asing telah mencemarkan bahasa itu; 2. render, declare illegitimate, menjadikan [sso] /anak luar nikah, anak haram/; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
formative | adj 1. tending to form, pembentuk: the ~ influences in a childs life, pengaruh-pengaruh pembentuk dlm kehidupan kanak-kanak; 2. pertaining to formation, pembentukan: a childs ~ years, tempoh pembentukan seorang kanak-kanak; 3. (gram.) formatif; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
clout | n (colloq) 1. pukulan; 2. (fig.) pengaruh: political ~, pengaruh politik; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
influence | n pengaruh: my father refused to use his ~ to get me a job, bapa saya enggan menggunakan pengaruhnya utk mendapatkan pekerjaan bagi saya; is it true she has great ~ over her students?, benarkah dia mempunyai pengaruh yg kuat atas murid-muridnya?; Russia still has some ~ in the area, Rusia masih mempunyai pengaruh di kawasan itu; the ~ of religion on society, pengaruh agama thdp masyarakat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
influence | environment has a great ~ on a persons character, persekitaran mempunyai pengaruh yg besar thdp perilaku sso; he is a bad ~ on the class, dia membawa pengaruh yg buruk kpd rakan-rakan sedarjahnya; they were under the ~ of drugs when they committed the crime, mereka di bawah pengaruh dadah semasa melakukan jenayah itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
impingement | n 1. influence, pengaruh: the social changes caused by the ~ of western ideas on Asian life, perubahan sosial akibat pengaruh idea barat thdp kehidupan orang-orang Asia; 2. encroachment (on rights, property, etc of another) pencerobohan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hold 1 | 2. influence, pengaruh: his ~ over his pupils never weakened, pengaruhnya thdp murid-muridnya tdk pernah luntur; a woman who has a firm ~ over her family, wanita yg mempunyai pengaruh yg kuat thdp keluarganya; 3. power, kuasa: how long can an alien government exert its ~ over a country?, berapa lamakah sebuah kerajaan asing boleh mengekalkan kuasanya ke atas sesebuah negara?; 4. handhold, (esp in climbing) tempat /berpegang, berpaut/: there are few ~s on that cliff, ada sedikit saja tempat berpegang pd tebing tinggi itu; 5. (in wrestling etc) pegangan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
civilizing, civilising | adj 1. promoting civilization, pemeradaban: religion as a ~ influence, agama sbg pengaruh pemeradaban; 2. refining, dapat membuat [sso] sopan-santun: she has a ~ influence on him, dia mempunyai pengaruh yg dapat membuat lelaki itu sopan-santun; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
influence | vt mempengaruhi; (work of art, literary work, music, etc) mempengaruhi, menampakkan pengaruh: he ~d the other students to rebel, dia mempengaruhi pelajar-pelajar lain supaya memberontak; the moon ~s the tide, bulan mempengaruhi pasang surut air; his early works were greatly ~d by Kahlil Gibran, karya awalnya banyak menampakkan pengaruh Kahlil Gibran. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
contagion | n 1. communication of disease, penjangkitan; (tech) kontagion; 2. disease so communicated, penyakit berjangkit; 3. contagious influence, pengaruh yg berjangkit: fear is a ~, perasaan takut adalah pengaruh yg berjangkit; 4. spreading (of emotion, ideas, etc) penularan: a ~ of enthusiasm, perjangkitan semangat yg meluap-luap. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
delinquent peer influences | pengaruh delinkuen sebaya | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pengaruh yang disebabkan oleh pergaulan dengan rakan-rakan yang pernah atau sedang terlibat dalam mana-mana kesalahan atau tingkah laku antisosial. Menerusi pergaulan ini, individu tersebut belajar cara-cara, teknik, serta motivasi untuk melakukan kesalahan atau tindakan antisosial tersebut. |
peer group | kelompok sebaya | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelompok yang seangkatan umurnya. Kelompok ini tidak semestinya terdiri daripada satu kaum, tempat tinggal atau kelas sosial yang setara tetapi mereka berada dalam lingkungan umur yang sama. Kelompok sebaya ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik apabila cenderung pengaruh-mempengaruhi sesama mereka. Pengaruh sekolah dan ibu bapa yang selama ini ditanam dalam jiwa anak muda boleh berubah apabila mereka telah bercampur dengan kelompok sebaya. Golongan pelajar ketika di universiti dianggap sebagai kelompok sebaya yang sangat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Sinonim kelompok setara. |
criminal peer influence | pengaruh rakan sebaya jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Kuasa pergaulan individu dengan rakan-rakan jenayah yang sama umur atau status yang menyebabkan individu tersebut turut terlibat dalam jenayah. |
drug induced crime | jenayah dipengaruhi dadah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perlakuan jenayah yang dilakukan kerana didorong oleh masalah ketagihan dadah atau jenayah yang dilakukan semasa di bawah pengaruh dadah. Contohnya, perbuatan mencuri oleh penagih bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah. Contoh lain ialah pembunuhan yang dilakukan seseorang di bawah pengaruh dadah. |
zone of influence | zon pengaruh | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu kawasan pada jarak tertentu dari sesebuah bandar yang menerima perkhidmatan dari bandar tersebut. |
transcendantalism | transendentalisme | Kesusasteraan | Tiada | Pergerakan falsafah dan sastera idealis yang bermula di bawah pengaruh pergerakan Romantik Jerman dan Inggeris. Transendentalisme ini memerikan suasana pemikiran dan rasa hati manusia berdasarkan prinsip pengetahuan intuitif ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant (1724-1804), dan seperti yang diungkapkan oleh goethe, Carlyle, dan Coleridge. Gerakan ini menekankan dimensi rohani dan mistik pada diri manusia serta kewujudan dimensi alam yang melewati alam pancaindera. Secara lebih khusus, golongan transendentalis merupakan reformis sosial, penulis dan pemikir Amerika pada awal abad ke-19. Golongan ini bersama-sama membangunkan falsafah yang bersifat tidak konformis (non-conformist) dan individualistik, dengan menolak agama berstruktur atau formal. Mereka meraikan unsur ketuhanan dalam diri setiap manusia, dengan mempercayai bahawa kesedaran dalaman atau rohani manusia adalah bersifat ketuhanan. Persis kaum panteis, bagi mereka tuhan hadir secara pasti (imminent) dalam alam dan diri manusia. Jiwa hadir dalam segala benda, dan deria fizikal harus diatasi menerusi kebenaran intuisi seseorang. Penulis utama golongan transendentalis ialah Ralph Waldo Emerson yang menulis esei bertajuk Nature. Beliau mengetengahkan fenomena semula jadi sebagai simbol kebenaran kerohanian yang lebih tinggi. Selain itu, esei Henry David Thoreau yang bertajuk The Transcendentalist (1842) merupakan esei yang bersifat autobiografi, menentang materialisme moden. Pada dasarnya, transendentalisme merupakan pergerakan agama pemikiran, kursusnya yang berkait dengan epistemologi dan amalan kehidupan seni dan budaya. Kaedah mentafsir alam secara simbolik bagi golongan transendentalis mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap kesusasteraan semasa Amerika, terutamanya dalam karya pengarang seperti Nathaniel Hawthorne, Herman Melville, dan Walt Whitman. Transendentalisme dalam bahasa Latin bermaksud memanjat atau melintasi. |
occidentalism | oksidentalisme | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang pengaruh ideologi dan dominasi Barat daripada kaca mata Timur. |
salt effect | kesan garam | Kimia | Kimia Analisis | Pengaruh kekuatan ion yang terdapat dalam larutan ke atas tindak balas. |
depoliticization | penyahpolitikan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses meminimumkan pengaruh politik secara berperingkat dalam sesuatu urusan, penggubalan keputusan atau pentadbiran. Proses ini dilakukan untuk mewujudkan situasi pentadbiran yang bersifat telus dan adil. Dalam sistem demokrasi, proses ini berlaku melalui pembentukan konsep pemisahan kuasa antara eksekutif, kehakiman dan perundangan. Pemisahan ini dilakukan untuk memastikan wujudnya proses semak dan imbang antara ketiga-tiga badan tersebut. Unsur seperti berkecuali atau meritokrasi dalam bidang pentadbiran pula merupakan elemen yang bersifat penyahpolitikan. Contohnya, pengenalan meritokrasi dalam pemilihan calon ke universitimerupakan penyahpolitikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi di Malaysia. |
spectral effect | kesan spektrum | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pengaruh taburan tenaga neutron di dalam teras reaktor nuklear ke atas tingkah laku reaktor nuklear seperti kereaktifan, susutan bahan api dan taburan fluks neutron. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
idola | pengaruh (a pengaruh) [paruh] | Melanau Dalat | |
pengaruh | bekuasa [bkuasa] | Melanau Dalat | |
pengaruh | terpengaruh tapangauh. | kedayan | |
pengaruh | mempengaruhi mampangauhik; | kedayan | |
pengaruh | berpengaruh bapangauh; | kedayan | |
pengaruh | pangauh; | kedayan | |
badi I | badi; penyakit atau pengaruh buruk yg datang dng tiba-tiba yg dikaitkan dng orang mati dll: kena ~ diserang penyakit tiba-tiba; | Iban | |
paa I | tangan; 1 anggota tubuh dr pergelangan tangan sampai ke hujung jari: ~ bah taou tangan kanan; ~ bah ulai tangan kiri; 2 ki kuasa, pegangan, pengaruh, perintah: kuasa wak bei lubeang ~ rayet kuasa yg ada dlm tangan rakyat; ~ besi tangan besi; ~ lasuk tanga | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
pengaruh Ib | azimat untuk menjaga keselamatan diri daripada perbuatan jahat orang, atau ubat guna-guna ilmu hitam. | Kemudian isteri Enteran Temiang menggosokkan pengaruh untuk menghidupkan orang yang sudah mati, ubat ini diperolehi Enteran Temiang dan Enteran Temali dari langit semasa mereka berjumpa Datuk Pengaruh. Pengaruh ini sungguh mujarab kerana sesudah digosok Enteran Temali pun mulai bernafas, dan terus hidup semula. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
keromong Ib | sejenis alat muzik berupa gong kecil yang diperbuat daripada tembaga. Ia terdiri daripada tujuh buah dengan bunyi yang berlainan. | Kami yang datang beramai-ramai ini, ialah untuk menepati janji yang telah kami buat dengan ayah Kumang. Rombongan kami ini yang datang berserta dengan gong dengan keromong, ialah hendak meminta dibahagikan batu bulan purnama, batu Petakang Bintang Tiga dengan batu intan yang bercampur permata, yang boleh bertukar menjadi manusia dan boleh juga bertukar menjadi pengaruh yang boleh membawa harta benda. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb 45:54 AM 28 A-frame (kerangka A) Kombinasi binaan sendeng tiang dan rasuk yang mendatar berbentuk A. (KEJ) after flow (aliran lanjur) Aliran cecair yang masih tetap wujud kerana pengaruh kelikatan, walaupun tiada tindakan daya dari luar. Aliran berlaku kerana pengenyalan cecair ke- pada keadaan asal, iaitu sebagai kesan daripada lesapan tenaga mekanik oleh kelikatan. (FIZ, KIM) after taste (rasa brachistochrone (brakistokron) Lengkung cirian yang di sepanjangnya suatu zarah akan menggelongsor de- ngan lancar dari satu titik ke titik yang lain dalam jangka masa paling mini - mum semata-mata kerana pengaruh graviti. (FIZ) brachium (brakium) 1. Struktur seperti lengan atau struktur yang bercabang. 2. Anggota atas vertebrat. bouton brachium Kamus Sains.indb 166 7/8/08 11:48:03 AM 167
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
pengaruh-mempengaruhi | [pe.nga.ruh.mem.pe.nga.ru.hi] | ڤڠاروه - ممڤڠاروهي |
pengaruh | [pe.nga.ruh] | ڤڠاروه |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
homoioterma | homoiotherm | Haiwan yang suhu badannya malar dan bebas daripada pengaruh suhu persekitaran. Homoioterma umumnya disebut haiwan berdarah panas. Contohnya, burung dan mamalia. | Menengah Rendah |
arang batu | coal | Bahan api yang terbentuk secara semula jadi daripada proses pereputan tumbuhan dan berlaku di bawah pengaruh suhu dalam tempoh masa yang lama. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
arang batu | coal | Bahan api yang terbentuk secara semula jadi daripada proses pereputan tumbuhan akibat tindakan bakteria, diikuti dengan proses kimia yang berlaku di bawah pengaruh suhu dan tekanan yang tinggi, dan dalam tempoh masa yang lama. | Menengah Rendah |
orbit | orbit | Laluan suatu jasad angkasa lepas untuk mengelilingi jasad yang lain akibat saling tindakan daya graviti masing-masing. Contohnya, orbit yang dilalui oleh bulan di bawah pengaruh bumi. | Menengah Rendah |
jisim | mass | Kuantiti jirim dalam jasad. Kuantiti ini tetap, tidak kira sama ada jasad tersebut berada di bumi, di bulan, atau di planet lain. Jisim berbeza daripada berat kerana jisim bebas daripada pengaruh graviti. Jisim disukat dalam unit kilogram. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| pengaruh (kata nama) | Bersinonim dengan kuasa, daya, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kudrat, tenaga, hak, wibawa, mandat,
daulat, kekuatan, graviti, tekanan;, | | Kata Terbitan : berpengaruh, mempengaruhi, terpengaruh, |
|
|