Kata |
Takrif |
Sumber |
menekan kontrak | a) menandatangani kontrak (perjanjian); b) menjadi kuli kontrak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tekan | (tékan) IB 1. = tekanan bp tandatangan; 2. = menekan bp membubuh (menurunkan) tandatangan, menandatangani;~ kontrak a) menandatangani kontrak (perjanjian); b) menjadi kuli kontrak; ~ mati bp bersedia mengorbankan nyawa, masuk pasukan berani mati; ~ serdadu bp masuk menjadi serdadu; teken I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pegawai kontrak | pegawai yg dilantik utk berkhidmat secara kontrak (mengikut keperluan projek, syarat kontrak dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
angkel | (angkél) Id 1. wang yg diberikan kpd seseorang yg masuk serdadu (zaman kolonial); 2. mengikat kontrak baru (sehabis kontrak lama). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kontrak hadapan | ist perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kontrak | perjanjian mengenai perdagangan (syarat bekerja dll): Kedua-dua buah syarikat itu telah menandatangani satu ~ perdagangan. ~ hadapan ist perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kontrak | perjanjian mengenai perdagangan (syarat bekerja dll): Kedua-dua buah syarikat itu telah menandatangani satu ~ perdagangan. | Kamus Pelajar |
mengikat kontrak | mengikat perjanjian berdasarkan kontrak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pegawai kontrak | pegawai yg dilantik berkhidmat secara kontrak (mengikut keperluan projek dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kontrak | 1. perjanjian formal dgn syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih: menandatangani ~ perdagangan antara syarikat; buruh ~ buruh yg terikat oleh perjanjian bekerja dgn majikan; mendapat ~ mendapat hak dgn berdasarkan perjanjian utk mengurus (menjual dll), mendapat hak (mengurus dll sesuatu) dgn ikatan perjanjian; mengikat ~ mengikat perjanjian berdasarkan kontrak; 2. dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian ini: ~ hadapan; ~ niagaan ke depan; 3. cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak; ~ hadapan (Eko) perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang; ~ niagaan ke depan (Eko) kontrak pembelian atau penjualan komoditi, mata wang, indeks, dan instrumen kewangan yg dibuat utk dipenuhi pd tarikh tertentu masa akan datang; ~ sosial a) persetujuan yg telah dicapai antara pihak-pihak yg berkepentingan utk membentuk sebuah masyarakat yg padu dan sejahtera dgn setiap pihak bersedia bertolak ansur serta mengetepikan kepentingan peribadi tertentu; b) (Udg) persetujuan rakyat utk menyerahkan kebebasan individu sbg balasan kpd perlindungan yg diberikan oleh pemerintah dan pemerintah mesti memerintah selaras dgn hasrat rakyat; berkontrak berkaitan dgn, terkandung dlm atau berdasarkan kontrak: tuntutan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
contract | n 1. any binding agreement, kontrak: he secured the ~ to build the bridge, dia mendapat kontrak utk membina jambatan itu; to enter into a ~, mengikat kontrak; to break a ~, memungkiri kontrak; marriage ~, kontrak perkahwinan; (in Islam) ijab kabul; 2. (document) surat kontrak: he has received his copy of the ~, dia telah pun menerima salinan surat kontraknya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
indenture | vt bind (so.) by indentures, mengikat kontrak: he was ~d to a carpenter, dia mengikat kontrak dgn tukang kayu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
sign | 3. (esp in football) accept employment by signing a contract, mengikat kontrak: he has ~ed for the state team, dia telah mengikat kontrak dgn pasukan bola negeri; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
contract | vi 1. enter into agreement, mengikat kontrak; (verbally) mengikat janji: he ~ed to complete the job in two years, dia mengikat kontrak utk menyelesaikan kerja itu dlm dua tahun; they ~ed to allow the farmer to use their field, mereka mengikat janji utk memajakkan ladang mereka kpd petani itu; 2. become smaller, shorter, etc, mengecut: the steel ~ed as it cooled, keluli itu mengecut apabila sejuk; 3. (of pupil of eye) mengecil; 4. draw together, a. (of muscle) mengecut; b. (of brow) berkerut; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
underquote | vt memberikan sebut harga yg rendah drpd: one contract ~d all the others, satu kontrak memberikan sebut harga yg rendah drpd semua kontrak yg lain. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
sign | b. agree to do st by signing form, list, etc, menandatangani kontrak bagi sst: the singer ~ed for his third album this week, penyanyi itu menandatangani kontrak bagi albumnya yg ketiga pd minggu ini; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
contract | vt 1. formally, undertake, membuat, mengadakan; (foll by infin) mengikat kontrak: to ~ an alliance, membuat perikatan; our firm ~ed to build the new hospital, syarikat kami telah mengikat kontrak utk membina hospital baru itu; ~ a marriage, mengikat tali perkahwinan; 2. a. cause to become smaller, shorter, etc, mengecutkan; (word etc) memendekkan, menyingkatkan: drying ~s wood, proses pengeringan mengecutkan kayu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
marriage contract | n kontrak perkahwinan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
social contract, social compact | n kontrak sosial. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
marriage of convenience | n kahwin /mutaah, kontrak/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
performance contracts | kontrak kinerja | kontrak prestasi | kontrak prestasi | Sains Politik |
secondary contact | kontrak sekunder | kontrak sekunder | kontrak sekunder | Perubatan |
formal contract | kontrak formal | kontrak formal | kontrak formal | Ekonomi |
future contract | kontrak hadapan | kontrak hadapan | kontrak hadapan | Ekonomi |
bond contract | kontrak bon | kontrak bon | kontrak bon | Ekonomi |
marriage contract | kontrak perkahwinan | kontrak perkahwinan | kontrak perkahwinan | Sosiologi |
social contract | kontrak sosial | kontrak sosial | kontrak sosial | Ekonomi |
currency contract | kontrak mata uang | kontrak mata wang | kontrak mata wang | Ekonomi |
contract model | model kontrak | model kontrak | model kontrak | Sains Politik |
contract management | manajemen kontrak | pengurusan kontrak | pengurusan kontrak | Sains Politik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
contract of ownership | kontrak memberi hak milik | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kontrak yang membolehkan pemindahan hak milik sesuatu harta atau manfaat harta berlaku antara pihak yang terlibat. Kontrak ini terbahagi kepada kontrak pertukaran dan kontrak kebajikan. Pemindahan hak milik harta berlaku dari segi kedua-dua fizikal dan manfaat harta manakala pemindahan manfaat harta tidak melibatkan perpindahan milik fizikal harta. |
bid bond | bon bida | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon yang menjamin bahawa kontraktor akan melaksanakan kontrak jika kontrak tersebut diberikan kepadanya dan akan menyediakan bon prestasi atau bon kontrak yang diperlukan. |
contract of adhesion | kontrak kesertaan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kontrak yang menghendaki pihak berkenaan menerima atau menolak secara keseluruhan kontrak tersebut tanpa mempersoalkan kandungannya. Contoh : kontrak insurans. |
illegal contract | kontrak haram | Pentadbiran | Tiada | Kontrak yang tidak di bawah naungan kod perundangan misalnya, kontrak untuk memonopoli dan antipakatan. |
residual payment | bayaran baki | Komunikasi | Korporat | Bayaran akhir yang diberikan kepada pemegan kontrak penerbitan, percetakan atau persembahan selepas sesuatu tugasan selesai dilakukan. Jumlah bayaran akhir ini tertakluk kepada persetujuan awal antara pemegang kontrak dengan pemberi kontrak. Tujuannya adalah untuk memastikan penerima projek berpuas hati dengan hasil akhir sesuatu perkhidmatan. Bayaran ini boleh ditangguhkan selagi perkhidmatan tidak disempurnakan seperti yang dipersetujui dalam kontrak. Contoh projek yang melibatkan pembayaran seperti ini ialah penyediaan laporan tahunan, penerbitan video korporat, dan pengurusan acara. |
contract of exchange | kontrak pertukaran | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kontrak yang memindahkan hak milik harta atau manfaat harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain dengan balasan harga tertentu. Harga boleh dibayar sama ada dalam bentuk wang atau barangan. Kontrak ini berbentuk dua hala yang memerlukan ijab daripada pemberi milik dan qabul daripada penerima. Contohnya, kontrak jual beli, sewaan, pertukaran wang dan tempahan. |
closing sale | jualan penutup | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Jualan sekuriti, kontrak hadapan, dan kontrak opsyen oleh pelabur untuk menutup kedudukan terbukanya yang timbul akibat daripada pembelian terdahulu. |
charitable contract | kontrak kebajikan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kontrak yang memindahkan hak milik harta atau manfaat harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan harga tertentu. Kontrak ini berbentuk sehala yang hanya memerlukan ijab daripada pemberi milik tanpa qabul daripada penerima. Contohnya, hibah, hadiah, qardul hasan dan wakaf. |
position limit | had kedudukan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Had bilangan sekuriti, kontrak hadapan atau kontrak opsyen yang boleh dipegang oleh seseorang itu pada sesuatu masa berdasarkan kemampuan pemegang. |
entire contract clause | fasal kontrak keseluruhan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Peruntukan dalam kontrak insurans yang menyatakan bahawa keseluruhan perjanjian antara insured dengan insurer terkandung dalam kontrak, termasuk borang cadangan jika dilampirkan, pengisytiharan, perjanjian menginsurans, pengecualian, dan syarat-syarat endorsemen. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kontrak | jaji [jaji] | Melanau Dalat | |
kontrak | kontrek. | kedayan | |
kontrek | kontrak. | Melanau Mukah | |
kereja I | kerja; ~ aluih kerja halus; ~ bak jemen kerja bakti; ~ beripih kerja latihan; ~ jutek jumek kerja remeh-temeh; ~ kapel kerja kapal; ~ kaser kerja kasar; ~ kawin kerja kahwin; ~ kayou kerja membalak, pembalak; ~ kilang kerja kilang; ~ kontrek kerja kontrak | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb Penyakit pada pangkal batang salad yang disebabkan oleh kulat Thanatepho- rus cucumeris (Rhizoctonia solani). Bahagian yang busuk berwarna hitam dan basah serta boleh mengakibatkan pokok mati. (BIO) bottom-hole contract (kontrak dasar lubang) Kontrak yang menjanjikan serta membuat bayaran dalam bentuk wang atau ganjaran lain kepada pihak yang dapat menyempurnakan penggerudian serta pelengkapan telaga hingga mencapai kedalaman yang telah ditentukan. (KEJ) Bougainvillea (Bougainvillea) Genus
|
Kamus Thai 2.indb ก makan suap: มีข ้ าราชการจำนวนมากที่ รับสินบน Terdapat ramai pegawai kerajaan yang makan suap. รับเหมา [-mau] ก mendapat kon- trak: บริษัทของเขารับเหมาสร ้ างทางด ่ วนสาย โกตาบารู - โกลก Syarikat itu mendapat kontrak untuk membina lebuh raya Kota Bharu - Golok. รับอาสา [-a:sa:] ก menawarkan diri: เพื่ อนของฉันรับอาสาไปรบในอิรัก Kawan saya menawarkan diri untuk ber- perang di Iraq. รัมมี่ [rammi :] น rami
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kontrak | [kon.trak] | کونترک |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
affreightment | kontrak tambang muatan | EKO, INS, NIAGA |
apprenticeship contract | kontrak perantisan | EKOI, NIAGA |
aleatory contract | kontrak aleatori | INS |
apportion of contract | untukan kontrak | NIAGA |
assignment of contract | penyerahan hak kontrak | NIAGA |
|
|